Jumaat, April 02, 2021

Tidak Ada New York Hari Ini

Sebenarnya, sudah lama saya ingin kongsi mengenai Tidak Ada New York Hari Ini, cuma baru sekarang berkesempatan untuk tulis entri. 

Ada siapa-siapa di sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) terutama sekali sekuelnya, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)? Jom layan puisi-puisi yang dideklamasikan oleh Rangga dengan pengalaman yang berbeza - puisi yang dipersembahkan dalam paparan video ilustrasi. 

Bagi peminat filem ini, kalian pasti tahu yang Tidak Ada New York Hari Ini ialah kumpulan puisi (karya M. Aan Mansyur) yang ditulis oleh  watak Rangga (Nicholas Saputra).


Saya miliki naskhah ini dan suka setiap satu puisi di dalamnya. 


Projek Tidak Ada New York Hari Ini merupakan satu siri ilustrasi puisi kolaborasi Miles Film dan Oppo Indonesia. Idea untuk memulakan projek ini tercetus apabila dunia diserang pandemik tahun lalu dan kita semua terpaksa duduk  berkurung di rumah. Bak kata penerbitnya, "This is a very special project, in a very special time." 

Apa yang menarik tentang projek ini ialah kita bukan sahaja dapat menghayati puisi yang dibacakan oleh Rangga, tetapi kita juga disajikan dengan ilustrasi hebat daripada empat seniman - Lala Bohang, Wulang Sunu, Rhesa Aditya dan Pinot W. Icwandardi.

Secara peribadi saya suka tonton setiap episod Tidak Ada New York Hari Ini. Meskipun sudah berkali-kali membaca puisi-puisi tersebut sebelum ini, dengan adanya persembahan ilustrasi sebegini, saya dapat lebih hayati, lebih feel dan relate dengan karya yang dipersembahkan. Bagi saya, percubaan Miles dan Oppo untuk menggabungkan seni animasi, puisi dan muzik (gubahan Anto Hoed) berjaya menghasilkan sesuatu yang dekat dan menyentuh perasaan.

Terdapat empat episod puisi dalam siri ini, diterbitkan oleh Mira Lesmana dan Riri Riza dan disiarkan di saluran Youtube Miles Film:


Episode 1 - Aku Tidak Pernah Betul-betul Pulang

Ilustrasi: Lala Bohang


Episode 2 - Memandang Dunia dari Jendela Kafe

Ilustrasi: Rhesa Aditya

*Episod kegemaran saya ๐Ÿ˜ 

Saya suka analogi rindu dalam puisi ini. Oh, dan perlambangan hidup sebagai kata nama instead of kata kerja!


Episode 3 - Tidak Ada New York Hari Ini

Ilustrasi: Pinot W. Icwandardi


Episode 4 - Pukul 4 Pagi

Ilustrasi: Wulang Sunu


Jika kalian berminat untuk menonton, cari di Youtube ya. Selepas itu, jangan lupa kongsi dengan saya episod mana yang paling kalian suka.


Pstt! Dah Jumaat! Selamat berhujung minggu. Insya-Allah, ada kelapangan nanti saya blogwalking kunjungi kalian ya.

21 ulasan:

  1. Walaupun saya bukan peminat puisi, tapi Memandang Dunia Dari Jendela Kafe tu tajuknya nampak menarik. nnt saya cari di YT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah tengok, Mrs. Pip. Mana tahu boleh tarik minat Mrs Pip ๐Ÿ˜Š

      Padam
  2. Balasan
    1. Andai NA minat puisi nanti boleh cuba tengok.

      Padam
  3. ngga nonton filem AADC..menarik judulnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngga nonton ya, kak? Jadi, nggak kenal sama Mas Rangga yang ganteng itu? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‚

      Padam
  4. Tgk byk kali filem ni tp part puisi tu x perasan hehe.. Nmpk sgt part puisi tu slalu termiss๐Ÿ˜…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kita dah terlalu fokus dengan tempat-tempat cantik dalam cerita tu... tak pun terpana dengan Rangga oops ๐Ÿคฃ

      Padam
  5. Nanti saya tengok demi Mas Rangga yang ganteng. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu lho! Mas Rangga lagi nungguin nih!

      Padam
    2. Hari ni baru nak tengok. Busy nau. Haha

      Padam
  6. Okeyyy nanti boleh try tengok di youtube :D

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Judulnya memancing perhatian, kan? ๐Ÿ˜Š

      Padam
  8. Wah,ada masa nty nadyaa tengok yaa ๐Ÿ˜

    #kak,nak tanya,macammne nak buat top commentor macam akk tuu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak...
      Akak... aisey akak tak ingatlah akak buat macam mana atau guna widget apa... kena fikir balik ni.

      Padam
  9. sapa yg minat puisi ni mmg betul2 berjiwa seni kan

    BalasPadam
  10. boleh bookmark ni. sbb sy dah tgk 2x AADK. ;-)

    BalasPadam
  11. tak tengok lagi AADC2.. nak carilah.. macam emnarik..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.