728 x 90

Sabtu, 24 Januari 2015

Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau

Beberapa teman sekolah dan kampus hantar sms pada saya, "Tengok Caliph Buskers, teringat dekat kau, F!" Saya memang dari dulu ada soft spot (this is perkataan paling hampir yang terlintas di benak saya) pada OKU penglihatan. Cepat tersentuh apabila lihat mereka. Sejak kecil, kalau ikut arwah datuk & arwah nenek pergi outing ke KL, nenek akan beri saya beberapa ringgit untuk saya beri pada pemuzik-pemuzik jalanan yang kelainan upaya ni. Zaman dulu, diorang nyanyi lagu-lagu lama. Tak adalah nyanyi lagu MOJO ke, Akim ke macam Caliph Buskers tu. Itu pun saya dah cukup kagum. Selalu saya akan tanya pada datuk, macam mana mereka boleh main muzik, kan mereka tak nampak? Datuk bagi jawapan simple - apabila Allah ambil deria mata mereka, Allah beri kelebihan pada deria-deria yang lain :)


OK, berbalik kepada tajuk panjang Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau ni (sorry, terlari tajuk jap!), saya nak cerita tentang tabiat buruk saya dulu-dulu yang suka berkalau-kalau when it comes to helping others. Nampak orang susah, hati dan minda niat nak tolong. Tapi badan berat nak gerak. 'Nak tolong ke tidak? Nak tolong ke ni?' Saya pun tak tahu dari mana saya dapat penyakit 'gagap bertindak' ni?


Pernah semasa saya dalam Darjah 6, saya dan saudara saya Jezriza sedang tunggu ibu jemput kami balik tuisyen. Rumah guru tuisyen kami tu betul-betul dekat simpang tiga. Nak dijadikan cerita, ada sebuah motosikal langgar seorang tua berbangsa Cina yang naik basikal. Orang tua tu terjatuh, basikalnya tercampak. I FROZE! Saya nak tolong! Saya kesian! Tetapi saya tak bergerak. Pada masa yang sama, saya nampak Jezriza lintas jalan, tahan kereta lain supaya beri laluan dan tolong orang tua tu. Alihkan basikal dia. Tuntun orang tua tersebut ke tepi. Saya betul-betul kagum. Pada usia 12 tahun, Jez boleh bertindak heroic begitu. Sedangkan masa tu, ada je orang dewasa di sekeliling kami yang lebih selesa menjadi pemerhati.

Dalam insiden lain, saya naik kereta dengan Bott (of course Bott yang drive) di kawasan kejiranan saya. Saya nampak seorang tua balik dari kedai, jalan huyung-hayang dengan barang-barang. Saya cakap, "Kesiannya kat Makcik tu!" Itu saja. Tiada tindakan susulan. What is the problem with me?! Mujurlah saya berdamping dengan insan-insan prihatin yang boleh ajar saya tentang hidup. Bott berhentikan kereta di bahu jalan dan tanya makcik tu nak ke mana? Dalam hati saya sempat terfikir, 'Tak apa ke? Tak bahaya ke?' Terukkan? Apalah yang makcik tu mampu lakukan dengan kudratnya yang terhad. Makcik tu demam rupanya. Pening kepala. Tapi kena ke kedai juga sebab barang nak masak tak ada dan dia tinggal seorang diri. Kesudahannya, kami berdua hantar makcik tu pulang ke rumah. Punyalah makcik tu berbesar hati + berterima kasih. Kami juga berpeluang bina satu hubungan baru. Sehingga sekarang, apabila makcik tu teringat pada kami, dia akan telefon. Ajak kami makan di rumahnya. 

Tetapi insiden yang buat saya betul-betul buka mata ialah ketika saya menyewa di Damansara Damai. Masa tu seorang teman hantar saya balik. Kami nak pergi makan dulu. Ada seorang buta nak melintas jalan. Teman saya perlahankan kereta, tanya saya - "Nak tolong pimpin dia tak?" Kebetulan masa tu saya tengah tense dengan kerja, moody dan letih. Penyakit berkalau-kalau saya datang! Saya geleng. Kedai makan yang kami nak pergi tu tutup, so we all pusing balik. Lalu di tempat sama, on other side of the road ada orang berkerumun. Saya tak sedap hati. Kali ni kawan saya pun tak tanya dah, dia sendiri berhentikan kereta dan kami pergi tengok. Orang buta yang saya tak tolong tadi kemalangan! Dilanggar oleh motor mat rempit yang tak sempat nak break.

Saya betul-betul rasa tertampar! Kenapalah saya selfish sangat? Penyesalan saya masa tu boleh himpap diri saya sendiri. Semenjak tu, jika hati saya terdetik nak bantu orang, saya akan segera bertindak. Tidak berkalau-kalau. Saya ingin sarankan perkara yang sama pada kalian semua. Kita nak buat baik pada orang, Allah akan lindungi kita. Tetapi, jangan ambil kata-kata saya ni bulat-bulat macam tu je. Bantulah guna saluran yang betul. Beri pertolongan biar bertempat, kena pada masa dan ketika serta tidak meletakkan diri kita dalam ancaman bahaya. Yang penting, tak mahu berkalau-kalau tau!

Psst! Maaf entri ni agak panjang. Terdetik untuk kongsi semua ni lepas berbual dengan sahabat saya, Z pagi tadi :)

Jemput baca entri ini juga: Panduan Ketika Membantu OKU Penglihatan


87 ulasan:

  1. nani pun kekadang macam tu jugak. nak tolong tapi tak buat apa apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,..kesudahannya jadi tolong tengok je,...

      Padam
    2. jangan SS.... kan kak farrah dah ckp... jangan selfish.... tarik tinge karang! hahahhaa =p

      Padam
    3. Tolong jugak kan... He He He...

      Padam
    4. meh nak tolong cubit bontot SS ni. nakal sangat hahaha

      Padam
    5. Tolong senyum,..tolong amik gambar pakai gadget,..itu memang low bagi akak. Setakat tolong tengok terkedu tu boleh maap lagilah.

      Padam
  2. betul juga tu kan kak..entri kak farah ni buat wana pun terpikir dan sedar hidup ni x boleh nak pentingkan diri sangat..tak nak ada perkataan kalau2 lagi..kalau nak tolong terus buat ja kan tapi tulah kena buat dengan betul dan x ada ancaman bahaya.. Perkongsian yang sangat bermanfaat buat semua..

    selamat hujung minggu kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berhujung minggu, Wana. Betul tu,..bila berkalau-kalau tak ke mana pun jadinya :)

      Padam
  3. Sifat suka berkalau ni mainan syaitan.. Syaitan tak suka kita buat baik sesama insan.. Akak dulupun macam tu jugak.. Ada je benda nak dikalaukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak. Syaitan ready je nak hasut kita. Saya memang lepas insiden tu tak berkalau-kalau dah. Serik...

      Padam
  4. Pernah juga terjadi kat saya perasaan kalau-kalau ni. Bila kita niat nak buat baik, mesti ada syaitan bisikkan kat telinga cakap tak payah lah.. Hati tak kental sebab tu kot timbul perasaan teragak-agak macam ni. Well, thanks entry ni sbgai peringatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome, Syida. Moga kita sama2 beringat. Hihihi betullah tu. Hati tak kental, syaitan sokseksoksek sekejap dah tumpas dah!

      Padam
  5. assalamulaikum farah, kdg bisikan yg lain tu tak bgi kita buat kebaikan, fikir sekali nak tolong, kedua kali dah lain pulak jadi nya, hati berbelah bagi lah tu kan, peringatan utk kaknoor jugak, kalau nak buat sesuatu yg baik tu teruskan je niat, kecuali nak buat yg tak baik baru lah 2,3 kali fikir kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Kak Noor. Betul, kak. Apa yang berlaku tu memang akan sentiasa ingatkan saya agar tak berkalau-kalau,..hati jgn berbelah bagi kalau nak buat baik. Buat jahat baru fikir banyak2 kali kan :)

      Padam
  6. Kite bantu makhluk tuhan... Tuhan tolong kite...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bijak kata SS tu...setuju sgt

      Padam
    2. Saya bukan along... Saya cuma mahuuu tolong...

      Padam
    3. Bernas penuh hikmat kata-kata SS tu :)

      Padam
    4. betul tu... wah... terpukau bace ayat SS.. (salu maen2 je die reply) =D

      Padam
    5. Dalam 100... 1 aje SS serius CIk Luna Paris... Kang Cikgu Farah MF babab... He He He...

      Padam
    6. Pandai Cik Zarul Farhana kira... Calculator apa Cik Zarul Farhana pakai? He He He..

      Padam
    7. Cikgu Farrah tak marah SS sebab SS anak emas :)
      ZF tak pakai kalkulator, dia hebat pakai sempoa.

      Padam
  7. Panjang entry farrah hari ni.. tahniah..
    Betul kalau nak tolong orang, tak boleh bekalau2, tolong jer terus, ikhlaskan hati. INSHAALLAH, yang lain tu kerja Allan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe hari ni fikir panjang sikit ;)
      Setuju dgn DP, yg penting kita ikhlas,..apa2 yg berlaku selepas tu serah pd Allah kan,..

      Padam
  8. adoi,kena stempek kat muka saya jugak. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa,..baru setempek. Akak ni dua tiga tempek baru nak sedar :)

      Padam
  9. tgk pada keadaan . klu masa tu mmg patut bantu , maka bantulah sedaya upaya yg kita mampu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, CM. Jika keadaan mengizinkan, memang kita patut tolong sedaya upaya tanpa fikir2 sangat :)

      Padam
  10. lebih kurang saya gak la..penyakit kalau tu sntiasa bermain...
    saya suka ingatkan diri saya
    .andai saya memudahkan kerja org lain.. insyallah suatu hari nanti Allah akn memudahkn kerja kita...
    benda ni saya akan ingatkn diri saya sewaktu saya buat part time kerja, time saya tlg kwn2 kdg2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi sikap ZF ni memang patut do contohi

      Padam
    2. Part time apa tu Cik Zarul Farhana?

      Padam
    3. Betul tu, Zarul. Kita mudahkan orang, Allah akan lapang & luaskan laluan kita :)

      Padam
    4. SS buat kerja part time.. silap ayat ka atas tu..

      Padam
  11. Saya pun kadang-kadang berkalau juga nak tolong orang. Sepatutnya lebih baik kita sentiasa tolong menolong orang. Perkongsian yang bagus untuk semua orang.

    Salam singgah di sini. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak2 singgah sini, Faarihin :)
      Betul, patutnya kita fikir utk lebih banyak tolong orang, bukannya fikir nak tolong le tidak,..nak tolong le tidak.

      Padam
  12. entry akak kali ni betul buat nad tersentak..sebab Nad pun selalu ada penyakit berkalau-kalau ni..
    kadang-kadang dalam hati kata ya...tapi datang pula penyakit malu segan...jadi tak tertolong pula..
    next time nak tolong jangan fikir 2 kali...terus tak jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Nad. Akak pun dulu macam tu. Dlm pada nak tolong orang berfikir byk kali tu, sempat ada rasa malulah,..fikirkan pula pandangan orang lain. Banyak sgt fikir perkara yg tak perlu. Sudahnya tak ke mana :)

      Padam
  13. sis JM sentiasa pegang perinsip begini..jika kita mudahkan urusan org lain Allah akan permudahkan urusan kita jadi tak nak 'barkalau-kalau' lagi ye lepas ni ye..peringatan buat sis JM juga

    tapi perlu pastikan org yg mcm mana mahu di tolong tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat2 setuju, sis! Konsep tu memang perlu semat ketat2 dlm kepala. Insya Allah, sis. Lepas insiden orang buta tu, saya memang akan cuba tolong apa yg mampu. Kita mudahkan kesulitan orang, esok lusa orang tolong kita/ahli keluarga kita.

      Padam
    2. Kalu 'Jikalau' macamana JM?

      Padam
    3. betul sis JM.. tapikn kena gak hati2...takut ada menipu, setakat menipu kita mnderma duit xpa.. takut part menipu yg boleh mencederakan kita ka... xpon mcm kes rompak ka...

      Padam
    4. Sebenarnya dalam erti kata lain,...dalam pada kita tidak berkalau-kalau nak tolong orang, minda tu kena pantas berfikir perkara2 dan keadaan keliling. Tambah2 sekarang ni ramai orang gunakan taktik 'tagih simpati'.

      Padam
  14. Itu berkalau peringat rendah sebenarnya yg dimilikki oleh setiap orang.... bukan tuan punya blog seorang... ramai yg begitu termasuk saya...

    Nak dengar satu cerita...

    Suatu ketika dahulu di antara zaman Nabi Adam dengan Nabi Ibrahim, lautan itu tawar tidak bergaram. Kejadian bermula dari zaman Nabi Ibrahim. Pada suatu hari Nabi Ibrahim telah didatangi seorang hamba Allah yg bukan Islam dan meminta makanan sebab dia lapar. Nabi Ibrahim menjawab lebih kurang maksudnya... 'kalau mahu diberi makanan, hendaklah dia masuk Islam dahulu'... tetapi hamba Allah itu menolak dan berlalu. Tindakan Nabi Ibrahim ditegur oleh Allah s.w.t... Allah memberitahu bahawa walaupun orang tersebut bukan islam selama 80 tahun dimukabumi ini Allah tetap berikan dia rezeki, kenapa Nabi Ibrahim nak mengenakan syarat pulak untuk bersedekah. Tersedar bila ditegur, Nabi Ibrahim berkejar2 mendapatkan hamba Allah tersebut dan meminta maaf dan merayu rayu supaya datang dan makan dengan baginda dan semenjak itu Nabi Ibrahim tak pernah makan kecuali ada tetamu. Namun begitu baginda tidak mendapat kepuasan, baginda telah meminta izin Allah untuk menjamu sekelian manusia dan Allah memperkenankannya maka diperintahkan seorang malaikat untuk meniupkan sejenis air dari atas sebuah bukit ke seluruh dunia atas nama Nabi Ibrahim dan di mana air itu jatuh ianya menjadi garam dan sekarang setiap makanan yang dimakan tidak akan sedap tanpa garam, kita semua sentiasa dijamu oleh Nabi Allah Ibrahim a.s.... dan sejak itu lautan menjadi masin... bayangkan bertapa banyaknya garam yang dijamu oleh Nabi Ibrahim kepada semua manusia...

    my point is atas teguran itulah kita semua dapat manafaat... kalau ingin menolong dan membantu jangan kenakan syarat... pernah tak kita jumpa orang2 pandai mistik (aka bomoh) yg kita nak berubat tapi dia suruh kita bertaubat dulu baru dia nak berubat...?? tinggalkan orang tersebut... sebab Allah tak pernah mengemukakan sebarang syarat untuk manusia pulih... manusia kembali kepada Allah disebabkan hidayah Allah... bukan sebab disuruh suruh atau dipaksa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih byk2, Najib. Perkongsian ini sangat menarik dan bermakna! Tak sangka kita semua ada rezeki dijamu oleh Nabi Ibrahim saban hari. Betul kan,..sewajarnya bila nak tolong orang, kita perlu tolong dgn ikhlas tanpa sebarang syarat & kos.

      Padam
    2. Najib : Pertama kali JM dgr dan tahu kisah garam dan Nabi Ibrahim ni..syukur sangat kerana atas permintaan Nabi Ibrahim itu kita mendapat nikmat 'perasa' dalam makanan cuma terdetik di dalam hati satu tanda tanya kiranya pada zaman sebelum Nabi Ibrahim tu mereka masak tanpa garam lah ye.


      part Allah memberi rezeki kepada makhluk itu memang tak dpat di nafikan kerana Allah sayang semua makhluk tanpa mengenal status, agama, kepercayaan cuma kita manusia tidak sedar. Jadi sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah mestilah sentiasa bersyukur dengan Nikmat limpah ruah yang di kurniakan. Berkenaan dengan hendak tolong org in sha Allah akan buang sikap suka 'berkalau; kerna apabila tolong dengan ikhlas in sha Allah pasti ada ganjaran baik di sebaliknya..

      Padam
    3. bagusnya perkongsian dri Najib...

      Padam
    4. perkongsian yang bagus..syabas..anis baru first time dengar crite nie..

      Padam
    5. best perkongsian ni.. mudah2an kita akan jadi lebih ringan tulang nak tolong orang =)

      Padam
    6. komen bro ni paling WIN...!!!
      apa yg bro kata tak pernah terpikir selama ni. T__T

      Padam
  15. Pengalaman mendewasakan kita.
    Pengalaman mengajar kita.
    Pengalaman juga menjadikan kita seorang insan yang jauh lebih baik...
    Seandainya kita berfikir.
    Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Shikin. Pengalaman byk jadi guri dlm menjadikan kita insan yg lebih baik :)

      Padam
  16. entry kak farrah buat luna balik ke mase lepas lak... aritu time kat jalan TAR.. ade sorang pakcik cacat penglihatan... dalam hati macam nak tolong, tapi... tengah tengok tu, ade sorang datang tolong.. agaknye die tengok luna termangu kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Kita belajar melalui pengalaman. Akak pun dulu selalu froze macam tu. Bimbang macam2. Takut orang tu tak mahu ditolong, takut nanti dia rasa kita pity sangat kat dia...

      Padam
  17. Pada saya setiap manusia melakukan kesilapan. yang penting kita lekas sedar dari kesilapan yang dah kita lakukan. segera tolong orang kalau dah ada niat kat hati tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau dah ada niat nak tolong, langsungkan aja :)

      Padam
  18. owh itu rupanya jangna berkalau-kalau.

    caliph busker memang ada kelebihannya tersendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelebihan unik. Sangat talented! :)

      Padam
  19. hai farra..nice sharing..khaty pon ada masalah dengan kalau nie bab selalu terjadi macam farra jugak..makin nak buang kalau nie makin dekat pula dengan diri khaty..

    BalasPadam
  20. Nice sharing. Org yg byk berkalau ni senanye nak lari dr something. Ade saje alasan klu x nk buat sesuatu tu.. Muhasabah diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, papaglamz. Kita lebih kepada nak cari alasan demi alasan. Berkalau-kalau ni memang tak bagus kan,..

      Padam
  21. Dulu saya pun berkira2 jgak even tergerak hati nk tolong sbb masih kecik dan tak tahu nk tlng mcmana. Bila dh besar ni, saya tlng setakat yg mampu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..yang penting kita tolong apa yang kita mampu.

      Padam
  22. betul la.. sometimes saya pn berkalau-kalau juga bla nk tolong orang... sb dok pikir buatnya dia ni jahat n memg sengaja jln tpi jln bg org nmpak kesian...huhu

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kita tak akan lari daripada berfikir macam tu. Ramai juga orang jahat yang guna taktik kotor utk memperdaya kita. Jadi, elok2 kita berniat nak tolong orang, jadi terbantut pula sebab risaukan keselamatan diri.

      Padam
  23. saya nak cakap..mulianya hati akak.. ! bagusnya didikan mak ayah akak kan.. datuk nenek pun sama juga.. sekarang ni,yg dewasa jadi pemerhati ja kak..tak tunjuk contoh yg bagus kat bebudak.
    siap ambil gambar lagi.. bukan salah ambil gambar..cuma lebih baik didahulukan mangsa/sesiapa yg perlukan bantuan
    yg buatkan saya terkilan,bila nak membantu,ada ja suara2 sumbang tanya , 'kenapa tolong?' , etc semata-mata sbb kita ringan tulang tolong org lain..
    menolong orang lain dah nampak macam agak pelik pada diaorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. same la.. bila kita ikhlas ade je suara pelik..haishh...

      Padam
    2. Alahai, jangan puji akak camtu, Nana. Akak ni jauhhhhh dari sempurna. Cuma sebab umur dah banyak, macam2 benda dah hadap,...kenalah belajar dari pengalaman :)

      Yes, tak dinafikan,..kita bukan setakat berperang dengan minda & hati,..kita kena perang dengan persepsi orang lagi. Dulu2 akak jenis fikir 'apa orang kata'. Tetapi sebenarnya, kita patut lebih fikir 'apa Allah kata'. Biarlah apa orang nak kata, kita teruskan niat selagi tak bertentangan dengan ajaran agama.

      Psst! Akak memang sedih dengan orang yang suka ambil gambar tak kena tempat ni.

      Padam
  24. sentap baca entry nie.. :( kadang2 anis macam nie jugak.. haishh... banyak iktibar boleh dapat crite nie.. akan lebih prihatin lepas nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita, Nis. Akak tulis entri ni utk ingatkan diri akak juga :)

      Padam
  25. Saya pun dulu macam tu juga. Tapi, lepas satu peristiwa, terus berubah dah. Dah takde berkalau-kalau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah begitu, Farah. Kita ni selalu memang nak kena ada something happen baru kita buka mata dan sedar :)

      Padam
  26. Perkataan kalau itu sendiri pun tak elok sebenarnya kalau asyik digunakan. Saya pernah dgr ustaz kt ikim kata jangan asyik berkata kalau sebab kalau itu ada kena mengena dgn bisikan syaitan. Lebih kuranglah ayt dia. ;)

    BalasPadam
  27. setakat ni CT belum lagi ada dalam keadaan yang nampak org nak melintas ke apa ke jadi tak ada pengalaman. Tapi pernahla kalo makcik2 yg jumpa kat masjid nk panjat tangga lutut da goyang2 tu CT tlg papahkan.. stakat ni mcam tu saja kot rasanya.. kalo nampak orang buta ke nak melintas tapi kita tengah drive so kita berharap sajalah ada orang yg lebih mulia hatinya nak menolong..

    BalasPadam
  28. baik kak farrah
    jangan la berkalau2 dah
    meremang sat..
    kalau ayu kat tempat akk pon bkn takat rase tertampar
    terpukul trpijak tersepak dah kot

    BalasPadam
  29. Baca entry akak ni terdetik aku pon gitu jugok :(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...