Tiada Motivasi | Feeling Down
Rabu, Ogos 10, 2022
Dua bulan belakangan ini, sejak saya sibuk ulang alik ke hospital (untuk rawatan susulan hipertiroid dan asma), saya semakin ambil berat isu kesihatan minda. Doktor saya pun asyik tekankan hal yang sama. Selain rekodkan simptom biasa, beliau tidak lupa untuk bertanya tentang keadaan mental dan emosi. Sekadar perkongsian - ketidakstabilan hormon tiroid to certain extent boleh menyumbang ke arah anxiety dan kemurungan. Ini antara perkara utama yang tidak boleh saya ambil mudah sebenarnya.
Saya sentiasa pastikan saya dalam keadaan relaks. Saya ini cepat gelabah orangnya. Jadi, kalau tiba-tiba rasa macam down, tertekan seolah-olah tiada motivasi, saya akan berhenti lakukan perkara yang sedang saya buat dan alih tumpuan kepada sesuatu yang baharu. Tukar persepsi, tukar angin sedikit. Tak adalah otak tu tepu semacam.
Di bawah ini, ada grafik menarik mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan apabila angin baik tidak menyebelahi kita. Maaf, tidak dapat kreditkan grafik ini kepada pemiliknya. Ini perkongsian melalui group Whatsapp kawan-kawan crafters.
Are you feeling down? |
Boleh Kita Kawal Di Luar Kawalan Kita
Khamis, Jun 09, 2022
Assalamualaikum. Apa khabar semua?
Lama benar saya tidak menulis entri di blog ini. Dari bulan 5, hasrat hendak rajin dan aktif berblogging hanya tinggal hasrat. Tahu-tahu sudah bertukar bulan! Masuk bulan Jun, mood blogging masih sesat tidak jumpa jalan pulang.
Hari ini barulah berpeluang masuk intai blog semula. 😁 Maaf ya belum sempat balas komen-komen yang kalian tinggalkan dan blogwalking.
Entri untuk panaskan enjin - sesuatu yang saya kira menarik untuk dikongsi. Selain kesihatan fizikal, keadaan kesihatan mental kita juga harus dititikberatkan. Tidak boleh pandang enteng. Untuk memastikan kesejahteraan minda kita, penting untuk kita sedar yang tidak semua perkara boleh kita kawal. Ada sesetengah keadaan, kita kena bersedia untuk lepaskan kerana bukan berada dalam kawalan kita.
Saya jumpa bahan grafik ini di Instagram. This is something interesting to ponder.
Kredit - by mellow doodles |
Be A Man in The Storm
Jumaat, Oktober 29, 2021
Assalamualaikum. Seminggu lebih saya tidak jenguk blog. Entri terakhir pun entri Wordless Wednesday sahaja minggu lepas. Sebenarnya, banyak benda hendak dicerita ... hendak dikongsi. Tetapi, rasa malas menulis tu berlapis-lapis. 😂
Ditambah pula dengan masalah talian internet yang menduga setiap petala sabar. Entah sampai bilalah syarikat-syarikat telekomunikasi ini mahu guna alasan servis disedang dinaiktaraf demi kebaikan dan kesenangan anda entah. Si Kursar (kura-kura besar) yang viral tu jalan lagi laju!
Kadang-kadang, rasa macam tercampak kembali ke zaman penggunaan telefon hanya untuk membuat dan menjawab panggilan. Dah, data internet ada banyak-banyak G pun tak berfungsi! Jadi, hari-hari lepas memang banyak diluangkan dengan aktiviti tanpa sambungan internet. Puas dan tenang hati saya tak perlu fikir tentang line laju ke line siput.
Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja.
Masuk-masuk, dah suruh jadi man in the storm. Haa ... ingat lagi entri saya mengenai apa jawapan unggul untuk persoalan bagaimanakah cara terbaik mendepani halangan dan cabaran hidup? How do you face setbacks in life?
Saya rasa saya jumpa sesuatu yang boleh dipertimbangkan sebagai jawapannya.
Saya sibuk ... dan saya ta ya pa wau
Rabu, Oktober 06, 2021
Saya tipu apabila saya mengatakan saya sibuk.
saya sibuk;
tidak dalam keadaan yang mana kebanyakan orang akan faham.Saya sibuk menghela nafas dalam-dalam dan panjang.
saya sibuk menenangkan jantung yang berdetak kencang.
saya sibuk memberitahu diri saya sendiri bahawa saya okey.Kadangkala, inilah kesibukan saya -
dan saya tidak akan meminta maaf untuk itu.
---------------
Sesuatu untuk kita sama-sama fikirkan. Berilah ruang yang sewajarnya pada insan-insan di sekeliling kita andai mereka menyatakan yang mereka sibuk. Usah dipertikaikan kesibukan mereka kerana ada dalam kalangan kita yang sibuk berperang dengan diri, sibuk menangani masalah yang dihadapi.
Ini mungkin bukan jenis sibuk yang kita boleh terima sebagai alasan kukuh. Tetapi, percayalah. Ada kalanya, kesibukan ini yang memberi peluang untuk seseorang itu terus kenal dirinya.
Jaga diri. Jaga hati.
Pesan Oktober | Hari Kopi
Jumaat, Oktober 01, 2021
Pesan Oktober
How Do You Face Setbacks in Life
Sabtu, September 25, 2021
Suatu masa dahulu, saya pernah ditanyakan satu soalan yang buat saya berfikir lama dan ambil masa yang lama juga untuk jawab.
How do you face setbacks in life?
Bagaimanakah anda berdepan dengan halangan dalam hidup? Dalam erti kata lain, jika ada dugaan atau masalah apa approach kita untuk menanganinya. Memanglah macam-macam yang kita boleh katakan. Saya ingat Tuhan ... saya berdamping dengan orang positif ... saya ada keluarga sebagai tulang belakang ... dan banyak lagi.
Tetapi, ada tak satu jawapan ringkas, tepat dan benar-benar boleh sum up secara menyeluruh bagaimanakah cara terbaik untuk kita mendepani halangan dan cabaran hidup?
Photo by Lisa from Pexels |
Jujur, sewaktu soalan itu ditanyakan kepada saya, saya bergeming. Lama saya kaku untuk fikir jawapan apa yang sesuai hendak diberikan pada si penanya. Dapat pula saya ini jenis tak suka fikir banyak. I want to live peacefully, one day at a time. Itu sahaja.
Saya dah tak ingat apa yang saya jawab ketika itu, tetapi rasanya okey. Boleh pakailah hujah temberang saya. Cuma di pihak saya, sampai sekarang saya macam tidak puas hati dan tertanya-tanya sendiri.
How to respond when people ask you how do you face setbacks in life?
Jika orang tanya kita, bagaimana you berdepan dengan dugaan ... what's your approach when dealing with setbacks in your life .... dan soalan-soalan lain yang seangkatan dengannya, apa jawapan paling padu yang boleh kita berikan?
Jadi, saya ingin ajukan soalan yang sama kepada kalian.
How do you face setbacks in life?
Maaf, hujung minggu ni ajak kalian pening kepala berfikir dengan saya. Kongsi jawapan atau sebarang pandangan kalian di ruangan komen di bawah. Sesuatu yang kalian rasa on point and hit the right note. 😊
Selamat berhujung minggu!
7 Nasihat Ali B Abi Thalib
Sabtu, Ogos 07, 2021
Sekadar perkongsian buat renungan kita semua. Nasihat-nasihat di bawah ini, bukan sesuatu yang baharu. Kita sudah tahu. Kita sudah biasa. Namun, adakala kita kena ingatkan diri dari semasa ke semasa. Tambahan pula dengan situasi semasa, macam-macam benda yang bergolak, kiri-kanan orang bergaduh, sana-sini manusia saling tabur fitnah.
Sumber imej - Pinterest (Pemilik asal tidak dapat dipastikan.) |
- Jangan membenci siapa pun, walau ada yang menyalahi hakmu.
Masih dan Kekal Begitu
Ahad, Jun 27, 2021
Credit - Grammarly Cards Please and thank you are still magic words. |
Jangan Terlalu Hukum Diri
Isnin, Jun 07, 2021
Saya tertarik dengan tips ini - How To Not Be Hard on Yourself.
Pahit Kopi Pahit Hidup
Sabtu, Mac 13, 2021
Assalamualaikum. Salam santai Sabtu! Hari ini saya ingin kongsi salah satu petikan kata-kata (quotes) tentang kehidupan yang saya suka. Bertambah-tambah suka sebab kata-kata ini berkaitan kopi! Hahaha hantu kopi seperti saya, baca sesuatu tentang kopi pun boleh terbau-bau aromanya. 😂
Mazhab Cinta Mengenang Kehebatan Cinta Rasulullah
Jumaat, Mac 12, 2021
Hari ini saya ingin kongsi tentang lagu Mazhab Cinta dendangan artis-artis Tarbiah Sentap Records. Pertama kali dengar lagu ini sebenarnya ketika saya sedang tidur. Saya kalau tinggal seorang diri memang akan pasang radio malam-malam biar tak sunyi sangat. Dalam mamai-mamai tu, masa dengar muzik intro dah tertanya-tanya dah lagu apa. Dah dengar, terus jatuh hati! Berusaha saya buka mata dan bangun untuk pergi cari kertas dan pen, catat bait-bait lagu supaya esoknya boleh google. Sebelum ini pernahlah juga masa tidur dengar lagu best dan saya hafal dua baris liriknya sebelum sambung tidur. Agak-agak sendirilah apa yang berlaku keesokan harinya 😆
Mazhab Cinta mengajak kita untuk mengenang kehebatan cinta Rasulullah kepada umatnya. Cinta baginda tidak terbatas kepada umat pada zaman baginda sahaja, tetapi merangkumi kita, umatnya hari ini yang tidak pernah baginda temui, terpisah dek dimensi masa. Cinta baginda juga teruntuk buat hidupan-hidupan lain di muka bumi ini.
Lagu yang melibatkan artis-artis Tarbiah Sentap Records - Rabithah, Aniq Muhai, Syed, The Truth, Areef dan Norhafiz (Autotune Band) dilancarkan pada penghujung Oktober 2020 bersempena dengan Maulidur Rasul. Ada tiga kisah yang diketengahkan melalui lagu ini yang boleh kita jadikan pengajaran; kisah unta menangis mengadu nasib kepada Rasulullah; kisah gunung Uhud yang meragam dan pohon tamar yang menangis kerana rindu akan baginda. Bayangkanlah, Gunung Uhud sudah ada tempat di syurga... bagaimanakah kedudukan kita?
Saya suka semua tentang lagu ini. Gubahan melodinya, liriknya yang jelas, sampai dan meninggalkan kesan. Progression lagu pun berjaya menarik kita untuk terus mendengar. Jika ingin dengar, cari di Youtube ya.
Salam Israk Mikraj | Penawar Buat Muhammad
Khamis, Mac 11, 2021
Terjemahan:
Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Isra’, ayat 1
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
👉 Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah, pahala mereka digandakan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau sangat harum.
👉 Itulah bau kubur Mashitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.
Hargai Hidup dengan 9 Cara Mudah Ini
Isnin, Februari 26, 2018
Klik gambar di atas untuk baca artikel. |