Saya tertarik dengan tips ini - How To Not Be Hard on Yourself.
Sebenarnya dalam hidup, kita tidak boleh terlalu menekan diri kita. Kadang-kadang, apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita cenderung untuk salahkan diri secara berlebihan. Mengakui kesilapan dan menerima kelemahan memang nilai yang baik, tetapi tidak perlulah keterlaluan menyalahkan diri.
Lebih teruk lagi jika kita sampai ke tahap bersusah payah semata-mata kerana mahu diterima di mata orang. Kita kena akur, sesetengah perkara ada batas malah dalam sesetengah keadaan, kita tidak perlu sedih atau rasa bersalah andai kita tidak dapat memenuhi jangkaan orang lain terhadap kita.
Macam mana hendak bersikap lebih terbuka dan tidak terus-terusan menghukum diri? Lihat di bawah ini:
Secara peribadi, tiga poin yang saya suka. ialah:
- look at your past as adventurous biography - bukan sesuatu yang perlu kita ratap dan sesalkan.
- express your anger in a creative way - apabila kemarahan disalurkan untuk buat sesuatu yang positif, pasti kita akan rasa lebih baik.
- learn from people who criticize you - belajar sesuatu daripada orang yang mengkritik kita bukan yang memuji. Sebab apabila orang puji, kita tidak akan nampak kelemahan atau cela diri.
Kalian pula bagaimana? 3 pilihan kalian?
Apa yang penting, hargai diri kita seadanya. Belajar terima setiap baik buruk kita. Tukar mindset ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.
Haah kadang-kadang pandang balik untuk insaf dan gelakkan diri.
BalasPadamBab gelakkan diri tu memang kena gelak puas-puas hihihi
PadamLatih diri sentiasa berlapang dada dan terima seadanya keadaan diri kita. Di samping itu sentiasa terus berusaha ke arah kesempurnaan diri walaupun hakikatnya manusia itu tidak sempurna 100%.
BalasPadamHikmah betul saranan Kak Amie ni ... kita kena terus sempurnakan diri walaupun hakikatnya kita tidak akan betul-betul sempurna. Terima kasih, kak :)
Padamnice sharing :)
BalasPadam:) :) :)
Padambetul tu kak farrah. saya paling suka:
BalasPadam1- accept you weakness as your features
2- stand up for what you believes even though it's unpopular
3- don't underestimate your talent
bagus betul bila ada suntikan semangat macam ni...
terima kasih berkongsi kak... :D
Oh, yang nombor 2 AO pilih tu memang susah kan... tapi itu yang sepatutnya kita lakukan. Bukan semberono sahaja ikut arus idea popular.
PadamNo need to thank me :)
Kita sama-sama kongsi benda positif ni untuk motivasikan diri.
Saya suka yang jangan bandingkan diri ktia dengan orang lain. Betul tu. Kita adalah kita. Ibarat kasut yang berbeza beza. Mana sama dengan orang lain. Btw nice sharing kak farrah :)
BalasPadamPerkara paling kejam kita buat pada diri kita ialah apabila kita banding-bandingkan diri kita dengan orang, kan. Betul macam Atiqah cakap tu, setiap orang unik dengan kelemahan dan keistimewaan sendiri.
PadamTo be honest, saya sejenis people pleaser. Kalau dengan orang saya tak biasa, sangat berhati-hati bila bercakap or nak buat apa-apa. Takut orang tak suka. Huhu. Hard on myself tu entahla bila boleh buang habit tu.
BalasPadamAkak rasa dengan orang yang kita tak biasa, itu wajar dilakukan. Bukanlah nak hipokrit dengan tak jadi diri kita, tapi more tu nak jaga batas and not pushing the wrong button.
PadamAkak pernah salah baca orang... orang tu gurau kasar, alasan konon kita dah macam adik-beradik, kita kenal lama bla bla bla... I'm okey with that, so akak presumed bolehlah gurau kasar macam adik beradik dengan dia. Sekali, di pihak dia je boleh ya. Kita buat kat dia tak boleh. So, dengan spesis begini memang akak akan lebih berhati-hati. More to reserved myself sebab nanti tindak-tanduk dan kata-kata kita habis dia twist.
Lebih baik bercakap biar ada batas. Kalau terlajak kata jd emosi lain kang. Bukan semua org boleh terima kata2 kita
BalasPadamBagus tips nih
BalasPadam