Sentuhan Magis Alien Oren

Ahad, Jun 06, 2021

Assalamualaikum. Salam santai Ahad.

Perasan tak sebarang perubahan pada tower saya? Sudah beberapa hari blog saya ini bertukar paras rupa. Ini semua Alien Oren (AO) punya kerja! Apa yang kelakar, saya tidak sedar pun blog dah bertukar wajah. Semasa hendak terbitkan komen, saya sendiri pelik apabila Kak Sheila Adziz, NA dan Kak Ret  sentuh tentang template baharu. 😂

Rupa-rupanya pada masa itu, AO tengah ‘menyihirkan’ tower saya dengan sumpahan biru lembut.

Perubahan blog ini merupakan hadiah #luckyblog contest yang dianjurkan oleh AO. Alhamdulillah, ada rezeki menang tempat kedua. Baca lanjut mengenainya di sini

Hadiah yang dimenangi ialah:

  • 1 template Etsy bernilai RM30 + blog header + colours customization

Tentu-tentulah saya teruja. Jika ikut saya, selamanya tower ni kekal suram dan hambar sedemikian rupa. Saya tak pandai nak godek-godek.


Berurusan dengan AO sangat mudah. Saya pilih template yang saya inginkan di Etsy, beritahu serba sedikit apa yang saya mahukan untuk blog, beri akses blog pada AO dan selebihnya AO guna kepakaran dan magisnya untuk mengubah rupa  tower saya.



Inilah From FAMF Tower dengan identiti baharu. Terus blog jadi 10 tahun lebih muda hahaha. 😂

Jatuh cinta pada header. 😍


Jatuh sayang pada template yang AO ubah suai. 🥰


Bukan itu sahaja, AO turut bermurah hati buatkan saya 4 watermarks untuk diletakkan pada gambar. Siap ada pilihan latar gelap dan terang sekali.

Belanja gambar si penjaga tower, Yuri Van Houtten dengan salah satu watermark baharu. 😸

Terima kasih banyak-banyak, Alien Oren. Akak rasa bertuah berpeluang menggunakan hasil kerja AO yang sangat wowww! Terima kasih juga kerana bantu edit blog akak sehingga ke perincian-perincian kecil. 

Jadi, siapa-siapa yang ada hajat untuk buat sebarang perubahan pada blog, nak tukar cat atau ingin beri identiti yang lebih segar, kalian tahu alien mana yang perlu kalian hubungi. 

45 ulasan

  1. Terharunya saya akak buat shout out begini ^_^ I'm so happy that you like it so much!

    Saya pun baru sudah review blog akak sempena menghargai penyertaan. Tapi nanti ada satu lagi shout out sempena wajah baru.

    boleh baca dekat sini dulu
    https://www.alienoren.com/2021/06/review-luckyblog-2-from-famf-tower.html

    thank you once again kak farrah! <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, tak perlu berterima kasih, AO! Akak ni yang terhutang budi pada awak.
      Wah, ada review! Kejap lagi akak singgah ya.

      Padam
  2. Sangat cantik pada keseluruhannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sentuhan AO, merasa saya ada blog cantik hehehe

      Padam
  3. Cantikkkkk! Warna dia cantikkk!
    Alahai kak farrah tak perasan AO menyihir blog kak farrah ye hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha AO menyihir pakai magic baik punya!

      Padam
  4. Patut lah lawa blog kak lama xsinggah masuk hari ini nampak lain hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Ekin! Lama tak dengar khabar. Sihat ke?

      Padam
  5. Betul farrah.. cantik sangat sbb tu kakmim pn teringin nk cat umh tgk blog farrah dh cantik mcm nk hari raya.. rupanya AO punya keja 👍🏻👍🏻 Next time bolehlah pakai khidmat AO.. semlm pun ada jugak usha2 di etsy tp last2 pakai yg free je nnt beli x reti nk godek x best jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, Kakmim. Saya memang tak pandai beli-beli template ni sebab tak ada ilmu. Kang beli lain, bila saya install jadi lain pula. :)

      Haa ... lepas ni kalau ada template kat Etsy yang berkenan di hati Kakmim, dah boleh beli. Lepas tu boleh guna khidmat AO untuk godek-godek.

      Padam
  6. Cantik sentuhan daripada AO.. saya pun penah guna servis dia dan hasilnya memang mengagumkan.. Tahniah diucapkan... dan header akak pun memang kena dengan nama blog akak.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah akhirnya setelah sekian lama akak berjaya ada tower sendiri kat header.
      Hasil kerja AO memang puas hati, kan? Shikin punya header akak suka. Paling suka elemen typewriter dan quotes atas torn paper tu :)

      Padam
  7. Tu la ingat salah masuk blog aritu hahaha...
    warna dari hitam 'garang' terus jadi biru 'lembut' gitu hehehe

    Nice...!!

    BalasPadam
  8. cntik. bleh gunakan servis AO next time klau nk ubahsuai blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh cari AO dan kaotim dengan dia :)

      Padam
  9. Wah! Cantik sangat! 👍👍👍

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Alhamdulillah, sentuhan baru yang segar :)

      Padam
  11. kemas cantik! saya nmpak blog kak farrah warna hijau pastel..ke mata saya ade msalah? hurmmm ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe jangan risau. Birunya memang ada hint of green. Jadi, sesetengah orang akan nampak lebih kepada biru, ada yang nampak lebih kepada hijau. :)

      Padam
  12. Sangat cantik dan kreatif hasil kerja tangan AO!!

    BalasPadam
  13. Cantik dan kemas sangat. Alhamdulillah. Rezeki berwajah baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih, Eza 😊

      Padam
  14. Memang fresh. Rasanya blog saya pun kena ubah wajah. Nak ejas sendiri tak kreatif. Nak halu halu cik Alien la nanti. Barulah out of this world gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari je cik Alien ni. Nanti kalau dah ‘out of this world’ … jangan buat tak kenal akak pulak hihihi

      Padam
    2. Haha. Dunia blog Malaysia ni kecik je. Pusing-pusing jumpa jugak

      Padam
  15. Cantikkkk.. nampak konsep minimalist gituuu 😍😘❤️

    BalasPadam
  16. Lembut saja warnanya.. moga terus bersemangat dengan blog berwajah baharu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Mudah-mudahan begitulah. 😊

      Padam
  17. Hehe tuan tanah tidak perasan blog berwajah baru.
    Bagus juga beritahu apa kita hendak dan orang itu ubah ikut permintaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat sendiri tak mampu, kan... kenalah mengadu-ngadu manja kat orang :)

      Padam
  18. W'salam Farah..
    Wow suka dengan warna dan template hasil sentuhan AO.. Sedap mata memandang, bila baca pun mata tak berpinau.. Cleannnnnn gitu. Overall menarik! I like...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, moga teman-teman yang datang selesa bertandang ke mari.
      Terima kasih banyak-banyak, LZ. :)

      Padam
  19. Cantik dan meriahhh. Lama tak tgk yuri bersiaran. Sihat ke? Bila design menarik memang best nak membaca

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah rezeki. Apapun tahniah. Cantik hasilnya.

    BalasPadam
  21. Terbaik. Servis dari AO memang terbaik.. :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.