Kopi, Sirap Kurma dan Baulu
Isnin, Mei 05, 2025
Assalamualaikum. Salam pagi Isnin. Saya tengah bersiap-siap untuk keluar sekejap lagi. Hendak pergi beli barang dapur. Sebelum itu, jengah sebentar blog yang sudah agak lama saya abaikan.
Pagi ini tidak bersarapan berat. Sekadar alas perut sebab akan makan di luar. Minum kopi seteguk dua dengan tiga biji baulu. Cukuplah.
| Kopi dan baulu |
Buka Puasa | Mixed Kebab with Fries
Khamis, Mac 13, 2025
Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-12. 😊
Belakangan ini, entah mengapa saya teringin makan shawarma, kebab, doner, shish… semua yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana saban hari, gambar atau resepi makanan ini kerap lalu-lalang di paparan media sosial saya. 😁
Tetapi, setakat teringin begitu-begitu sahajalah. Setakat ini, tidak terlintas lagi untuk Grab ke, take away atau keluar pergi makan di luar.
Alhamdulillah, tak disangka-sangka, semalam ada rezeki orang belanja.
| Mixed kebab with fries. |
Satu set hidangan mixed kebab lengkap dengan dua keping roti, salad dan kentang goreng. Masih panas lagi makanan ini ketika sampai pada saya.
Sewaktu buka kerajang aluminium yang membalut makanan, semerbak aroma rempahnya menerjah deria bau. Seleksi daging ada empat jenis - daging lembu, kambing, ayam dan campuran ikan. Semua menyelerakan.
Rempah perapan pada daging memang berasa. Salad pun tidak kalah sedapnya. Ngam sangat apabila dimakan bersama roti dan daging kerana ada elemen masam dari dressing lemon.
Besar juga saiz hidangan mixed kebab ni. Memang puaslah makan. Saya dan Bott tak terhabis makan berdua. Bakinya kami siap bawa ke sahur.
Dah lepas teringin kebab, tiba-tiba teringin nasi Arab pula. 😂
10 Ramadan | Coklat Kurma Nua
Selasa, Mac 11, 2025
| Ramadan 1446H |
Scrunchies untuk Kenduri
Khamis, Oktober 24, 2024
Scrunchies | Getah Rambut - Baru-baru ini, Bott terima tempahan scrunchies untuk kenduri. Tuan rumah hendak masukkan getah rambut sebagai salah satu isi goodie bag atau door gift untuk diberikan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang datang merewang, menolong membantu kelancaran majlis.
Mereka tempah 150 scrunchies saiz sederhana. Campur-campur corak tetapi semua mahu tona warna biru. Ukuran setiap satu lebih kurang 4.5 - 5 inci. Kain yang digunakan cotton batik. Kain jenis lembut, serap air dan selesa dipakai.
Tak sangka saya, sekarang ni corak kain batik cantik-cantik. Sudah tidak terikat dengan corak batik traditional sahaja. Ada bunga-bunga comel dah macam kain pasang coraknya. Tetapi, ini kain batik cetaklah. Bukan kain batik asli tu.
Setelah siap dijahit, tugas saya untuk bungkus dan letak pelekat Thank You.
| Sebahagian daripada scrunchies yang telah dibungkus. |
Lenguh jugalah pinggang nak pleat scrunchie satu demi satu supaya lebih kemas sebelum dibungkus di dalam plastik. Barulah cantik berseri. Setelah dipek sebegini, tuan rumah tinggal pilih, ambil dan masukkan ke dalam goodie bag.
Sebenarnya, saya sendiri tidak pernah terfikir yang scrunchie boleh dijadikan hadiah atau tanda mata dalam keraian dan kenduri-kendara. Semasa mula-mula Bott dapat tempahan ini, saya terkejut. Untuk kenduri? Nak beri tetamu? Rupa-rupanya ramai juga yang buat tau. Huhuhu nampak sangat saya jarang alert apa yang orang beri semasa kenduri. 😅
Good idea juga bagi scrunchie. Yalah, kalau pun yang dapat tu berambut pendek atau tidak pakai scrunchie, boleh jadi rezeki ahli keluarga yang lain. Barang tu tetap dapat dimanfaatkan. Tidaklah sia-sia atau terbuang begitu sahaja.
Sekarang, Bott tengah siapkan tempahan untuk goodie bags majlis akikah pula. Kali ni, tuan badan yang menempah minta scrunchie kain satin.
Ada antara kalian yang pernah dapat scrunchie sebagai salah satu isi goodie bags kenduri? Bagi yang berambut panjang tu, kalian lebih gemar pakai scrunchie atau kepit rambut?
Spicy Tempura Lava Roll
Khamis, Oktober 17, 2024
Susyi AEON | Ada tak penggemar susyi AEON di sini? Kita geng! Saya, setiap kali berkunjung ke Aeon, mesti akan singgah di medan selera untuk beli susyi. Susyinya beraneka, sedap-sedap dan yang penting harganya mesra poket. 😊
Dalam banyak-banyak, antara yang wajib saya beli selain Inari (yang nasinya dalam kelongsong kulit tauhu) ialah Tempura Lava Roll. Ini memang favourite saya! Tempoh hari, sebaik sahaja sampai di food court, inilah yang saya cari dahulu.
Tadaaaa! Beginilah rupanya tempura lava roll yang saya maksudkan. 😊
| Spicy Tempura Lava Roll |
Kyū
Ahad, September 01, 2024
Assalamualaikum. Salam 1 September.
Seperti biasa, ucapan awal bulan untuk kalian … Semoga 30 hari yang bakal kita semua lalui lancar dan baik-baik sahaja.
Moga bulan ini kerja-kerja kita dapat dilunaskan dengan sempurna. Hari-hari dapat dilalui dengan ceria dan bahagia. Moga ketenangan, kelapangan fikiran dan kesihatan yang unggul berpihak pada kita.
| It’s September! |
Susyi untuk Sarapan
Rabu, Ogos 14, 2024
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Selamat hari Rabu!
Setelah berminggu-minggu tanpa sebarang entri baharu di tower, baru hari ini ada peluang muncul kembali di sini. Aishhh… macam manalah nak konsisten berblogging ni… kejap muncul, kejap tenggelam… kejap ada, kejap masuk gua… 😂
Kalian sudah bersarapan? Hari ini rezeki saya makan susyi untuk sarapan. Malam semalam makan ramai-ramai di sebuah restoran Jepun di Petaling Jaya. Orang belanja. Catching up, tukar-tukar cerita memandangkan agak lama tidak berjumpa.
Alhamdulillah, tukang belanja bermurah hati tapaukan susyi untuk saya. Kebetulan, total kami semua makan tidak sampai kuota pakej yang diambil. Jadi, dipesannya empat kotak susyi untuk saya bawa pulang.
Dalam ramai-ramai tu, saya seorang je yang tak keluar bekerja hari ini. Jadi, food untuk saya dah ada. Tak perlu susah-susah nak fikir untuk masak atau beli. Sweet, kan? So thoughtful. Ada kenalan yang baik-baik dan pemurah ni kira satu bentuk rezeki juga.
Inilah juadah sarapan negara matahari terbit saya. 😊
| Susyi, anyone? |
Minggu Baharu | Hold On to What Keeps You Warm
Isnin, Jun 10, 2024
Hold On To What Keeps You Warm
| Hold on to what keeps you warm |
Monstera Mengandung Lagi
Khamis, Mei 23, 2024
Assalamualaikum. Sudah bersarapan ke belum tu?
Hari ini, seawal pagi saya dah tersenyum lebar. Pergi siram pokok-pokok di balkoni. Cakap-cakap dengan pokok kejap. Potong daun kering, alih-alihkan pasu, bersihkan piring pasu.
Tetapi, kerja yang sepatutnya tidak mengambil masa, jadi lama sebab ada dua ekor ‘pembantu’ berbulu dan berekor sibuk menolong. Si Yuri dan Rhea waktu-waktu beginilah feeling-feeling hirup udara segar sambil main-main dengan daun.
| Fiddle Fig |
Nasi Goreng Dabai Masin
Rabu, Mei 15, 2024
Assalamualaikum.
Kelmarin, saya dapat buah dabai frozen. Punyalah teruja. Cepat-cepat simpan di dalam peti dingin beku. Nanti apabila hendak makan, boleh rendam dalam air panas sekejap supaya lembut, kemudian cicah dengan kicap. Dap dap dap!
Banyak juga buah dabai yang saya dapat. Mulalah otak ni merencana macam-macam. Nak buat dabai jeruk la… nak buat nasi aruk la… Insya-Allah, bakal diusahakan nanti.
Baru rancang-rancang je pun, belum sempat sentuh dabai yang saya dapat, alhamdulillah hari ini saya terima rezeki tidak terduga. Saya dapat nasi goreng dabai masin untuk makan tengah hari. Susah nak jumpa ni!
Adik saya tapaukan makan tengah hari dan hantar pada kakaknya yang dah dua hari terperuk, tidak keluar rumah. 😂
Nasi Goreng Dabai Masin
| Nasi goreng dabai masin |
Espresso Tanpa Panna
Rabu, Mei 08, 2024
Semalam, saya bangun pagi dengan rasa lesu, menguap tak henti-henti. Tak cukup tidur. Ikutkan hati, mahu sahaja saya sambung tidur tetapi saya ada janji temu di luar. Kena keluar jumpa orang!
Dipendekkan cerita, dalam pada bergegas hendak pergi ke lokasi pertemuan, saya singgah sebentar di San Francisco Coffee. I need my caffeine fix. I need coffee.
Alhamdulillah, tidak ramai orang. Tak beratur panjang. Sampai giliran saya, saya pesan espresso con panna. Espresso dengan krim (whipped cream). In fact, I ordered a doppio. Double espresso.
Saya perlukan sesuatu yang kuat untuk kasi mata celik tetapi pada masa yang sama hendak juga rasa lemak-lemak krim tu. 🤣
| Kopi pagi saya ☕️ |
Baju Raya Disabot Yuri
Rabu, April 17, 2024
Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 8. Dah mula sibuk dengan kerja atau masih sambung raya? Apa-apapun, jangan lupa jaga diri. 😊
Saya masih belum sempat buat entri-entri raya. Tak mengapalah, raya kan sebulan… perlahan-lahan kayuh.
Baju Raya Disabot Yuri
| Lenyaknya 😅 |
Tapai Pulut Daun Getah
Isnin, Februari 12, 2024
Assalamualaikum. Selamat menyambung cuti!
Ini kisah semalam. Rezeki saya dapat tapai pulut daun getah. Alhamdulillah. Rasanya, sudah agak lama saya tak makan tapai. Lagi-lagi yang dibungkus menggunakan daun getah sebegini.
Punyalah gembira apabila tapai pulut sampai ke tangan. Saya simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Tahan selera kejap. Dua tiga jam lepas tu, keluarkan lalu dimakan… nikmatnya!
| Tapai Pulut Daun Getah |
Teropong dari Jauh
Khamis, Februari 08, 2024
Assalamualaikum. Setelah sekian lama, akhirnya saya kembali bersiaran! Alhamdulillah, berjaya memboloskan diri masuk tower yang berbulan-bulan terbiar dan terbitkan entri pertama untuk tahun ini. Ini pun, dah ingat-ingat lupa bagaimana nak publish entri blog.
Apa khabar, kawan-kawan? Sihat? Semua OK setakat ini? Maaf, sudah lama saya tidak kunjungi kalian bertanya khabar berita. Main intai-intai dan teropong dari jauh sahaja. 😂
Insya-Allah, selepas ini kita jejak kasih ya. Ada rezeki boleh ngopi sama-sama.
![]() |
| Yuri dengan tilam baharu 😆 |
11 November | Hujung Minggu yang Panjang
Sabtu, November 11, 2023
Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Lama benar saya tidak bersiaran. Sibuk mengurus kehidupan konon-kononnya, tidak sempat langsung hendak menjengah blog. Balas komen dan blogwalking jauh sekali! Bersawang kaww kawww gamaknya tower saya ini. 😂
Apa khabar teman-teman semua? Mudah-mudahan okey dan baik-baik sahaja. Sepertiga November sudah berlalu, sekejap je, kan? Nanti tahu-tahu dah masuk 2024.
Deepavali dan Cuti Hujung Minggu
| Pisang goreng rangup saya |
Salam Aidiladha 1444H
Rabu, Jun 28, 2023
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kalian. Maaf zahir dan batin.
Selamat pulang ke kampung.
Selamat meluangkan masa bersama yang tersayang.
Bagi yang ada rezeki berkorban tahun ini, selamat melaksanakan ibadah korban.
| Salam Aidiladha |
Kali ni saya balik raya naik MRT. Enam stesen je.
*Raya haji pertama tanpa Cekebon. I miss you so much, Bon. 😢 Al-Fatihah.
Isnin dan Roti Sarang Burung Special
Isnin, Jun 19, 2023
Assalamualaikum.
Selamat pagi. Selamat memulakan minggu baharu. Kalian dah bersarapan ke belum?
Hari ini, saya singgah minum di Restoran Shahira dekat dengan rumah adik di TTDI. Pertama kali makan di situ. Masuk-masuk, tengok menu dah tersenyum lebar.
Macam-macam ada! Selain roti canai dan hidangan sarapan biasa, ada mi rebus, mi Siam, soto, kacang phol, lontong, lontong darat … meriah betul!
Tetapi, disebabkan saya rasa tak lapar sangat, saya tangguhkan dahulu hasrat nak makan juadah-juadah menyelerakan tu.
Saya pesan Roti Sarang Burung Special. 😊
| Roti sarang burung mata beza warna 🤣 |
Mei yang Sibuk | Selamat Sambung Raya
Isnin, Mei 08, 2023
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar semua? Maaflah andai blog saya ni bersawang teruk. Memang agak lama terabai.
Hari ke-8 bulan Mei baru sempat meluangkan masa untuk blog. Mudah-mudahan 31 hari baharu untuk bab ke-5 2023 baik-baik sahaja. Sekejap je dah nak setengah tahun, kan?
Salam Aidilfitri. Salam Kosong-kosong.
Maaf sangat-sangat saya lambat ucap selamat hari raya. Dah masuk 17 Syawal dah pun. Tak mengapalah. Kita raya sebulan ☺️
Salam Aidilfitri. Selamat sambung raya! Semoga setiap hari Syawal kalian akan dipenuhi dengan momen dan memori indah.
| Salam Syawal! 🥰 |
