Isnin dan Roti Sarang Burung Special

Isnin, Jun 19, 2023

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Selamat memulakan minggu baharu. Kalian dah bersarapan ke belum?

Hari ini, saya singgah minum di Restoran Shahira dekat dengan rumah adik di TTDI. Pertama kali makan di situ. Masuk-masuk, tengok menu dah tersenyum lebar.

Macam-macam ada! Selain roti canai dan hidangan sarapan biasa, ada mi rebus, mi Siam, soto, kacang phol, lontong, lontong darat … meriah betul! 

Tetapi, disebabkan saya rasa tak lapar sangat, saya tangguhkan dahulu hasrat nak makan juadah-juadah menyelerakan tu. 

Saya pesan Roti Sarang Burung Special. 😊

Roti sarang burung mata beza warna 🤣

Berbaloi pesan roti ni. Antara roti sarang burung sedap yang pernah saya makan. Kongsi berdua dengan Bott. Oh, satu lagi menu yang dipesan ialah:

Roti Bakar Mentega Kacang dan Pisang

Peanut butter and banana toast. Yang konon kenyang tadi, tetap berselera makan roti bakar. 😂 Lapisan lepa kacangnya mewah, hirisan pisang banyak … kemudian ada lelehan susu pekat pula. Memang memanjakan tunas rasa! Sekali-sekala boleh la, kan…

Kalian sarapan apa pagi ini? Selamat menjalankan tugasan atau urusan harian. Moga hari kalian indah dan menyenangkan.


6 ulasan

  1. Roti pisang tu nampak sangat sedap 😋

    BalasPadam
  2. Dua-duanya saya suka, terlebih lagi roti pisang!

    BalasPadam
  3. Cantik kejadian telur separuh masak tu.

    BalasPadam
  4. hari tu gi makan roti canai biawak tu, pun ada roti sarang burung ni... next nak try plak

    BalasPadam
  5. apa motif letak dua biji telur yg berlainan warna tu? hahahaha

    BalasPadam
  6. Berbeza kuning telurnya.. hehehe..
    Sha sarapan kopi je pagi ini..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.