Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-12. 😊
Belakangan ini, entah mengapa saya teringin makan shawarma, kebab, doner, shish… semua yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana saban hari, gambar atau resepi makanan ini kerap lalu-lalang di paparan media sosial saya. 😁
Tetapi, setakat teringin begitu-begitu sahajalah. Setakat ini, tidak terlintas lagi untuk Grab ke, take away atau keluar pergi makan di luar.
Alhamdulillah, tak disangka-sangka, semalam ada rezeki orang belanja.
Mixed kebab with fries. |
Satu set hidangan mixed kebab lengkap dengan dua keping roti, salad dan kentang goreng. Masih panas lagi makanan ini ketika sampai pada saya.
Sewaktu buka kerajang aluminium yang membalut makanan, semerbak aroma rempahnya menerjah deria bau. Seleksi daging ada empat jenis - daging lembu, kambing, ayam dan campuran ikan. Semua menyelerakan.
Rempah perapan pada daging memang berasa. Salad pun tidak kalah sedapnya. Ngam sangat apabila dimakan bersama roti dan daging kerana ada elemen masam dari dressing lemon.
Besar juga saiz hidangan mixed kebab ni. Memang puaslah makan. Saya dan Bott tak terhabis makan berdua. Bakinya kami siap bawa ke sahur.
Dah lepas teringin kebab, tiba-tiba teringin nasi Arab pula. 😂
Aduhai..Terliur tgk..Sedap nih =)
BalasPadamwaah mmg sedap dpt org belanja shawarma / kebab mcm ni hehehe
BalasPadamjgn minta sy cekelat dubai yaaa🤣
BalasPadamAlhamdulillah rezeki nya.
BalasPadamSelamat berbuka puasa
BalasPadamSelamat berbuka puasa.
BalasPadamWaaah memang kliatan enak kak , 😍. Dah lamaa juga tak makan kebab begini. Selama puasa ini saya jarang jajan yg berat2. Palingan hanya kue. JD teringin cari kebab kan 😄
BalasPadamNasib baik haritu CUya baru saja makan kebab, sedapnya kebab hehe
BalasPadam