Memaparkan catatan dengan label Ramadan 1446. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadan 1446. Papar semua catatan

Salam Wahyu Pertama

Selasa, Mac 18, 2025

 Assalamualaikum.

Nuzul al-Quran 1446H


17 Ramadan.
Salam Nuzul al-Quran.
Semoga al-Quran sentiasa subur dalam hati kita, terus menjadi pegangan kita.


Ayam Goreng Buttermilk

Isnin, Mac 17, 2025

Beberapa hari lepas, saya buat Honey Butter Biscuits Ala Texas. Adalah kuih untuk dimakan-makan masa moreh atau sahur. Dah siap biskut, lebihan buttermilk masih berbaki dalam setengah botol. Ini yang malas beli buttermilk ni. Mula-mula  beli,  semangat punyalah berkobar-kobar! Tak mengapa, buttermilk ni boleh habis… aku nak buat butter cookies, then buat roti sikit… alih-alih apabila penat sampai, impian hanya tinggal impian. Terabailah buttermilk tu di dalam peti sejuk.

Memandang botol buttermilk dengan rasa bersalah, akhirnya saya putuskan untuk buat ayam goreng buttermilk. Sedap juga andainya berbuka puasa dengan ayam goreng panas-panas.

Dari segi rasa, sebenarnya lebih kepada ayam goreng yang biasa kita makan, ala KFC atau ala McD. Kalau tepung sadurannya kita letak paprika atau serbuk lada hitam, pedas-pedaslah rasanya. Rasa nak masin-masin berlemak sikit, guna perasa salted egg.

Juadah ayam ini dipanggil ayam buttermilk kerana potongan-potongan ayam yang telah dibersihkan diperap dengan buttermilk selama beberapa jam sebelum disadur tepung dan digoreng. Buttermilk akan menyerap dan melembutkan tekstur daging ayam.


Hasilnya, ketulan ayam goreng yang rangup krup krap krup krap di luar tetapi bahagian isi dagingnya super lembut! 

Inilah ayam goreng buttermilk saya. 


Ayam Goreng Buttermilk

Belimbing Buluh | Kundang Madu

Ahad, Mac 16, 2025

Dahulu semasa di tinggal di rumah lama, belakang rumah ada pokok belimbing buluh. Setiap kali berbuah, memang lebat buahnya. Puaslah kami masak macam-macam lauk - buat sambal hitam, taucu ikan bilis, gulai lemak… masam-masam belimbing tu yang asyik!

Sejak berpindah, memang jarang sangat jumpa belimbing buluh. Alhamdulillah, baru-baru ini ada rezeki dapat satu plastik besar belimbing buluh. 

Belimbing buluh sedia nak masuk peti ais. 😊

Buka Puasa | Mixed Kebab with Fries

Khamis, Mac 13, 2025

Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-12. 😊

Belakangan ini, entah mengapa saya teringin makan shawarma, kebab, doner, shish… semua yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana saban hari, gambar atau resepi makanan ini kerap lalu-lalang di paparan media sosial saya. 😁

Tetapi, setakat teringin begitu-begitu sahajalah. Setakat ini, tidak terlintas lagi untuk Grab ke, take away atau keluar pergi makan di luar. 

Alhamdulillah, tak disangka-sangka, semalam ada rezeki orang belanja.

Mixed kebab with fries.

Satu set hidangan mixed kebab lengkap dengan dua keping roti, salad dan kentang goreng. Masih panas lagi makanan ini ketika sampai pada saya. 

Sewaktu buka kerajang aluminium yang membalut makanan, semerbak aroma rempahnya menerjah deria bau. Seleksi daging ada empat jenis - daging lembu, kambing, ayam dan campuran ikan. Semua menyelerakan.

Rempah perapan pada daging memang berasa. Salad pun tidak kalah sedapnya. Ngam sangat apabila dimakan bersama roti dan daging kerana ada elemen masam dari dressing lemon.

Besar juga saiz hidangan mixed kebab ni. Memang puaslah makan. Saya dan Bott tak terhabis makan berdua. Bakinya kami siap bawa ke sahur.

Dah lepas teringin kebab, tiba-tiba teringin nasi Arab pula. 😂


Laksa Sarawak Derhaka

Rabu, Mac 12, 2025

Beberapa hari lepas, sewaktu kemas pantri sambil cari idea hendak masak apa untuk berbuka, saya jumpa Pes Laksa Sarawak Hj. Manan. Terus jadi teringin makan laksa Sarawak! 

Bayangkan, kuah laksa pekat berlemak, panas-panas dimakan dengan bihun, ada hirisan ayam, taugeh, daun ketumbar, sambal… Uishhh, sedapnya! Okey, laksa Sarawak for iftar!

Pes Laksa Sarawak Hj. Manan | Boleh dapatkan di sini.

10 Ramadan | Coklat Kurma Nua

Selasa, Mac 11, 2025

Assalamualaikum. Salam 10 Ramadan. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke sepertiga Ramadan. Harap kalian semua baik dan tenang-tenang sahaja.

Akhirnya, saya berjaya memaksa diri kembali menulis di blog setelah senyap buat seketika. Entah apa yang saya sibukkan entah. Hasrat untuk menulis entri baharu, blogwalking, ziarah kawan-kawan memang membuak-buak. Tetapi, dari hari ke hari asyik bertangguh.

‘Tunggulah, nanti hujung bulan lapang sedikit, baru masuk blog.’

‘Nantilah, bulan puasa ada masa senggang boleh blogwalking intai kawan-kawan.’

Tahu-tahu sudah 10 Ramadan! 

Ramadan 1446H