Beberapa hari lepas, saya buat Honey Butter Biscuits Ala Texas. Adalah kuih untuk dimakan-makan masa moreh atau sahur. Dah siap biskut, lebihan buttermilk masih berbaki dalam setengah botol. Ini yang malas beli buttermilk ni. Mula-mula beli, semangat punyalah berkobar-kobar! Tak mengapa, buttermilk ni boleh habis… aku nak buat butter cookies, then buat roti sikit… alih-alih apabila penat sampai, impian hanya tinggal impian. Terabailah buttermilk tu di dalam peti sejuk.
Memandang botol buttermilk dengan rasa bersalah, akhirnya saya putuskan untuk buat ayam goreng buttermilk. Sedap juga andainya berbuka puasa dengan ayam goreng panas-panas.
Dari segi rasa, sebenarnya lebih kepada ayam goreng yang biasa kita makan, ala KFC atau ala McD. Kalau tepung sadurannya kita letak paprika atau serbuk lada hitam, pedas-pedaslah rasanya. Rasa nak masin-masin berlemak sikit, guna perasa salted egg.
Juadah ayam ini dipanggil ayam buttermilk kerana potongan-potongan ayam yang telah dibersihkan diperap dengan buttermilk selama beberapa jam sebelum disadur tepung dan digoreng. Buttermilk akan menyerap dan melembutkan tekstur daging ayam.
Hasilnya, ketulan ayam goreng yang rangup krup krap krup krap di luar tetapi bahagian isi dagingnya super lembut!
Inilah ayam goreng buttermilk saya.
Ayam Goreng Buttermilk |
Sukar dapatkan buttermilk di pasaran? Jangan risau, boleh cuba buat sendiri di sini.
Untuk tepung saduran ayam, nanti ada kesempatan saya muat naik resepi penuh. Sebenarnya kalau nak senang, guna mana-mana tepung goreng ayam yang ada di pasaran pun boleh. Tepung Bestari ke Tepung Ayam Goreng Bon Cef ke… semua sedap! Ayam yang selesai diperap, angkat dan sadurkan penuh-penuh dengan tepung. Kemudian, goreng jeluk sehingga ayam betul-betul masak.
Tengok gambar je dah dapat rasa kesedapannya..
BalasPadamNampak sedap plak ayam buttermilk tu....kalau dapat panas- panas memang best betul tu kan..
BalasPadamNampak sangat menyelerakan. Salam 16 Ramadhan diucapkan
BalasPadamSedapnya ayam buttermilk ni.
BalasPadamtengok ayam tu pun dah dpt rasa sedap dia mcm mana eheee
BalasPadammummy_ayu
18 Mac 2025 pada 8:05 PGsedap tu, nak pulak makan panas2 kan..yummm
BalasPadamoh ni buttermilk yg jenis buat sendiri bancuhan tu perap ngan ayam and goreng..biasa menu ayam buttermilk yg bersalut guna susu cair +daun kari tu
BalasPadambileh msk bazar ramadan ni😀👍👍
BalasPadamPergh!! Mengancam.. Menarik ye, rendam dalam buttermilk.. boleh cuba nie..
BalasPadam