10 Ramadan | Coklat Kurma Nua

Selasa, Mac 11, 2025

Assalamualaikum. Salam 10 Ramadan. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke sepertiga Ramadan. Harap kalian semua baik dan tenang-tenang sahaja.

Akhirnya, saya berjaya memaksa diri kembali menulis di blog setelah senyap buat seketika. Entah apa yang saya sibukkan entah. Hasrat untuk menulis entri baharu, blogwalking, ziarah kawan-kawan memang membuak-buak. Tetapi, dari hari ke hari asyik bertangguh.

‘Tunggulah, nanti hujung bulan lapang sedikit, baru masuk blog.’

‘Nantilah, bulan puasa ada masa senggang boleh blogwalking intai kawan-kawan.’

Tahu-tahu sudah 10 Ramadan! 

Ramadan 1446H
Pada kesempatan ini, saya ingin ucapkan selamat melaksanakan ibadah Ramadan. Saya doakan mudah-mudahan kita semua terus diberi kemudahan, kelapangan, kudrat yang cukup, kesihatan yang baik agar bukan sahaja dapat berpuasa dengan sempurna, malah dapat melaksanakan ibadah-ibadah Ramadan yang lain.


Coklat Kurma Nua

Alhamdulillah, rezeki dapat sekotak kurma bersalut coklat. Saya ni memang penggemar kurma. Tidak kiralah apa bentuknya, kurma kering, basah, coklat kurma, jus kurma, cuka kurma, kek kurma… semua saya ON. 

Kali ini, saya berpeluang rasa kurma bersalut coklat Nua. Bukan main cantik lagi kotak pembungkusannya. 

Nah, buat masa ini mampu belanja secara maya sahaja dahulu… ambil seorang satu. 😊

Coklat Kurma Nua


Dari segi rasa, tidak perlu dibahas. Sedap! Dari buah kurma, inti atau filling yang diletakkan di bahagian dalam sehinggalah ke coklat yang menyalut keseluruhan kurma, semuanya sedap! Bolehlah buat jadi pencuci mulut atau snek untuk moreh sepanjang bulan puasa ni.

Ada penggemar coklat kurma atau kurma bersalut coklat di sini? Angkat tangan sikit! 



2 ulasan

  1. Nak ambil puasa ni...nnt nk berbuka saya datang lagi...takut habis pulak...hehe

    BalasPadam
  2. dapnya..MA suka gak ni...yum yum
    salam ramadhan dear..selamat berpuasa!!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.