Beberapa hari lepas, sewaktu kemas pantri sambil cari idea hendak masak apa untuk berbuka, saya jumpa Pes Laksa Sarawak Hj. Manan. Terus jadi teringin makan laksa Sarawak!
Bayangkan, kuah laksa pekat berlemak, panas-panas dimakan dengan bihun, ada hirisan ayam, taugeh, daun ketumbar, sambal… Uishhh, sedapnya! Okey, laksa Sarawak for iftar!
Pes Laksa Sarawak Hj. Manan | Boleh dapatkan di sini. |
Laksa Sarawak Derhaka
Saya punyalah yakin semua bahan ada dan cukup, sekali nak masak baru tergigit lidah. Daun ketumbar dan taugeh tak ada! Saya pula, dah petang-petang tu kudrat ibarat Ultraman hanpir kalah bertarung dengan raksasa. Tak larat nak melangkah pergi kedai meskipun kedainya bawah rumah je.
Tak apa. Kita pakai sahajalah bahan-bahan apa yang ada. Derhaka sedikit dari resepi asal.
Kuah laksa Sarawak |
Kuah siap!
Tak perlu potong, hiris, kisar. Masukkan sahaja pes ke dalam periuk, tambah air dan santan. Terus siap kuahnya! Mudah dan jimat masa.
Saya guna dada ayam dan bebola ayam. Sayur, memandangkan tiada tauge, saya ganti dengan kubis Cina. Habiskan bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk je.
Hiris cili merah, cili hijau, limau nipis, sedikit bawang goreng supaya laksa yang dihidangkan lebih beraroma… sedia untuk dinikmati!
Laksa Sarawak derhaka main tukar-tukar bahan. 😆 |
Alhamdulillah, biarpun buat laksa versi derhaka, rasanya tetap enak! Maklum sahajalah pes kuahnya memang sudah cukup semua, dah sedia sedap. Berselera kami di rumah ni berbuka puasa dengan laksa Sarawak.
Saya biasa beli pes laksa ni sama ada di Shopee atau TikTok. Sekarang lebih rajin beli di TikTok sebab banyak baucar penghantaran percuma. Bagi yang ingin cuba masak laksa Sarawak sebagai juadah berbuka atau untuk raya nanti, bolehlah cuba beli di sini. Ada pek 200g dan 500g.
Semua laksa semenanjung saya tak makan, tapi laksa Sarawak saya makan. Best.. 😋
BalasPadamWahh..Senang ade paste ni =D
BalasPadamSetiap negeri ada laksa kan. Sedapnya terliur pulak tengok.
BalasPadamIsh sana sini laksa nampaknya... Tadi ke dapur Linda pun jamu laksa :D
BalasPadamSenangkan ada pes masakan gini
ldy pernah makan sekali laksa sarawak... sedap...
BalasPadammummy_ayu
13 Mac 2025 pada 10:48 PGpernah makan tapi x pernah buat lagi..senang je ada pes nya yer
BalasPadamx pe derhaka... sbb bukan buka kedai punya😁😁
BalasPadamSaya sukaaaaaaa paste laksa Sarawak iniiii 😍😍😍😍. Pernah dibagi oleh blogger Carneyz. ❤️
BalasPadamSampai jakarta LGS saya masak. Sedaaaaap memang. Tapi tuhlaah, tak ada dj jual di shoppee sini kak. Pernah tanya Carneyz dj KL ada jual tak. Sebab saya rutin ke KL. Tiap tahun.
Tp Carneyz kata tak ada. Hanya di Sarawak atau beli online 😔. Padahal teringin sangat nak stock buat di rumah
Cuya tak pernah try laksa Sarawak.. sekarang ni dah tak perlu ke Sarawak ya, sendiri buat dah bole hehe
BalasPadam