SOCIAL MEDIA

Seronok Main Mercun di Syurga

Jumaat, Februari 14, 2025

I am sorry for your loss.” Lembut sahaja kata-kata gadis berkaca mata berbangsa Cina memujuk saya. Saya yang ketika itu sudah teresak-esak menangis hanya menganggukkan kepala. Fokus saya kala itu pada jasad Yuri yang dingin kaku di atas meja rawatan. “Mungkin sekarang dia tengah seronok main mercun di syurga,” ujarnya lagi.

Okey, masa ini saya rasa macam hendak tersedak hingus sendiri. Tidak pasti mahu gelak atau nangis. Saya baru sahaja kehilangan Yuri yang sudah 13 tahun bersama saya dan di hadapan saya sekarang ini, seorang petugas klinik veterinar cuba menggembirakan hati saya dengan mengatakan yang Yuri kini berada di tempat yang lebih baik. Mungkin Yuri sedang bersuka ria main mercun di syurga.

Mentang-mentanglah masih dalam musim raya Cina, main mercun dikatanya. Nasib baik dia tak kata Yuri buat tarian naga. 🤣 Apapun, saya hargai niat murninya yang cuba tenangkan saya.

My Yuri 

5 Feb 2025 - Yuri Van Houtten, pergi meninggalkan saya. Sudah lebih seminggu, tetapi rasa kehilangan masih tebal. Saya masih ternampak-nampak bayang Yuri, masih tersasul memanggil Yuri. Setiap kali pandang tilam dia, selimut toto dia, bekas air dan makanan dia, memang akan meleleh air mata.

On the way pergi vet.


Yuri kucing yang baik. Tak banyak ragam. Tak banyak minta. Saya yang selalu teraniaya dia. Terpijak ekor dan kaki Yuri. Terpotong telinga dia. Terlupa isi bekas makanan. 13 tahun setia jadi kawan dan peneman saya. Sentiasa ada dengan saya waktu susah senang saya. 

Saya pindah rumah beberapa kali, dia ikut pindah. Heartbeat saya laju, dia yang tahu dulu. Saya tak boleh tidur malam sebab tiroid haywire, dia jadi tukang teman. Kalau ada makanan di rumah ni yang sudah rosak dan kami tidak sedar, dia yang akan beria-ia halang kami makan.

Masa ni dah confirmed kena warded. 😭


Alhamdulillah, sepanjang jaga Yuri, kucing saya ni tidak pernah sakit teruk. Cuma di akhir usianya, Yuri disahkan ada masalah kegagalan buah pinggang.

Masa dalam wad. Sudah tidak lalu makan dan minum.

Tiga hari Yuri berada di dalam wad. Sepanjang Yuri dirawat, memang hati saya tidak tenang. Saya doa banyak-banyak, mohon pada Allah, andai hidup itu lebih baik untuk Yuri, Kau sembuhkanlah dia. Saya bersedia untuk jaga. Bott pun begitu. Adik-adik saya, si Cekengah dan Uje dah ready untuk tolong dari segi kewangan. Dalam kepala masing-masing sudah mula fikir bagaimana hendak accomodate keadaan Yuri setelah discharge.  

Tetapi, jika sebaliknya… jika hidup dengan penyakit itu akan buat Yuri lebih sakit dan merana, Kau ambillah nyawanya. 

Malam ketiga Yuri di wad, Cekengah bawa saya pergi lawat Yuri. Rindu! Jarang berpisah lama-lama dengan Yuri.

Jauh larikan diri sampai ke tempat berak. Siap palingkan muka.

Masa mula-mula sampai, muka dia menghadap depan. Sebaik sahaja doktor bukakan pintu sangkar untuk saya, terus dia berpaling. Nak borak, nak tengok muka dia kena melalui kamera telefon. Dapatlah juga usap-usap dia sekejap. Tetapi, memang sampai kesudah dia keras begitu. Bertambah walang saya dibuatnya!

“Yuri, I love you. I know you’re in great pain. Kalau sakit sangat, tak perlu bertahan. I will be fine.” 

Allah tahu yang terbaik untuk semua. Untuk Yuri, untuk saya. Esoknya, dalam pukul 9 lebih, saya dapat mesej daripada klinik menyatakan yang Yuri sudah tiada. Separuh hati saya meraung tetapi separuh lagi rasa lega sebab Yuri sudah tidak menanggung sakit lagi. 

Bersedia nak bawa Yuri balik.


Syukur, semua urusan dari discharge, bawa balik dan kebumikan Yuri mudah dan lancar. I am blessed with good people around me.

Rhea tercari-cari… tak ada kucing dah dia nak kacau.

Will always love you, Yuri.



Terima kasih Yuri untuk 13 tahun yang penuh memori indah. Terima kasih jadi peneman dan penghibur yang takkan terganti. 

Terima kasih juga pada semua yang sudi kongsi kasih sayang dengan Yuri selama ini. 

Psst! Untuk Cekengah, Uje, Bott atau siapa-siapa yang berkenaan… yang ada plan untuk beri saya kucing baharu sebagai hadiah hari jadi, sekali lagi saya katakan - No, thanks! Kalau ada juga kucing yang sampai depan pintu minggu depan, korang sendiri jaga! 😂



14 ulasan

  1. Ayat staff tu kelakar.. Tapi, mengubat hati yang gundah...

    BalasPadam
  2. staff tu rasa sedih bercampur-campur tu.. moga Yuri tenang di sana.. 13 tahun tempoh yg sgt lama T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lama. Dari dia empat bulan duduk dengan akak. 😢

      Padam
  3. yuri main mercun elok2 yer di sana... tunggu mama datang yer... ntni tolong mama yer yuri... tarik mama ke syurga dan kita main mercun sama2 yer yuri :(( :(( :((..

    kucing2 lady pun dah mati... sakit.. tinggal induk sahaja yg masih ada.. :( :( :(..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu ok mula-mula sebak… tahu-tahu dah banjir baca coretan lady ni. 🥹

      Padam
  4. Cute je kata2 staff tu. Bermain mercun di syurga. Yuri sentiasa dalam hati.

    BalasPadam
  5. Yuri macam nama Rusia.. Hehe.. Kesian Yuri..

    BalasPadam
  6. Baca ini langsung sediiih sangat saya 😭. Paham rasanya saat kita kehilangan anak bulu yg sudah seperti anak sendiri 😔.

    Tp apapun yg terbaik utk Yuri, memang harus ikhlas. Setidaknya skr Yuri tak merasa sakit lagi.

    Terkadang pernah terpikir juga oleh saya, kalo sampai 5 anak bulu saya ini mati, saya mau tak jaga kucing yg lain. Utk saat ini saya bilang tidak. Tp tak ada yg tahu hati orang kan 😁. Bisa jadi esok esok saya jatuh kasihan lagi dengan kucing lain 🤭

    BalasPadam
  7. Ahhhh kenapa buat ammi nangis. Yuri, disana nanti sebutkanlah semua kebaikan orang yang menjagamu ni ye.

    BalasPadam
  8. 13 tahun dia membesar dgn kita, pastinya banyak kenangan. Tak mudah utk melepaskan :( saya pernah rasa kehilangan kucing, murung teruk. Now I have 2 cats. Harap Allah pinjamkan diorang lama utk saya. Tak boleh imagine kalau dorg tkde..

    BalasPadam
  9. Semoga Kak Farah kuat dengan kehilangan Yuri.. Take care kak..

    BalasPadam
  10. Allahu..sedihnya...MA plak yg hujan baca entry ni....moga Yuri damai di sana yer...aamiin

    BalasPadam
  11. Moga Allah gantikan akak dengan kebahagian lain. Cuya teringin nak kucing. Allah hantar kucing, lepas tu tak lama dia pergi merayau tak balik2. kejap je Allah pinjamkan kucing.

    Sampai sekarang Cuya masih menanti kehadiran kucing, mungkin Allah tahu belum masanya lagi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.