Memaparkan catatan dengan label Si Yuri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Si Yuri. Papar semua catatan

Seronok Main Mercun di Syurga

Jumaat, Februari 14, 2025

I am sorry for your loss.” Lembut sahaja kata-kata gadis berkaca mata berbangsa Cina memujuk saya. Saya yang ketika itu sudah teresak-esak menangis hanya menganggukkan kepala. Fokus saya kala itu pada jasad Yuri yang dingin kaku di atas meja rawatan. “Mungkin sekarang dia tengah seronok main mercun di syurga,” ujarnya lagi.

Okey, masa ini saya rasa macam hendak tersedak hingus sendiri. Tidak pasti mahu gelak atau nangis. Saya baru sahaja kehilangan Yuri yang sudah 13 tahun bersama saya dan di hadapan saya sekarang ini, seorang petugas klinik veterinar cuba menggembirakan hati saya dengan mengatakan yang Yuri kini berada di tempat yang lebih baik. Mungkin Yuri sedang bersuka ria main mercun di syurga.

Mentang-mentanglah masih dalam musim raya Cina, main mercun dikatanya. Nasib baik dia tak kata Yuri buat tarian naga. 🤣 Apapun, saya hargai niat murninya yang cuba tenangkan saya.

My Yuri 

Wordless Wednesday - 7 Hari Tanpa Yuri

Rabu, Februari 12, 2025

 

Yuri Van Houtten | 26 Oktober 2011 - 5 Februari 2025

😢


Babysit Rhea dan Yuri

Khamis, November 21, 2024

Assalamualaikum. 

Hari ini bersiaran dari rumah. Tengah bersilat mengemas dan buat decluttering. Jenuh! Rasanya saya dah buang, recycled, upcycled, beri pada orang banyak barang yang tidak dipakai atau tidak diperlukan… tetapi masih banyak lagi! 

Target hendak uruskan semuanya sebelum masuk 2025. Biar tahun baharu nanti, yang ada dengan saya barang-barang yang perlu, yang saya guna sahaja. 😁


Rhea tolong kemas sama 😂

Yuri dan Bilik Abang Bedak

Selasa, Julai 05, 2022

Assalamualaikum. Ini kisah Yuri kurang sihat. Cerita awal bulan lepas, baru berhasil dijadikan entri hari ini hahaha.

Pagi 1 haribulan tu, saya berat mata sangat nak bangun. Cuaca sejuk dari malam, memang syoklah kalau dilayankan tidur. Tengah berperang dengan diri lagi lima minit ... lima minit lagi ... sikit lagi ... kejap lagi ... tiba-tiba saya terkejut sebab ada orang bersin kuat. Pembetulan. Bukan orang, kucing! 

Dalam mamai-mamai cuba untuk locate di mana Yuri, dia bersin lagi! Sekali lagi! Bersepai-sepai bunyinya. By the time saya jumpa Yuri, dia dah menjilat-jilat. Hidung dah berlemuih. Tengok muka Yuri saya dah tak sedap hati. Aisey, demam ke kucing aku ni? Yuri ni kalau kurang sihat muka dia ada iras-iras Amitabh Bachan tengah marah. 😆 

Pegang telinga, pegang badan ... lebih panas daripada biasa. Telinga kiri pun macam basah sedikit. Kemungkinan ada infection. Menggagaulah tuan Yuri ni cari telefon. Klinik haiwan yang Yuri selalu pergi ada dua - Zul Erwan Cat Clinic (ZECC) di Pusat Komersial TSB dan Damai Veterinary Clinic di Damansara Damai. Alang-alang Klinik Zul Erwan ada sistem tetapkan temu janji menggunakan Qmed, saya pun log masuk untuk tengok kalau-kalau ada slot kosong sebelah pagi. Malas nak main terjah takut ramai orang (dan kucing!).

Alhamdulillah, ada slot kosong pukul 10 sebaik sahaja klinik dibuka. Saya pun apa lagi, sudahkan urusan-urusan yang perlu terlebih dahulu, lepas isi perut seadanya terus berangkat pergi klinik. Masa ni Yuri dah lembik tak ada mood. Tapi tetap degil, tak mahu duduk dalam carrier bag.

Mere naam Yuri Van Houtten

Wordless Wednesday - Bearing Gift

Rabu, Mac 16, 2022

 

Muka bangga bawa hadiah 😂


Wordless Wednesday - Renungan

Rabu, Disember 29, 2021

 

Apalah yang si Yuri ni tak puas hati … . 🤔


Wordless Wednesday - Muka Bengkayang

Rabu, Disember 22, 2021

 

Selepas dua hidangan Royal Canin Senior Consult Stage 1 😄


Kenko untuk Yuri

Jumaat, September 10, 2021

Assalamualaikum. Salam Sayyidul Ayyam!

Minggu ini memang jadual saya lari sedikit sebab memantau keadaan Yuri yang hampir seminggu tidak lalu makan. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, dari luaran dia sihat. Tiada sebarang simptom seperti demam, bengkak gusi atau hidung berair. 

Aksi maintain macho nak ke klinik 😊

Yuri Van Tanpa Houtten

Rabu, September 08, 2021

Kucing saya si Yuri Van Houtten bulan Oktober ini akan genaplah usianya 10 tahun. Dah masuk kategori kucing veteran dah. Jadi, saya kena sentiasa alert dengan sebarang perubahan sikap Yuri. Yalah, apabila masuk fasa ini, kucing ada kecenderungan untuk dapat macam-macam penyakit.

Dua tiga hari yang lalu saya perasan Yuri kurang makan. Semasa tengok bekas makanan, pelik pula sebab makanan masih berbaki. Luak sedikit sahaja. Saya perhatikan tingkah laku Yuri seperti biasa, masih aktif. Tak adalah murung, lemah dan mengasingkan diri. Periksa suhu badan pun tak panas.

Yuri Van Houtten nak pergi klinik.

Semalam dah tak makan langsung. Nampak juga sekali-sekala dia pergi dekat bekas makanan, hidu-hidu kemudian berlalu pergi. Mesti lapar tetapi tak ada selera. 

Ada Apa dengan Stardenburdenhardenbart

Rabu, Ogos 11, 2021

Jangan pening kepala dahulu! Memang kita cakap Jerman hari ni. Stardenburdenhardenbart. Apa bendanya tu?

Sebenarnya, saya lihat seorang pengguna Instagram ni (atau di Youtube, saya tak berapa ingat) buat eksperimen memanggil kucing dengan pelbagai panggilan dan bahasa, kemudian lihat reaksi kucing sama ada akan respons pada panggilan tersebut ataupun tidak.

Kelakar juga. Faham-faham sahajalah ragam kucing. Waktu hendak menoleh, kucing tu menolehlah. Jika tidak, buat derk sahaja. Tetapi, apa yang menarik, kucing-kucing yang 'disapa' memang akan beri reaksi apabila dipanggil menggunakan stardenburdenhardenbart.

Pelik. 

Kenapa stardenburdenhardenbart

Yoga Tidur Yuri

Rabu, April 28, 2021

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ramadan ke-16.


Hari ini mood saya ke laut! Entah mengapa buat apa semua serba tidak kena. Sudahlah banyak tugasan yang perlu dilangsaikan. Boleh lemau pulak hari ini. Hendak pergi claim parcel saya yang kurier sesat hantar rumah jiran pun malas! Makanya, berehatlah sebentar ambil nafas, cari mood yang hilang. Sedang belek-belek gambar dalam galeri telefon, rasa hendak blogging pula. Mana tahu boleh panas enjin untuk blogwalking lepas ini. Dah lama juga saya tidak atur langkah ke blog kawan-kawan. Jangan ambil hati ya. Nanti, insya-Allah saya akan sampai juga.

Anyways, pernah dengar tentang yoga tidur? Dahulu semasa saya baru-baru didiagnos dengan hypertiroid, memang saya alami kesukaran untuk tidur. Macam-macam caralah yang saya cuba supaya dapat lena termasuklah yoga tidur. Alhamdulillah, selain daripada minyak aromaterapi, ini antara solusi yang serasi dengan saya.

Angpow untuk Yuri

Selasa, April 20, 2021

Semasa Hari Raya Cina Februari yang lalu, saya dapat angpow. Dapat angpow, terus leka membelek sampul angpow yang cantik dan berseni perincian coraknya. 

Tengok ni ...

Setelah puas belek angpow, terus saya simpan dalam laci. Lupa langsung isi di dalamnya.

Berminggu-minggu selepas itu, semasa mengemas laci jumpa balik angpow ini. Baru je nak excited feeling-feeling kaya sebab jumpa duit terselit, tiba-tiba Bott datang sambil kocak balang makanan Yuri yang tinggal suku. 

Banyak juga keperluan dan barang-barang si Yuri ni habis. Makanan ... syampu ... vitamin dan ada beberapa produk grooming yang perlu dibeli. 

Alhamdulillah, intai kandungan dalam sampul, cukup untuk cover beli barang-barang Yuri. Bakinya pula buat beli bekalan makanan untuk kucing luar rumah (Baca: kucing jantan liar tak bertuan yang nak tackle Yuri). Tak dapat Yuri, sekurang-kurangnya dapat makanan , jadilah. 😸

Macam Munyuk

Isnin, Februari 08, 2021

Assalamu’alaikum. Hai semua! Selamat memulakan minggu baharu. Semoga kalian baik-baik sahaja.

Semalam hari lemau saya. Tak larat nak buat apa-apa. Malas tu berat benar di hadapan semua perkara. Mujurlah tiada tugasan yang memerlukan komitmen segera. Jadi, sambil melayankan angin mengada-ngada, saya duduk depan laptop, explore gambar cantik-cantik di internet. Cari idea untuk next craft project konon-kononnya.

Terserempak pula dengan spesies orkid ini. Kagum, tercengang, tidak percaya. Selama ini saya pernah dengar penggemar bunga anggerik bercerita, tetapi tidak sangka pula memang betul-betul mirip macam monyet!



Ini dracula simia atau dracula gigas. Juga dikenali dengan nama anggerik monyet atau orkid drakula. Tetapi, jangan bimbang. Drakula yang ini tidak menghisap darah! 🤣

Terpotong!!!

Jumaat, Disember 23, 2016

Terpotong? Apa yang terpotong?


Nampak tak? Nampak tak? Saya sengaja letak kusyen pink kat bawah tu biar jelas sikit bahagian yang terpotong. Ahaks!!!

Agak-agak Yuri tahu tak telinga dia kena potong? 😆

Kena Pakai Braces Dekat Leher

Khamis, Mei 19, 2016

Alkisahnya, bangun pagi checked reminder kena pakaikan ubat bulu gugur untuk Si Yuri. Ini obatnya. Dermoscent Essential 6. Jenis spot on. Kena titiskan ngam-ngam kat belakang tengkuk supaya kucing tak dapat jilat.

Dermoscent Essential 6 Spot-on

Lena Diulit Mimpi

Jumaat, Jun 05, 2015

Salam Jumaat!


Nampak tak apa yang 'terbongkang' tu?

Pandai cari muzik free nak bobok!

Rasa Nak Tepuk Je Perut Dia!

Khamis, Mei 28, 2015

Nampak tak? Nampak tak kucing bulat yang tengah terbongkang tidur tu? Geramnya tengok!!!! Rasa macam nak tepuk perut dia kasi bangun! Boleh pulak sedap bobok atas paha orang dengan kaki terjuntai. Kaki depan terkuak! Over kan?! Orang imsomnia kalau tengok gambar kucing ni mesti rasa menyesal hidup ;)

Sumber Imej: Facebook Zul Erwan Veterinary Clinic

Hadiah Hari Guru Paling Thoughtful

Isnin, Mei 25, 2015

Ini kisah Sabtu lepas. Kisah hari guru.

Pagi-pagi Sabtu, checked letter box ada satu bungkusan kecil. Surat semalam, lupa nak ambil. Rupa-rupanya saya dapat satu set guitar string kiriman seorang silent reader FAMF Tower, D. D selalu ambil guitar chords di blog ini. Mudah dan senang nak main katanya. Kebetulan terbaca entri saya Yuri, Kadal & Kapok, D buat suprise untuk saya sempena hari guru. Tali gitar untuk si Kapok. Extra light tau! :)

Darco Acoustic Strings

..something butyraceous, pleaseeeee!

Khamis, April 30, 2015


Kat rumah.

Taip entri sambil mengintai dari tirai kamar.

Kat luar hujan.

Lebat.

Sejuk.

Si YuRi tengah bobok kat hujung kaki. 
Ada dengkuran halus yang agak menjengkelkan telinga tuannya. 
(Ye, kucing saya pandai berdengkur. Mula-mula dengar memang scary+creepy)
 
Malasnya nak buat apa-apa.

Saat ini rasanya,..

...secangkir kopi yang paling ideal, 

...and I need something butyraceous,

...something yang buttery, yang lemak berkrim.

Cheese cake ke, tarts ke, pies ke,.. 

yang boleh pamper taste buds ni :)

C.R.A.V.I.N.G


Ada siapa-siapa nak bake apa-apa untuk saya?


Oh, buat kerja sungguh-sungguh, selamat melunaskan tugas. Esok kita cuti untuk hujung minggu yang panjang. Apa sahaja yang kalian lakukan hari ini, LAKUKAN DENGAN MERAKI!


Yuri, Kadal & Kapok

Isnin, Mac 30, 2015

Semalam semasa saya tengah berlegar-legar di ruang tamu cari barang hilang (this was very stressful huhuhuh), saya dengar bunyi gitar saya, Si Kapok. Macam ada orang strum? Eh, siapa gatal tangan kacau si Kapok? Sekali lagi...dan sekali lagi! Tiba-tiba, dummmmm! Saya jadi panik sendiri. Alamak! Apakah,...(Ni kes sel-sel otak lambat berhubung!) Berkejar saya masuk ke bilik kraf. 

Seperti yang saya jangka, si Kapok dah terdampar di atas lantai! Di atas bodynya, ada seekor makhluk Tuhan bernama Yuri yang sedang sedaya upaya memasukkan salah satu paw ke dalam lubang gitar tu. Si kucing ni yang 'main gitar' tadi rupa-rupanya. Bersungguh-sungguh dia menggoreng!

Saya intai ke dalam lubang gitar tu. Kadallllllll! Ada seekor cicak tengah main cak-cak kat dalam. Yuri semakin aktif menggoreng! Saya bimbang si Kapok tercedera dek penangan kuku tajam si Yuri.