Yuri, Kadal & Kapok

Isnin, Mac 30, 2015

Semalam semasa saya tengah berlegar-legar di ruang tamu cari barang hilang (this was very stressful huhuhuh), saya dengar bunyi gitar saya, Si Kapok. Macam ada orang strum? Eh, siapa gatal tangan kacau si Kapok? Sekali lagi...dan sekali lagi! Tiba-tiba, dummmmm! Saya jadi panik sendiri. Alamak! Apakah,...(Ni kes sel-sel otak lambat berhubung!) Berkejar saya masuk ke bilik kraf. 

Seperti yang saya jangka, si Kapok dah terdampar di atas lantai! Di atas bodynya, ada seekor makhluk Tuhan bernama Yuri yang sedang sedaya upaya memasukkan salah satu paw ke dalam lubang gitar tu. Si kucing ni yang 'main gitar' tadi rupa-rupanya. Bersungguh-sungguh dia menggoreng!

Saya intai ke dalam lubang gitar tu. Kadallllllll! Ada seekor cicak tengah main cak-cak kat dalam. Yuri semakin aktif menggoreng! Saya bimbang si Kapok tercedera dek penangan kuku tajam si Yuri.
Cepat-cepat saya angkat Yuri. Ketika itulah saya dengar bunyi paling sumbang dan buat saya menyeringai kerut muka. 2 string Kapok putus dicantas kuku Yuri! Time tu jugalah cicak durjana cak-cak tu keluar dari lubang gitar disusuli langkah tidak cukup tanah Yuri mengejar.

Oh, my Kapok! Saya belek gitar kesayangan saya kalau-kalau ada kecederaan lain. Hidung dan telinga sudah mula mengeluarkan asap-asap kecil. Dahlah dalam simpanan hanya ada string gitar biasa. Bukan yang extra light. Sakit sikit jari nak menekan chords. Guna jelah buat sementara waktu. Nanti keluar baru cari tali lain.

Si Kapok tanpa string, tengah 'dirawat'.


58 ulasan

  1. Kalu pakai tali rafia boleh kuar bunyi? He He He..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya cuba, SS. Mana tau petik-petik kuar bunyi biola ke...cello ke... :)

      Padam
    2. Tak boleh pakai chord gehtar... Kena pakai court badminton...

      Padam
    3. err... pernah try ke kak SS..huhu

      Padam
    4. Besau benar kalau court badminton :)

      Padam
    5. tali tambat lembu pun boleh miahaha..

      Padam
    6. court badminton tu tuk JM je SS

      Padam
    7. Tali tambat lembu? Hahaha sis JM,..court badminton tu nak buat hantaran :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak mahal sangat, Anies. Selalu saya beli string around RM25 - RM30 je :)

      Padam
    2. adik anis sanggup menghabiskan duit beli barang "perubatan" gitarnye..huhu

      Padam
    3. Akak gumbira kalau dapat habiskan duit untuk rawat gehtar. Tapi budget gehtar kena catu ngan budget barang craft hihihih

      Padam
  3. alahai kesian kapok..nakal betul yuri buat kapok macam tu kan kak..tambah sakit hati kadal pula main cak2 ngan yuri..huhu..sabar ja la kak farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Wana. Macam dah tak ada tempat lain diorang nak main cak-cak. Dulu si Yuri kejar cicak gak, abis ditendangnya si Kapok.

      Padam
    2. mungkin dyeorg bertekak pasal hal rumah tangga..hahaha

      Padam
    3. Hahahah ada kemungkinan tu...

      Padam
  4. alolooo sian Kapok, tercedera.. selamat merawat.. baru nak tuju lagu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tuju lagu tak de hal. Boleh minta tolong SS nyanyikan,...

      Padam
    2. SS cuma tahu satu lagu je.... Kau kunci cinta ku dalam jamban mu...

      Padam
    3. jamban buat ape.. xbesttt..haahha

      Padam
    4. Lagu Cinta Jamban SS tu susulan ulang alik gi toilet masa baca entri Siti Yang Menaip ke? :)

      Padam
  5. sabar jelah.. apa nak buat, terpaksa laa merawat si kapok tuh nanti.. kalau tak tak delah chord guitar nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik terpaksa rawat pakai string yang ada je, eyda. Janji leh keluar bunyi :)

      Padam
    2. hehehe.. mau sumbang bunyinya..

      Padam
    3. Itulah... pakai string yang ini, jari akak tak tahan. Cepat sakit. Terus jadi bunyi kecapi ;)

      Padam
    4. hehehe sabar jelah kak Farrah..

      Padam
  6. Yuri tau..kapok tau..
    Kadal baru dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah kadal tu cicak si reptilia, Shikin. Tak kenal pun tak pe :)

      Padam
  7. baca tajuk dok fikir apa ni ek? haha! bila dah baca baru faham.
    alahai kesian kapok. moga cepat dirawat ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. same la.. bace 2 kali baru faham pasal ape..hahah

      Padam
    2. Hihihihi nasib baik baca sekali lagi faham. Kalau tak faham gak, maksudnya something very wrong ngan bahasa akak :)

      Padam
  8. Omo. Omo. Cheeky nya Yuri. Mahal ke satu string gitar, kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut jenis, Farah. Kalau yang berkualiti tu a bit pricey. Selalu akak beli yang range kat tengah. Satu pek utk 6 strings sekaligus, around RM25-RM30++. Then, beli spare utk string paling halus around RM2.

      Padam
  9. Cak Cak dah pndai loni dia pergi sekolah hihihi... tu la yang main gurau2 dgn yuri tu... kesian kat kapok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kapok kena simpan dalam lemari :)

      Padam
    2. Kesian kat kapok... duk bertapa dalam lemari la

      Padam
    3. Kira lemari tu jadi bedroom dialah. Kalau tak nahas dikerjakan Yuri lagi.

      Padam
    4. Yuri benci sangat kapok ni... jeles la tu akak layan kapok jah

      Padam
  10. semoga kapok cepat dirawat dan 'sembuh' seperti biasa :)

    BalasPadam
  11. alahai. dah putus... babap sikit si yuri tu.. nak tuju lagu boleh? hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, Zizie....boleh. Tapi lepas tu kena nyanyi sendiri :)

      Padam
  12. Kesian kat kapok, mujur yuri tak kene kepok...hehe

    BalasPadam
  13. Hmm..jari kak farrah mesti runcing sungguh..
    jari nad pegang ukelele pun tak sampai...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu tak runcing mana, Nad. Kategori jari gumuks. Kejung lak tu. Itu yg selalu klu main lagu nak pakai chords senang je :)

      Padam
  14. pandailah yuri goreng gitar..patut up pic sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat nak capture, Mar. Masa tu memang mind asyik fikir, "Jahanamlah gitar aku...jahanamlah..." ;)

      Padam
  15. haha nakal yuri ni..
    aishhh.. mesti comel je kn..
    yg si cicak ni main cak2 lak yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...boleh plak diorang bercanda kat lubang gitar akak :)

      Padam
  16. adus sedih la cemni.. huuurm.. CT dulu ada gitar kaler merah..
    beli sebab kena belajar main tapi tanpa rela hahaha.. lepas tu mmg tak reti main sbb pindah sekolah..
    apa khabar la gitaar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CT pindah tak angkut sekali ke gitar tu? Gitar merah!!! Ni mesti mmg tanpa rela. Gitar sikit punya seksi pun ditinggalkannya... :)

      Padam
  17. nampaknya lepas ni perlu simpan di tempat yang Yuri x boleh usik

    BalasPadam
  18. talinya macam tali tangsi ja? hebat akak farrah ni. saya kagum dengan org yg boleh petik gitar ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hilhikhik akak ni Cik Sal,...jauhhhhhhh dr hebat, main gitar for fun sekadar petik keluar bunyi je :)

      Padam
  19. Pernah teman Incik Kesayangan cari tali gitar die..boleh tahan jugak harganya..huhu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.