Obat Calar Hati Cekebon

Selasa, Februari 10, 2015

Semalam nak tengah hari baru sempat bersua muka dengan bonda tercinta. Jumpa-jumpa tengok Cekebon monyok. Apasal ni? Tanya sepatah jawab sepatah. "A-re? Dou shimashita ka?" (Tetiba termasuk loghat Jepang pulak kat sini.) Siapa buat Cekebon terkelendat? Mulalah nak kena soal siasat adik-adik yang lain. Saya pun gelabah buat perhitungan sendiri. Aku ke? Ada salah cakap tak? Maklumlah, kadang-kadang tanpa kita sedar, kata-kata kita, gurauan kita, body gesture kita boleh calarkan hati si dia tanpa sengaja.

Puas saya selidik. Siap curi-curi tengok handphone, check senarai calls yang masuk dan keluar. Cekebon saya ni ada series of friends yang agak menduga gak. Borak-borak, koo kee koo keeek, tahu-tahu sentap. Penat cari punca, last-last saya fikir cara untuk pujuk mestika hati saya ni. Buatkan something yang dia sukalah! Tambahan pula semalam dia puasa.

Bukak peti ais, tengok ada ikan bilis. Terus decide nak buat sambal ikan bilis kering. Cekebon suka kunyah-kunyah (I guess, penyakit gatal gigi saya diwarisi daripada Cekebon..hahaha), ratah macam tu je,...makan ngan roti, ngan bubur. Semangat nak buat tiba-tiba jadi merudum. Tepuk dahi sikit! Last time saya shopping, saya salah beli ikan bilis! Ikan bilis ni dah belah, tapi tak bersih. Tahi, najis, poo kat kepala masih in tact. Cekebon saya on low-potassium diet sebab ada kidney problem. So, kalau nak makan ikan bilis, kena buang tahi bagi bersih dan rendam supaya masinnya berkurang.

Alang-alang dah niat nak buat, saya gagahkan diri juga kupas ikan bilis. Kalau dok kupas depan TV, sambil borak-borak memang tak terasalah kan. Ini saya buat seorang diri kat dapur,...ada feeling-feeling macam Puspawangi dalam citer Musang Berjanggut sikit. Akhirnya, setelah berhempas pulas dan membebel sendiri dengan ikan-ikan bilis tu,...

Inilah hasilnya!

Sambal Ikan Bilis Kering :)

Letak siap dalam balang. Hadapkan depan Cekebon. "Nah, kakak buat special untuk Bon!"
Senyuman 'syurgaku' dah kembali ke wajah! Lega... Lepas ni bolehlah risik punca sebenar Cekebon bermuram durja ;)

Enjoy the rest of your day!


107 ulasan

  1. Time lapar ni, ikan bilis pun rasa terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Acik. Goreng macam tu je dah boleh tambat selera :)

      Padam
    2. makan dengan nasi panas..aduhh laparrr sudaaa

      Padam
    3. walau simple, tapi menyelerakan!

      Padam
  2. Balasan
    1. Kak Farrah ada org tanya lagi.. hihi

      Padam
    2. Heheh Cekebon tu panggilan manja untuk emak akak :)

      Kenapa Panggil Cekebon

      Padam
    3. kalau baca ayat nih "Semalam nak tengah hari baru sempat bersua muka dengan bonda tercinta. Jumpa-jumpa tengok Cekebon monyok. Apasal ni? "

      mesti tahu siapa CEKEBON..ada cetengah jgk kan..mcm2 gelaran dalam rumah Farrah ni :-)

      Padam
    4. saya MEKTI hahaha..

      Padam
    5. Semua datang lapor diri. Hehe.
      K.Farrah ingat tak dulu saya pun pernah tanya sape Cekebon?

      Padam
    6. nama tu unik.. ada yang tak tahu lagi sebab tak sempat baca entry yang lama-lama :)

      Padam
  3. Bagusnya anak bonda ni.. muuaaahhh sikit.. :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. SS sengih sebab cara CEKEBON tu mcm SS... He He He...

      Padam
    2. kenapa SS..ada org calar hati SS ka. habaq mai saya

      Padam
    3. Sebenarnya SS nak mintak ikan bilis jugak dari k.Farrah tu. Iya kan, dong?
      * tetiba teringat Apek Wah Mu Rah sebut toko.

      Padam
    4. Sampai ke sini Apek Wah Mu Rah berjalan... He He He...

      Padam
  5. cekebon tu nama mak akk ke? hehe. confius kejap.
    hm, sedapnya sambal ikan bilis makan dengan bubuh. tambah pulak sambal kicap. nyumnyum sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik confuse kejap ke kan,..yes, dear. Cekebon tu gelaran manja utk emak akak :)
      Fuhhh, makan panas-panas dengan bubur, memang terbaikkkk!

      Padam
  6. alaa tengok ikan bilis pun dah rasa lapar.. tengah memikirkan menu malam nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan bilis...ikan bilis...ikan bilis... heheheh

      Padam
    2. tak da menu ikan bilis pun semalam.. semalam buat mee goreng basah jer..

      Padam
  7. terliut tgk ikan bilisssss..
    sedapnyeee

    BalasPadam
  8. pandainya kak farah ambik hati cekebon..mesti mak akak bahagia punya anak sebaik akak kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pandai ambil hati sebab kitorang selalu pandai sakitkan hati Cekebon! Hehehe semoga dapatlah bahagiakan Cekebon, tak banyak...sikit pun jadilah kan :)

      Padam
    2. betul la tu kan kak..wana pun kekadang ada ja perbuatan yang tanpa sedar calarkan hati mama..insyaallah wana pun nak bahagiakan hati mama..

      Padam
  9. wana pun ikut terliur tengok sambal ikan bilis tu..kalau wana pun memang akan senyum bila kena pujuk dengan ikan bilis akak yang nampak crunchy tu..heheh..kak..wana pun nak merajuk la boleh???nak pujuk tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaah boleh pulak camtu. OK, Wana merajuk dulu. Akak pujuk ngan ikan bilis. Dah tu akak merajuk pulak, Wana pujuk dengan sambal betik ye ;)

      Padam
    2. haha..ok sangat adil macam tu..deal!!! hahah.. ;D..tak sabar nak merajuk manja ngan akak..hohoho..

      Padam
  10. sedapnyaaa sambal ikan bilis. buat pulak pedas pedas. pehhh :D

    BalasPadam
  11. Pandai akak pujuk ... Sedapnya makan tu, kruk krak kruk krak...

    BalasPadam
  12. Untunglah ada kakak mcm kak farrah. Hehe. Jellyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaah jangan jelly melly :)

      Padam
    2. kalau lah sis JM ada adik lelaki mesti dh lama 'booking'

      Padam
    3. Booking? Hahaha utk Zarul leh la...sis adik bongsu sis umuq berapa?

      Padam
    4. hihi..sis JM xmau booking saya lagi sbb saya tak pandai masak lagi..hihi

      Padam
  13. tengok ikan bilis aja.. nak makan xboleh alergic dengan ikan bilis ni... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo ikn bilis pon ada alrgic jgk noh..

      Padam
    2. Tak tahan gatal ye, ekin? Ikan tamban kering yang kecil2 tu leh makan tak?

      Padam
    3. kalau Ekin mkn ikan bilis...gatal2 badan ke atau ada effect lain

      Padam
    4. ZF :kita resdung hohoho tu yg xleh makan... makan dia naik la jerawat bernanah... telur pun sama... huhuhu

      Kak Farah yup hidung gatal bila makan ikan bilis... rajin makan ikan tambam kering yg kecik2 tu rasa ok xde pape....

      Kak JM: badan x gatal... cik jerawat naik... huhuhu.... ni berpantang tahan dah muka... kalau aritu memang teruk muka... sampai ma ekin di kelantan tegur.... sotong,ketam,udang pun kena stop.... resdung ni

      Padam
    5. Ohhhh, tang jerawat naik tu yg tak tahan tu kan...klu setakat gatal2 manja tu takpelah :)

      Padam
    6. Yup jerawat naik tu yg sakit... muka pulak nti tggl parut hitam

      Padam
    7. oo sams la..ada gak resdung..tapi semua saya bantai...kalu gatl saya mkn ubat

      Padam
  14. makan saja ikan bilis tu! xmasin ka
    slalu bukn masin ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu sebab nak bagi Cekebon makan kena rendam dulu kasi buang masin sikit. Then, makan pun tak leh banyak2, kena catulah :)

      Padam
    2. kan kak Farrah ko dah rendam dan masin berkurang..mmg sedap di makan begitu sahaja like mkn keropok kan sbb goreng garing

      Padam
    3. kakau saya rendam kejap ja.. sbb nk cepat hihi...laapq nasi lemaj ikan bilis la...

      Padam
    4. kakau?...laapq nasi lemaj? bahasa jawa ke ZF thehehe

      Padam
    5. Kakau tu adik beradik sakau.. He He He..

      Padam
    6. Hahahaha tu maknanya gear box kete ferrari Zarul dah kena servis tuh ;)

      Padam
    7. adohai...ni padahnya.. tgh kerja sempat dok buka blog lagi hahaha..sorok2 bawah meja.. bukan pa.. dah xda kerja.. cemuih la... curi2 buka hanset..

      Padam
  15. lepas ni ada lagi ikan bilis,saya tlong kopekkan..saya suka bab kopek2 ni..ahahhaa
    harap cekebon dah kembali okay ya..kirim salam kat beliau.. ! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus ni nana dah serah diri. Leh kita potpetpotpet sambil kopek ikan bilis kan,..Cekebon kirim salam sayang kat Nana :)

      Padam
  16. sambal ikan bilis kering? tak nampak cili pung

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi resipi sambal versi ZF boleh?

      Padam
    2. Sambal next entry.. Hari ni layan gambar dulu... Tak gitu Cik Zarul Farhana?

      Padam
    3. cekebon xsuka makan pedas kut Kak JM... hihihu

      Padam
    4. Ada sambalnya, tapi memang versi kering betol! Tak banyak sangat. Asal ada rasa manja2 sambal je :)

      Padam
    5. versi saya slalunya akan di renovate oleh mak...hihi

      Padam
    6. Bukan 'renovate' tapi 'improvise' ye sayang...

      Padam
  17. hahaha....pandai ambil hati...
    comel betul nama manja mak akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ambil hati sebab selalu sakitkan hati hihihi nama tu memang serasi ngan mak akak ;)

      Padam
  18. Saya tak berapa gemar dengan ikan bilis tapi lepas tengok gambar ni, teringin pula nak makan.

    BalasPadam
  19. Hahahaa... lawak lah entry ni.best jugak makan tu dgn nasi panas. Apsal erk ngan bon ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tahu dah, DP. Kali ni faktor luaran, bukan kitorang adik-beradik hihihi ;)

      Padam
  20. dapayt makan nasi panas ng ikan bilis pon boleh 3x tambah tauuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, ayu. Benda2 simple begini lah yang kita ulang2 makan :)

      Padam
  21. alahai Aunty Cikebon nak manja2 le tu Kak Farrah hehehe..
    nanti dah dapat tahu punca hapdet hapdet.. hehehe.. comel aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni bermuram durja sebab geng2 dia. So, faktor luaran tak leh kawal. Biasalah, kadang2 orang selalu cakap tanpa fikir perasaan & apa yang orang lain hadap. Cekebon dah ok. Dah sengih dah, CT :)

      Padam
    2. Baru nak tanya... Dah ada jawapan kat sini... He He He..

      Padam
  22. waduhhhhhh tetiba tingat rs ralat sbb x beli ikan bilis murah waaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  23. dekat Pdg Besar sini..ada jual gak ikan bilis siap goreng.. mai dari Siam...
    area sana xtaw ada jual x...

    BalasPadam
  24. Sedapnya kalau makan dengan bubur :) nyum2..semoga cekebon x bermuram lagi :)

    BalasPadam
  25. sedapnyer leh ratah ikan bilis tu kann....kruk krakk bunyi nyerrr....heheheh

    BalasPadam
  26. Bestnya sambal ikan bilis. Makan dgn nasi panas mau tambah dua kali. Haha

    BalasPadam
  27. Gatal gusi, nak tumbuh gigi...

    Gatal gigi, nak tumbuh apa pulak... hek2

    BalasPadam
  28. K.Farrah jangan lupa merisik punca susah hati Cekebon tau.

    BalasPadam
  29. Farra,dah tahu ke na pa cekebon susah hati..kalau khaty panggil 'mak ae'..jaware..ikan bilis masak apa pon tetap sedap

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.