Lempeng Jagung aka Creamy Corn Pancakes

Rabu, Februari 11, 2015

Dah lama sebenarnya teringin nak makan lempeng jagung ni. Aku memang suka sangat apa-apa hidangan yang ada jagung. Suka pada rasanya yang lemak manis. Tetapi untuk resepi kali ni, aku guna krim jagung dalam tin saja.

Resepi Lempeng Jagung @ Creamy Corn Pancakes

Bahan-bahannya:
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu garam
  • 50 gm gula kastor
  • 2 butir telur gred A
  • 250 ml susu
  • 3/4 cawan krim jagung (jika gunakan jagung biasa, tambahkan sedikit sukatan gula)
  • sedikit minyak zaitun/minyak jagung/minyak canola (untuk menggoreng lempeng)

Cara-caranya:
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan gula, telur dan susu ke dalam adunan tepung dan bancuh hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan krim jagung dan kacau sedikit.
  4. Rehatkan adunan seketika dalam 20 - 30 minit.
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali.
  6. Balikkan lempeng dan goreng sehingga warnanya sedikit keperangan.
  7. Hidangkan dengan madu dan mentega, jem buah-buahan atau sirap untuk pancake.

My share :) Aku suka makan begitu sahaja dengan secangkir kopi O panas.

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.