Memaparkan catatan dengan label Lempeng | Pancake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lempeng | Pancake. Papar semua catatan

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Isnin, Ogos 23, 2021

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsi resepi sihat lempeng oat dan pisang. Lebih kurang seperti lempeng pisang biasa tetapi lempeng yang ini versi rendah kalori kerana kita guna oat. Bagi yang tercari-cari idea bagaimana untuk memasukkan oat dalam hidangan atau menu harian anda, lempeng oat dan pisang ini sesuai untuk sarapan atau minum petang. Bukan sahaja mudah disediakan, malah lempeng ini berkhasiat dan mengenyangkan.


Lempeng Oat dan Pisang

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji pisang bersaiz besar (+/- 280 - 300g). Jika guna pisang yang bersaiz sederhana atau kecil, tambah bilangan pisang. Lebih masak pisang lebih baik kerana kita akan peroleh manis daripada pisang ini.
  • 2 biji telur
  • 1 cawan rolled oats
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 - 3 sudu besar susu (optional)
  • secubit garam
  • sedikit minyak kelapa, minyak sayuran atau mentega untuk lengser kuali leper

Lempeng Tepung Atta

Rabu, Jun 13, 2018

Salah satu menu bersahur bila bangun tak de mood dan tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang tu,.. tak ada angin nak makan nasi, jadi kita melempeng lah!


Lempeng ni instead of guna tepung gandum putih biasa, saya guna tepung atta. Tepung yang buat capati tu. Sebenarnya tepung atta ni banyak khasiat juga untuk kesihatan. Bagi yang nak jaga pemakanan, nak diet,...tetapi gemar makan cekodok dan lempeng macam saya hihihi bolehlah tukar penggunaan tepung ke tepung atta. Dan,...makan tu biar seadanya,...jangan sampai berpinggan-pinggan pulak!

Resepi? Tak ada sukatan khusus. Macam buat lempeng tradisional biasa je. Yang ini hanya semata-mata tepung atta, air dan garam. Kelapa parut pun saya tak letak. Portion air dan tepung tu agak-agaklah supaya jadi adunan lempeng yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Garam pun jangan letak banyak-banyak ye,...

Lempeng Jagung aka Creamy Corn Pancakes

Rabu, Februari 11, 2015

Dah lama sebenarnya teringin nak makan lempeng jagung ni. Aku memang suka sangat apa-apa hidangan yang ada jagung. Suka pada rasanya yang lemak manis. Tetapi untuk resepi kali ni, aku guna krim jagung dalam tin saja.

Resepi Lempeng Jagung @ Creamy Corn Pancakes

Bahan-bahannya:
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu garam
  • 50 gm gula kastor
  • 2 butir telur gred A
  • 250 ml susu
  • 3/4 cawan krim jagung (jika gunakan jagung biasa, tambahkan sedikit sukatan gula)
  • sedikit minyak zaitun/minyak jagung/minyak canola (untuk menggoreng lempeng)

Cara-caranya:
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan gula, telur dan susu ke dalam adunan tepung dan bancuh hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan krim jagung dan kacau sedikit.
  4. Rehatkan adunan seketika dalam 20 - 30 minit.
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali.
  6. Balikkan lempeng dan goreng sehingga warnanya sedikit keperangan.
  7. Hidangkan dengan madu dan mentega, jem buah-buahan atau sirap untuk pancake.

My share :) Aku suka makan begitu sahaja dengan secangkir kopi O panas.