Memaparkan catatan dengan label Si Kapok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Si Kapok. Papar semua catatan

Tali Raya untuk Si Kapok

Jumaat, Mei 03, 2024

Gitar tua saya, Si Kapok, sudah lama tidak bertukar tali. Sibuk sangat dua tiga bulan ini, saya tangguhkan dahulu pembelian tali gitar. Sekarang dah ada waktu lapang, barulah hal ehwal Si Kapok dibenakan.

Beberapa hari lepas buat pembelian tali gitar akustik di Shopee. Alhamdulillah, sudah selamat sampai semalam.

Ernie Ball Earthwood 80/20 Acoustic Guitar Strings Extra Light

Earthwood Acoustic Guitar Strings 80/20 Bronze Aloy

...hanya aku dan gitar | Chords Di Matamu - Sufian Suhaimi

Jumaat, Mac 09, 2018

Assalamu'alaikum.
Leganya dah hari Jumaat. Alhamdulillah.
Hari ini lapang sedikit. Barulah ada masa untuk diri sendiri. Relaks jap.

Kredit

Saya memang suka dengan gambar-gambar ilustrasi 'Happiness is,..'. Dah la illustration kiut-miut. Dapat pula ada bab happiness tu yang kena dengan kita dan kita boleh relate 😀 Seperti yang di atas ni,...that feeling when it's just you and your guitar. Hanya saya dan gitar. Yes, this is one of my 'happiness is,..' moments. 

Guitar String Winder

Selasa, November 15, 2016

Satu lagi item yang saya beli menggunakan e-coupon LAZADA (baca mengenainya di sini). Guitar string winder. Apa kegunaan guitar string winder ni? Alat untuk memudahkan kita tukar tali gitar. Jika tidak menggunakan alat ini, akan ada elemen terkial-kial dan puas berpenat lelah memusing pegs ketika membuka dan memasang tali gitar hihihi


Milik saya :)

Yuri, Kadal & Kapok

Isnin, Mac 30, 2015

Semalam semasa saya tengah berlegar-legar di ruang tamu cari barang hilang (this was very stressful huhuhuh), saya dengar bunyi gitar saya, Si Kapok. Macam ada orang strum? Eh, siapa gatal tangan kacau si Kapok? Sekali lagi...dan sekali lagi! Tiba-tiba, dummmmm! Saya jadi panik sendiri. Alamak! Apakah,...(Ni kes sel-sel otak lambat berhubung!) Berkejar saya masuk ke bilik kraf. 

Seperti yang saya jangka, si Kapok dah terdampar di atas lantai! Di atas bodynya, ada seekor makhluk Tuhan bernama Yuri yang sedang sedaya upaya memasukkan salah satu paw ke dalam lubang gitar tu. Si kucing ni yang 'main gitar' tadi rupa-rupanya. Bersungguh-sungguh dia menggoreng!

Saya intai ke dalam lubang gitar tu. Kadallllllll! Ada seekor cicak tengah main cak-cak kat dalam. Yuri semakin aktif menggoreng! Saya bimbang si Kapok tercedera dek penangan kuku tajam si Yuri.

Yuri Kejar Cicak Tendang Si Kapok!

Ahad, September 14, 2014

Hari ni tak pasal-pasal kena tune Si Kapok. Alkisahnya, pagi tadi sambil-sambil relaks dan baca majalah, saya dengar bunyi benda jatuh. Cuba pasang telinga. Tak ada apa-apa. Mungkin kucing saya, Si Yuri yang buat onar. Dia suka main kejar-kejar dengan diri sendiri and end up terhantuk kat mana-mana. Baru nak sambung pembacaan, tiba-tiba dengan bunyi Si Kapok pula. Terus saya bergegas ke bilik sebelah.

Si Kapok (yang asalnya saya sandarkan pada dinding) dah terbungkang atas lantai dan Si Yuri dah ada atas badan Si Kapok tengah dongak ke atas siling. Kejar cicik rupa-rupanya. Tak pasal-pasal Si Kapok jadi mangsa. Of course bila saya petik bunyinya semua dah lari. What do you expect, right? Dah jatuh macam tu, siap kena strum pakai paw si Yuri pulak!

Tuner Snark
Terpaksalah keluarkan 'tuner' untuk tune balik Si Kapok saya. Saya tak pandai tuning gitar ikut telinga. FAIL! Silap-silap putus tali gitar saya buat. So, saya pakai tuner jenama Snark. Harganya tak mahal. Lebih kurang RM40. Ini Uje yang hadiahkan pada saya semasa saya mula menjebakkan diri dengan hobi main gitar tahun lepas (jemput baca mengenainya di sini). 

Pakai tuner ni senang je. Letakkan tuner pada kepala gitar, adjust muka tuner supaya kena dengan pandangan kita. Petik tali, perhatikan bacaan tuner. Hmmm, kalau not yang kita kehendaki keluar tanda hijau macam di atas tu, maknanya dah betullah. Tak sharp tak flat. Jika tidak, kenalah adjust sampai not tu mengena.


Monday yang Tidak Blues :)

Isnin, Ogos 25, 2014


Isnin datang lagi! 
Selamat menempuh minggu baru!

Kita dah masuk minggu ke-35 untuk tahun ni. Saya doakan kalian semua memulakan hari dengan ceria, mood yang baik dan bersemangat untuk masuk kerja :) Hehehe saya memang tak kerja hari Isnin. Jadi, tiada Monday Blues untuk saya. Tertunda satu hari - Tuesday Blues.

Hari ini, di samping buat kerja-kerja rutin di rumah, saya kena attend pada Si Kapok. Nampak tak tali Si Kapok dah berkarat? Bunyi bila petik pun dah lemau dan sengau. Hujung minggu tak dan nak buat. Makanya, hari ni hari servis untuk Si Kapok - bersihkan habuk dan debu, polish body, bersihkan fret, tukar tali dan tune.

OK. Jumpa lagi nanti. Jangan lupa untuk senyum :)



Projek Tukar String Si Kapok

Ahad, April 13, 2014

Hari ini, sambil layan Cekebon borak, saya ambil kesempatan untuk tukar tali gitar saya. Dah berkarat dah! rasanya tali no. 1 tu tunggu time nak putus je. Asyik tunda dari hari ke hari. Main pun bunyi dah lemau. Macam bunyi kecapi pun ye jugak ;)

String pilihan saya - ERNiE BALL Earthwood Acoustic Guitar Strings (Light). Harganya RM25.00 untuk satu set.


Kebiasaannya, saya hanya tukar tali no.1 atau no. 2 yang putus je. Nak tukar semua selalu hantar kedai. Senang cerita. Untuk kali pertama nak tukar the whole set ni, nervous sikit. Manalah tahu bila saya tukar semua tali tu silap-silap daripada bunyi gitar tiba-tiba jadi bunyi biola ke cello ke... Alhamdulillah, berjaya! Terkial-kial jugalah saya dalam usaha menukar keenam-enam tali sekaligus. Makan masa sikit sebab saya tak ada 'string winder'.

Selesai! String lama dan lebihan string baru yang hendak dibuang.
Lepas selesai urusan tukar string, sessi tuning pula. Mujur, adik lelaki saya dah belikan saya tuner. Jadi tak ada masalahlah. At the end of the day, saya peluk Si Kapok dan senyummmmmm.


Dah beli Capo!!!

Sabtu, Februari 15, 2014


Hehehe saya terlalu excited! Dapat juga saya beli 'capo' as aksesori untuk 'Si Kapok' saya. Selama ni memang nak beli tapi asyik tertunda je. Banyak kerjalah, tak lalu kedai muzik la...Last week masa pergi AEON Rawang, ada kedai muzik. Tak tunggu lama dah. Terus heret Bott masuk kedai tu dan inilah 'capo' yang saya hadiahkan untuk diri sendiri!


Lepas ni makin mudahlah saya nak main lagu-lagu baru :)

Gitar oh Gitar

Isnin, Januari 06, 2014


Antara resolusi saya untuk 2013 -  to take up new hobby untuk hilangkan stress i.e. belajar main gitar. Hujung bulan Jun tahun lepas, saya mula belajar bermain gitar 'secara serius'. Hehehe maksud serius di sini -- belajar sampai pandai main dan hasilkan bunyi yang sedap didengar. Kali ni memang bersungguh-sungguh sikit sebab saya nak cabar diri. Dulu masa kecil-kecil belajar main piano suku jalan je (tak cukup separuh jalan pun). Dalam rumah ni yang betul-betul pandai main piano, adik saya si Rena Cruzee tu.

So, setelah mendapat sebuah gitar akustik daripada adik lelaki saya (Thank you so much, Uje!), bermulalah 'Projek Petik Gitar' saya. Alhamdulillah, sekarang dah pandai basic chords dan dah boleh main beberapa buah lagu senang dengan sempurna. Main untuk hiburkan diri sendiri je. Paling tidak pun audience saya hanyalah Yu-Ri Van Houtten, kucing saya yang setia duduk menghadap saya setiap kali saya 'bertungkus lumus' cuba menghasilkan bunyi yang sedap didengar. Bunyi gitar, bukan bunyi kecapi ;)

Boleh dikatakan the whole family; Cekebon, Rena, Uje, Dhila & Bott memberikan sokongan padu since they all rela paksa menjadi mangsa menadah telinga - dengar bunyi petikan gitar sumbang saya di rumah. Murid tua macam saya ni lambat pandai hehehe.

Tak cukup dengan itu, sebelum berangkat ke London bulan Ogos lepas, Uje & Dhila hadiahkan guitar picks, guitar strings (yg 'light' punye tau so tak la sakit sangat jari saya) dan tuner. Happy tak terkata! Semakin bersemangat belajar! Sekarang ni dah pandai tukar tali gitar dan tune sendiri. Jari pun dah tak keras mana nak pluck or strum.  Selepas ni niat nak belajar spanish guitar pula.