Yuri Kejar Cicak Tendang Si Kapok!

Ahad, September 14, 2014

Hari ni tak pasal-pasal kena tune Si Kapok. Alkisahnya, pagi tadi sambil-sambil relaks dan baca majalah, saya dengar bunyi benda jatuh. Cuba pasang telinga. Tak ada apa-apa. Mungkin kucing saya, Si Yuri yang buat onar. Dia suka main kejar-kejar dengan diri sendiri and end up terhantuk kat mana-mana. Baru nak sambung pembacaan, tiba-tiba dengan bunyi Si Kapok pula. Terus saya bergegas ke bilik sebelah.

Si Kapok (yang asalnya saya sandarkan pada dinding) dah terbungkang atas lantai dan Si Yuri dah ada atas badan Si Kapok tengah dongak ke atas siling. Kejar cicik rupa-rupanya. Tak pasal-pasal Si Kapok jadi mangsa. Of course bila saya petik bunyinya semua dah lari. What do you expect, right? Dah jatuh macam tu, siap kena strum pakai paw si Yuri pulak!

Tuner Snark
Terpaksalah keluarkan 'tuner' untuk tune balik Si Kapok saya. Saya tak pandai tuning gitar ikut telinga. FAIL! Silap-silap putus tali gitar saya buat. So, saya pakai tuner jenama Snark. Harganya tak mahal. Lebih kurang RM40. Ini Uje yang hadiahkan pada saya semasa saya mula menjebakkan diri dengan hobi main gitar tahun lepas (jemput baca mengenainya di sini). 

Pakai tuner ni senang je. Letakkan tuner pada kepala gitar, adjust muka tuner supaya kena dengan pandangan kita. Petik tali, perhatikan bacaan tuner. Hmmm, kalau not yang kita kehendaki keluar tanda hijau macam di atas tu, maknanya dah betullah. Tak sharp tak flat. Jika tidak, kenalah adjust sampai not tu mengena.


8 ulasan

  1. Comel la nama yuri :)
    Hehe. Terer r kak main gitar. Kang dah femes jangan lupa kat budak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha main gitar cam budak kecik,..so budak xperlu risau. Xkan femes punya!

      Padam
  2. Kasihan si kapok..ingatkan siapalah tadi

    BalasPadam
  3. Yuri nak kene babab ni.
    Kan dah pincang irama dan lagu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye,..sungguh pincang bunyinya. dah macam kecapi lama dah...

      Padam
  4. Kesian kapokk. nasib baik ada tuner. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik ada. kalau nak harap akak tune pakai telinga, sampai la sendu bunyinya :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.