Ahad, 14 September 2014

Buat Kad Ucapan Lebih Mudah dengan 'Easy Cardmaking Pad'

Melalui entri terdahulu (jemput baca di sini), antara produk kraf kertas baru yang saya beli ialah 'Easy Cardmaking Pad'. Cardmaking pad ni mengandungi 20 keping kad dengan 5 corak berbeza yang pre-folded (dah siap dengan tanda scoring, so senang untuk kita lipat). 

Easy Cardmaking Pad

Pre-folded Cards

Kad-kad ini berfungsi sebagai 'base card'Selalunya, kita gunakan kad putih/berwarna yang kosong dan akan dihias bersesuaian dengan tema kad. Adanya pad ini, kita dapat hasilkan kad ucapan dengan lebih mudah, dalam masa yang singkat. Kira skipped one step sebab 'base card' sudah sedia bercorak. Tak perlu pening kepala fikir nak decorate macam mana. Hanya koyakkan, lipat dan tambah apa-apa hiasan yang dirasakan perlu. Reben, butang, font stickers,.. 5 minit dah boleh siap! :)

Untuk sesiapa yang minat dengan cardmaking, bolehlah dapatkan pek ini di POPULAR. Takpun, simpan satu sebagai pek emergency. Mana tahu, last minute tiba-tiba anda perlukan kad untuk sebarang occasion,..kad ucapan terima kasih ke, kad good luck atau kad hari guru untuk cikgu anak-anak di sekolah,..anda dah boleh buat sendiri.

Nota Senyum: Nanti saya kongsi gambar kad yang dibuat guna pad ini :)

13 ulasan:

  1. nampak macam dah mudah, tapi bab nak nempek sana nempek sini, yang saya fail tu :(

    nnti jangan lupa tnjuk yang dah siap pnya ye sis. hehehehe

    BalasPadam
  2. Cepat update kak. Still xdapat gambaran lagi ni. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye saya pun nak tengok hasil untuk kettas yang ni pulak.
      Suka tengok semua hasil seni k.Farrah.

      Padam
    2. Insya Allah, nanti akak update ye. Awww, Shikin ni buat akak malu ah! [Lari menyorok belakang peti sejuk!! Erk, muat ke?]

      Padam
  3. Wahh best! ni yg suke ni. brape ye kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pek tu RM8.90. Lepas diskaun 30%, jatuh RM6.23 :)

      Padam
  4. Cantik corak2 kad tu. Mmg best - harga berpatutan, cantik & convenient. Cuma, mcm x kat Popular KK... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm mungkin tak de stok. Masalahnya dgn brg2 kraf keluaran popular ni, availability of stocks tak menentu. Lps tu tak semua cawangan ada pek-pek kertas ni.

      Padam
  5. akak beli kat mana ni... wahhhh jelesnya ketar2 tangan nak buat ni... hahhahahhaha

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...