Mainan Baharu Sudah Sampai
Jumaat, Oktober 14, 2022
Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. Moga kalian semua baik-baik sahaja.
Hari ini bersiaran dari bilik kraf. Lebih kurang dua minggu lepas, saya ada beli kelengkapan kraf dan journal di Lazada. Asalnya, saya mencari tawaran menarik untuk beberapa barang yang habis di rumah ini. Terserempak pula dengan kedai yang menjual seleksi clear stamps cantik-cantik.
Biasanya kalau saya beli clear stamps dari China, harganya antara RM3 - RM7 (bergantung kepada saiz dan rekaan). Tetapi, kali ini harga untuk satu set clear stamps cuma sekitar RM2.80 - RM3.50 sahaja. Banyak rekaan menarik pula tu.
Dengan gembiranya saya tekan 'Add To Cart' walaupun sebenarnya bajet untuk beli peralatan kraf sudah habis saya gunakan. 😂 Tekan lagi dan lagi ... dan lagi. Sewaktu hendak lengkapkan pembelian, jumlah harga yang dibayar semakin berkurang kerana setiap satu set clear stamps ada potongan harga melalui coins. Bertambah-tambah gembira saya dibuatnya.
Memandangkan produk yang saya beli ini dari China, maka ambil sedikit masa untuk sampai.
Akhirnya…
Pembelian saya 😊 |
Hantar Pelukan Kertas
Isnin, Ogos 01, 2022
Assalamualaikum.
Salam 1 Ogos! Semoga bulan Ogos lebih baik untuk kita semua. Ogos bulan untuk negara kita. Ada yang sudah mula kibar Jalur Gemilang di rumat atau tempat kerja?
Hari ini cerita tentang explosion box lagi. Ini kisah beberapa bulan yang lalu. Baru sempat terbitkan sebagai entri. Kad kotak atau explosion box di bawah ini saya anggap istimewa sangat. Kenapa? Istimewa kerana ini kad yang saya buat setelah berbulan-bulan tidak hasilkan sebarang kad ucapan.
Tidak tahulah mengapa ... nak kata sibuk sangat tu, tidaklah. Tetapi, memang sudah lama tidak berpeluang meluangkan masa di dalam bilik kraf untuk buat kad. Tempahan kad ucapan pun semua saya tolak. Nak buat untuk suka-suka jauh sekali. Mungkin sedikit tertekan dengan rutin kerja ... penat ... semua tulah bergabung jadi faktor penyebab. 😁
Satu hari, saya terima perkhabaran yang salah seorang kenalan crafter saya jatuh sakit. Kemudian, ada masalah lain pula menimpa dirinya. Walaupun pada mulanya kami kenal atas dasar sama-sama minat card making, selepas itu kami jadi kawan baik dan dia merupakan antara confidantes saya. She's one of my low-maintenance friends - kawan yang kita tidak perlu selalu jumpa, tidak payah call setiap hari, tapi kita tahu dia ada.
Dengan dia, tidak perlu risau dia kecil hati ke apa kalau saya lambat balas Whatsapp. Lazimnya, saya baca Whatsapp melalui notifikasi di jam tangan, memang selalu lupa balas. Sebulan lepas tu baru balas pun tak ada hal. Kadang-kadang, Bott yang kena ingatkan saya, mesej A dah balas? Andai ada hari saya rancak berbual dengan A, mesti lepas tu dia akan tanya, dah berapa bulan korang tak sembang? Sebab memang betul-betul banyak bulan! 😂
Disebabkan hendak hantar titipan istimewa buat sahabat saya yang seorang ini, gigih saya siapkan explosion box di bawah. Lama tak main potong-potong tampal-tampal, sakit pinggang juga dibuatnya.
A Paper Hug
Explosion Box - Sending A Hug |
Buat Kulit Jurnal Guna Kertas Tisu
Selasa, Februari 22, 2022
Kertas tisu bercorak dan plastic food wrap |
Dikelilingi Rama-rama
Rabu, November 03, 2021
Bulan lepas, banyak juga kad ucapan yang saya buat. Ada yang orang tempah, ada yang saya guna sendiri. Sewaktu tengok semula gambar dalam galeri telefon, baru saya perasan ada beberapa kad dan projek kraf saya bertemakan rama-rama.
#1 Best Wishes - Kad ucapan selamat maju jaya.
Beli Rosie's Studio Diecut Shapes Pack di Mr. DIY
Isnin, Oktober 18, 2021
Assalamualaikum.
Minggu lalu sewaktu keluar melunaskan urusan, saya sempat singgah ke Mr. DIY. Lama benar tak jalan-jalan keliling kedai tengok barang-barang. Seperti biasa, bahagian alat tulis dan kraf yang saya tuju dahulu.
Jumpa dua pek die cut shapes Rosie's Studio ini. Teruja saya. Pek hiasan Vacay dan Clover Lane.
Kad Semoga Cepat Sembuh - Healing Hugs
Rabu, Oktober 13, 2021
Salah satu kad yang saya buat baru-baru ini. Kad ucapan Semoga Cepat Sembuh.
Kad ini jenis kad poket. Maksud saya, kad ini jenis kad sekeping tanpa lipatan (seperti poskad) diletakkan di dalam poket khas yang berperanan sebagai sampul. Kiranya kad ini tidak menggunakan sampul surat biasa sebaliknya poket yang dibuat senada dengan tema dan warna pilihan.
Saya menggunakan kertas bercorak damask berwarna coklat dengan tona latar belakang yang lebih cair. Lebih ke arah warna krim. Kemudian, saya gunakan kad berwarna coklat gelap untuk wujudkan sedikit elemen kontra.
Tidak perlu hias banyak-banyak kerana corak kertas sudah sarat, ada kemasan jalur emas (gold foil) pula. Sudah cukup cantik bagi saya.
Buat Pelekat Hiasan untuk Junk Journal
Khamis, Oktober 07, 2021
Ini sebenarnya aktiviti malam hujung minggu saya yang lalu. Sambil-sambil tonton drama di Viu, tangan berjalan buat pelekat (sticker) untuk dijadikan hiasan jurnal dan planner. Saya cap imej-imej cantik menggunakan cap getah di atas kertas pelekat. Kemudian, potong satu demi satu.
Saya buat pelekat hiasan bertema vintage, retro ala-ala antik. Bagi saya ini antara tema hiasan yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Sentiasa ada permintaan dan kita sendiri boleh pelbagaikan penggunaannya. Sudah terbayang-bayang dah di kepala untuk guna pelekat-pelekat ini sebagai penyeri lembaran junk journal saya.
Saya hanya menggunakan kertas pelekat, dakwat hitam dan stamps yang dirasakan sesuai dengan tema ala-ala vintage.
Antara cap yang jadi pilihan ialah cap getah bunga dan mesin taip yang saya beli secara preloved di bawah ini.
Buat Birthday Explosion Box
Ahad, Oktober 03, 2021
Di bawah ini, kad berbentuk kotak atau lebih dikenali sebagai explosion box. Cerita lanjut mengenai explosion box, jemput baca di sini. Buat kad kotak agak makan masa sedikit. Mungkin sampai separuh hari jugalah untuk saya siapkan hingga ke perincian terakhir. Dah lama tak buat explosion box sebenarnya. Waktu rajin terima tempahan untuk explosion box ini, laju je tangan siapkan. Benda semua dah ada, siap diukur siap dipotong. Tinggal pasang dan hias. Sekarang kena mula dari awal, potong, gunting, tampal ... masak jugalah saya. 😂
Set Clear Stamps Baharu untuk Kraf Kertas
Isnin, September 27, 2021
Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu! Semoga hari kalian baik-baik sahaja.
Saya mulakan hari Isnin dengan senyuman lebih lebar daripada biasa. Sebelum ini saya ada beli beberapa set clear stamps di Lazada. Memandangkan saya beli dari China, ambil masa sedikitlah untuk sampai. Ini sebahagian daripada pembelian saya yang sudah selamat tiba.
Dari kedai pertama. 3 pek clear stamps. Setiap satu pek ini saya beli sebanyak 2 atau 3 unit kerana saya ingin hadiahkan kepada beberapa teman crafter yang turut gemar buat kad ucapan.
Clear stamps |
Projek Soldadu Selesai
Selasa, Julai 06, 2021
Entri-entri terdahulu mengenai Projek Soldadu di sini:
Projek Soldadu - Lupa BTS
Rabu, Jun 23, 2021
Assalamualaikum. Salam tengah minggu!
Ini merupakan entri susulan mengenai tempahan projek kraf saya yang terkini - Projek Soldadu. Entri sebelumnya di sini dan di sini.
Seperti yang dirancang, pagi Sabtu lepas saya masuk bilik kraf untuk memulakan kerja sebaik sahaja selepas sarapan. Semangat keluarkan barang dan peralatan yang diperlukan, susun dan letak satu per satu di atas meja.
Ini pelan asal.
Saya gunakan kertas pembungkus BTS Meal sebagai latar utama. Bahagian tengah saya tampal dengan kertas kraf untuk rekaan quilling yang membentuk logo BTS.
Barang untuk Projek Soldadu
Sabtu, Jun 19, 2021
Ingat lagi tentang Projek Soldadu yang saya ceritakan minggu lepas? Bahan dan peralatan untuk siapkan hadiah istimewa buat seorang peminat BTS ini semua saya beli secara online. Lebih mudah dan jimat masa. Jika tidak, saya perlu pergi ke beberapa buah kedai berlainan.
Jadi, selepas klik klik apa yang patut di Lazada, sepanjang minggu ini saya setia menanti ketibaan barang-barang yang saya pesan. Datang pula bukan sekali gus hari sama. Satu bungkusan satu hari. 😂
Projek Soldadu BTS
Isnin, Jun 14, 2021
Assalamualaikum.
Saya terima tempahan projek kraf baharu. Sebenarnya , jika diikutkan saya dalam fasa berehat tidak ambil apa-apa tempahan kraf. Tetapi, disebabkan yang meminta ni seseorang yang sangat baik dengan saya, selalu ingat saya ... jadi saya okeykan sahaja. Tak sedap hati pula nak tolak. Tambahan pula, projek ini tidak mendesak. Saya boleh ikut kesesuaian masa saya sendiri untuk siapkan.
Lama juga kerah otak cari idea. Setelah idea dasar dan sketch siap, saya menung sekejap. Masalah saya ialah projek ini melibatkan dua perkara yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan saya:
Kredit |
1) BTS (Ya, kalian tidak salah baca. Memang BTS.)
2) Quilling - seni menggulung dan membentuk kertas.
Saya tahu tentang quilling. Tetapi, tidak pernah tergerak hati untuk belajar quilling kerana bagi saya seni ini agak remeh dan memerlukan fokus yang banyak. Dua hari ini, kerja saya saya tonton video tutorial di Youtube dan buku kraf lama. Mata pun sampai berpinar-pinar dok menggulung kertas. 😅
Kad Hari Lahir Burung Flamingo
Jumaat, Jun 04, 2021
Assalamualaikum.
Saya buat satu lagi kad flamingo. Seronok sebenarnya apabila sekali-sekala ada tempahan kad bertemakan burung flamingo. Warna merah jambunya mengundang ceria. 😁 Nama flamingo datang dari perkataan latin 'flamenco' yang bermaksud flame (fire atau api), merujuk kepada warna terang bulu dan pelepahnya. Burung yang punya tabiat berdiri dengan satu kaki ini sering dikaitkan dengan perkara dan perlambangan positif seperti keberanian, keseimbangan dan sikap terbuka. Tidak hairanlah jika kita jumpa banyak quotes (kata-kata menarik) yang dikaitkan dengan flamingo.
Berbalik kepada kad ucapan tadi, saya pernah buat rekaan yang sama sebelum ini. Jenis kad yang sama (bridge card) menggunakan material yang sama. Tuan yang menempah memang minta design tersebut. Kebetulan bahan-bahan yang diperlukan ada dalam stok, tiada masalahlah. Cuma ada sedikit penambahan yang dibuat supaya lebih menarik.
Buat Kolaj untuk Kulit Jurnal
Selasa, Mei 25, 2021
Bersiaran dari bilik kraf. Hari ni saya on VERY SLOW mode. Kepenatanlah konon-kononnya sebab semalam berjam-jam di luar, kena buat several tests masa jumpa doktor. Over, kan? 😂 Jadi, hari ini buat aktiviti manja-manja je di bilik kraf. Usik itu sikit, usik ini sikit.
Projek yang ongoing sekarang - buat kolaj. Dah lama tak buat projek kraf. Ada kelapangan masa tu, saya sibukkan diri potong-potong, koyak-koyak dan tampal kertas. 😄 Kali ini saya hasilkan kolaj untuk dijadikan kulit (cover) jurnal baharu. Disebabkan saya sudah serasi dengan junk journal, jadi kolaj saya kekal bertemakan vintage.
Untuk buat kulit jurnal ini saya gunakan bahan-bahan terbuang. Kotak cereal, kadbod, kertas tisu, kertas pembalut jambangan bunga, halaman buku dan kamus lama, setem dan beberapa material lain.
Idea Kad Ucapan untuk Hari Bapa
Sabtu, Mei 22, 2021
1. Kad Tuxedo
Tidak perlu bahan yang banyak atau mahal-mahal. Secara kasar, kalian hanya perlukan kad hitam, kad putih, gam dan gunting.
Si Merah Jambu - Hiasan Jurnal dan Planner
Selasa, Mei 11, 2021
Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Kali ini entri tentang hiasan jurnal dan planner yang saya buat. Tengah sort kertas dan kad lebihan projek dulu-dulu, berkenan pula tengok baki kertas merah jambu yang ada. Pink pekat ada, pink cair ada, design checkered ada, pattern belang-belang pun ada … Siapa penggemar warna merah jambu? Cuba angkat tangan sikit!
Mulalah laju otak saya berfikir, seandainya saya padan-padankan kertas yang ada, boleh buat satu atau dua set hiasan dengan tema merah jambu ni. 🤔
Berkampung sebentar di bilik kraf. Seperti biasa, potong-potong, tampal-tampal dan di bawah inilah hasilnya. Dengan baki-baki kertas yang saya ada, saya berjaya hasilkan dua set hiasan (embellishments) yang berbeza.
Set 1
Projek Kad Raya 2021 Selesai
Jumaat, Mei 07, 2021
Ingat lagi tentang projek kad raya saya? Boleh baca mengenainya di sini dan di sini. Alhamdulillah, hari ini saya sudah boleh senyum lebar-lebar. Semua kad raya yang saya buat sudah siap ditulis dan dipos. Tinggal kad-kad untuk beri by hand atau letak di dalam hamper raya sahaja yang masih ada dalam simpanan saya.
Proses karang ayat hari raya untuk batch kad yang terakhir.
Kad Hari Raya Syawal 1442 |