Dikelilingi Rama-rama

Rabu, November 03, 2021

Bulan lepas, banyak juga kad ucapan yang saya buat.  Ada yang orang tempah, ada yang saya guna sendiri. Sewaktu tengok semula gambar dalam galeri telefon, baru saya perasan ada beberapa kad dan projek kraf saya bertemakan rama-rama.


#1 Best Wishes - Kad ucapan selamat maju jaya.

Rama-rama dan bunga. Kad ini jenis easel fold. Apabila dibuka, bahagian hadapan kad boleh dilipat lalu ditegakkan. Kad sebegini akan jadi lebih menarik andai ada elemen 3d. Jadi, saya hanya tampal gam sedikit sahaja pada bahagian bawah rama-rama besar dan kecil supaya sayap dapat dijongketkan. Nampaklah efek seolah-olah rama-rama berkenaan terbang atau menggerakkan sayap. 😊


Kad tetap boleh dileperkan seperti biasa untuk kita masukkan ke dalam sampul surat. Tiada masalah kalau hendak pos atau letak di dalam kotak hadiah.


#2 Vintage Butterfly Best Wishes Card

Saya pernah buat kad dengan rekaan yang sama sebelum ini. Tuan yang menempah beli set junk journal daripada saya untuk dihadiahkan kepada sahabatnya. Jadi, dia inginkan kad  Best Wishes simple yang bersesuaian dengan set hadiah tersebut. Kebetulan kad, kertas dan hiasan yang diperlukan ada dalam stok. Saya hanya imitate design lama.

 #3 Junk Journal Butterfly Embellishments Set

 
Ini pula set hiasan junk journal yang baharu untuk jualan. Set embellishments rama-rama yang sebelum ini sudah habis terjual. Jadi, saya buatlah set baharu. Ikut pengalaman, untuk junk journal, tema rama-rama ni kira antara yang popular dan selalu orang pilih. 


#4 Butterfly die cuts untuk bingkai DIY

Rama-rama putih. Dipotong menggunakan die rama-rama. Kawan saya pesan 120 ekor untuk hias bingkai gambar mas kahwin adiknya. Ala yang orang gulung-gulung duit, letak bunga dan hiasan dalam bingkai tebal tu… dapat bayangkan tak?

Saya cuma ada sekeping sahaja die rama-rama cantik ni. Maka, 120 kalilah menggelek mesin die. Memang menjelang habis buat tu rasa macam ada rama-rama terbang depan mata! 😂


Okey, itu sahaja perkongsian dari bilik kraf hari ini. Ada tak antara kalian yang suka hiasan rama-rama? Tidak kiralah untuk kad, hias jurnal atau planner.


14 ulasan

  1. cantiknya kakfarah! geram plak tgk rama2 tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni ezy boleh letak rama-rama gak kat pokok hiasan ezy yang comel-comel tu 😊

      Padam
  2. saya suka juga, menarik bila jadi hiasan atau corak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kelembutan dan keindahan pada features rama-rama tu kan…

      Padam
  3. Saya pun suka hiasan rama-rama. Antara motif klasik dan evergreen.

    BalasPadam
  4. Ramai peminat rama-rama. Itu yang sentiasa jadi pilihan. Cantik bila letak elemen rama-rama ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan… ada rama-rama terus jadi berseri-seri! 😊

      Padam
  5. Ammi suka je. Dulu suka beli brooch rama2. Semua rama2 tp sekarang brooch pun x ada haha

    BalasPadam
  6. lepas baca perenggan terakhir farrah tentang rama2 tu, terus berdeting idea kat minda aida. kebetulan nak kena buat 1 gubahan hantaran anak sedara. yes! aida pun ada dies butterfly and roses, farrah. felt pun byk lagi. yes yes yes. instead of aida plan nak letak reben, rasanya nice kalau buh butterfly gitu la.

    tq farrah menjadi pencetus idea.

    BalasPadam
  7. Cantik-cantik belaka hasil kerja kak farah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.