Bukan main over nama hidangan saya pada kali ini. Rihito Si Butler Ganteng! Hahaha jangan risau, tiada sebarang elemen meragukan digunakan dalam menyediakan menu ini. Mi udon biasa sahaja.
Nama asal resepi - Nabeyaki Udon. Dapat nama pelik sebab saya dan Bott tonton J-Drama lama, Mei Chan No Shitsuji (Mei Chan's Butler). Bott sedang kemas koleksi VCD dan DVD. Jumpa balik cerita ini.
Kredit Imej - IMDB |
Dapat pula cuaca seakan mengizinkan untuk bermalas-malasan di sofa di hadapan televisyen, kami berdua pakat tonton semula. Mei Chan No Shitsuji, sebuah drama yang diadaptasi daripada komik Jepun. Kisah mengenai Mei, yang setelah kematian ibu bapanya didatangi oleh Rihito, butler peribadi yang ditugaskan untuk menjaga Mei. Datuk Mei rupanya seorang yang sangat kaya dan Mei perlu dihantar ke St. Lucia Academy, sebuah sekolah elit untuk membentuknya menjadi 'proper lady'.
Ini Shibata Rihito.
Versi Komik
Versi Drama
Shibata Rihito dimainkan oleh Hiro Mizushima. Dulu-dulu masa J-Drama tengah in, rajin juga tonton lakonannya dalam Hanakimi, Zettai Kareshi dan Tokyo Dog. Dalam Black Butler, dia jadi Sebastian, butler jahat. Saya tak suka cerita tu. 😂
Okey, setelah membebel merapu lari dari tajuk, kita patah balik cerita mi udon. Dah menonton back-to-back, mestilah perut lapar, kan? Terus pergi dapur buat mi udon sebab terliur tengok udon yang si Mei buat. Mujurlah ada mi udon jenama Vit's di dalam pantri. Selain daripada kaedah pembungkusannya yang kemas dan mengikut saiz hidangan, mi ini mudah disimpan. Setiap pek yang dibungkus secara vakum membolehkan mi tahan lama pada suhu bilik. Tidak perlu masuk ke dalam peti sejuk.
Jom tengok resepi!
Resepi Mi Udon Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 200 - 250g mi udon. Beli mi udon secara dalam talian di kedai rasmi VitsNoodles di Lazada.
- 3 ulas bawang putih
- 2 sentimeter halia
- 1 kiub pati ayam. Saya gunakan stok ayam.
- 500 ml air
- 3 - 4 sudu besar kicap Jepun (shoyu)
- 1/2 ke 1 sudu teh gula untuk imbangkan rasa
- 3 biji cendawan shitake *
- sejemput kecil ikan bilis (lebih kurang dalam satu sudu besar)*
- garam jika perlu
- hirisan daun bawang sebagai hiasan (garnishing)
* Gabungan cendawan dan ikan bilis digunakan untuk buat dashi stock. Biasanya dashi stock atau paste boleh dibeli atau buat sendiri guna seaweed dan bonito flakes. Tetapi, saya tiada semua bahan itu.
- Untuk rencah atau isi mi udon, boleh guna isi ayam, daging, bebola ikan, kek ikan, tauhu, telur, sayur-sayuran seperti kobis, sawi, pak choy, lobak ... terserah selera.
Langkah-langkah penyediaan:
- Didihkan air. Setelah itu masukkan hirisan bawang putih, halia, kiub ayam, ikan bilis dan cendawan shitake. Reneh sebentar.
- Kemudian, masukkan isi ayam, bebola dan rencah lain yang diingini diikuti dengan shoyu dan gula.
- Seterusnya, masukkan mi udon dan masak selama beberapa minit. Rasa kuah, perasakan dengan garam jika perlu. Jika ingin letakkan sedikit lada hitam atau lada sulah juga boleh.
- Sendukkan ke dalam mangkuk. Tabur sedikit hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
terima kasih untuk resepi
BalasPadamtengok J Drama sambil makan Japanese food. Teringat juga siri 'My Boss My Hero'. Sesekali layan VCD cerita lama memang best. Saya dan Mak pernah marathon Meteor Garden versi F4 masa PKP sebab bosan. hehe
BalasPadamPenangan tonton movie ada makanan terus nak makan kan.. Mi udon kenyal, sedap.
BalasPadamTeringat ammi ada beli mee udon di rumah arwah mama. Apa khabar agaknya mee tu. Confirm terbiar je in between freezer dan bawah sbb adik ammi tinggal sorang mmg dia x masaklah.
BalasPadamBTW.. Ammi suggest awak ketuk bawang putih tu lepas tu diced instead of hiris. Lebih shedapppp
Penangan J-drama..hehe..ganteng betul si butler tu..
BalasPadamHihi..tajuk taknak kalah kan. Penangan Jdrama sampai masuk ke nama menu. Hidangan mi udon dan sup mudah macam ni sedap makan ketika bermalas malasan. Ini pun dah cukup menyelerakan :)
BalasPadamResipi pasti ramai nak cuba ni ..
BalasPadamorang korea memang hensem
BalasPadamSha tengok klip pendek drama tu pun dah rasa kelakar.. Kalau tengok drama penuh mahu mengekek je.. hehehe..
BalasPadamSedap mee udon kak farah..