Kena Rukyah | Pernah Salah - Mawar de Jongh

Jumaat, November 05, 2021

Petang semalam saya tukar tali gitar lagi. Tali si Kapok dah berkarat. Lupa nak alihkan dari tepi tingkap, kena tempias hujan. Dah alang-alang peluk si Kapok, mainlah sebuah dua lagu sambil-sambil tune tali.

Si Bott tengah tonton video di Youtube. Saja je saya sakat dia suruh buka video muzik baharu usahawan viral tak jadi kahwin, tabur duit, pijak duit, abadikan kisah cinta tidak kesampaian dalam lagu. Saya kata saya nak buat chord lagu 'Rain' (Bukan judul lagu sebenar 😂) Secara jujur, lagu tu sedap. LAGU je tau! Saya dok bayang kalau Ayie Floor 88 atau Oja sendiri yang nyanyi, mesti lebih masuk jiwa.

Punyalah si Bott bengang, terus duduk tegak dan ugut saya - Kalau saya buat chord lagu tu, dia nak rukyahkan saya! Hahaha! Main rukyah rukyah pulak! 😆😂😅 Member memang annoyed betul sebab hari-hari kisah orang tu lalu-lalang kat media sosial dia. Dia hangin … alang-alang baca gosip biar betul-betul juicy dan spicy katanya. Bukan cerita soap opera begitu.

Kord Gitar From FAMF Tower

Okey .. okey ... main lagu lain. Lagu artis muda dari seberang. Pernah Salah nyanyian Mawar de Jongh ini kali pertama saya dengar rasa macam biasa-biasa je. Dengar dua tiga kali … eh,  sedap! Kena dengan selera telinga! Sedaplah dibuat berdendang sambil petik gitar.

Melodinya hampir sama dengan sebuah lagu lain tetapi saya tidak dapat recall lagu apa atau siapa penyanyinya.

Kord gitar boleh dianggap mudah. Kalau nak terkehel jari pun Cm je. Jangan risau. Berlatih rajin-rajin ya.


Kunci Gitar dan Lirik Pernah Salah  - Mawar de Jongh


[Intro]


G

Dalam hatiku ini

      D

masih ada bayanganmu

F

kamu tak pernah pergi

      C

masih saja menghantui

Cm                       G

apakah aku masih mencintaimu

      A                 D

dan menginginkan kamu lagi


G

Mungkin karena waktu itu

    D

kita masih muda

F

terlalu sering salah

      C

'tuk mengambil keputusan

Cm

niat meninggalkanmu

       G

tlah berubah sayang

     A

jadi rindu

       D

yang menguasaiku oh oh oh



[Chorus]

G

Hatiku memanggil

D        B7

hatimu yang beku

Em          D        

aku masih mencintaimu


  G

Mengingatmu mengenangmu

   D            B7       Em

membuatku menginginkan kamu

      D

dan mengulangi

      C        Am

kisah cinta yang dulu

 D        C      D

pernah salah  oh oh


G

Mungkin karena waktu

    D

itu kita masih muda

F

terlalu sering salah

      C

'tuk mengambil keputusan

Cm

niat meninggalkanmu

       G

tlah berubah sayang

     Am

jadi rindu

       D

yang menguasaiku


Ulang [Chorus]


C D Em D G

Am Bm C D


Ulang [Chorus]




9 ulasan

  1. wah teringin nak dengar versi petikan gitar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe petikan biasa-biasa je, Syaz. Buat hilang bosan :)

      Padam
  2. aida da dgr lagu hujan tu.
    hmmmmm nothing special. tone biasa-biasa aje.
    patut la dia kata dia boleh nyanyi lagu tu live.
    sebab tak sukar pun nyanyi kannya.

    BalasPadam
  3. x pernah lg dgr lagu tu sbb malas nk follow rapat sgt si I bkn nama sebenar ni... br mlm td terbaca dato azmeer pun bagitau lagu tu sedap.. cuma sayangnya dinyanyikan oleh level karaoke je.. sayang dia cakap lagu dah berkualiti tp penyanyi pulak kureng.. mmg annoying dgn I bkn nama sebenar ni.. lapar perhatian sgt

    BalasPadam
  4. Belum dgr lagu viral tu. Malas nak klik YouTube dgr suara yg dikatakan tak sedap tu. Banyak pulak views dia nanti kan haha

    BalasPadam
  5. mmg duk lalu lalang kisah si usahawan pijak duit tu je skrg..
    naik muak plak.. haha

    BalasPadam
  6. Disebabkan tak main soc med, saya tak faham pun kak Farrah cakap pasal apa dan siapa. Huhu.

    BalasPadam
  7. Hahaha.. part lagu "rain" tu memang Sha setuju dengan Kka Farah.. lagu dia sedap.. Tapi tu lah.. Penyanyi nya pula tak best..
    Gigih Sha cari lagu Pernah Salah ini..

    BalasPadam
  8. hahaha..sampai nak kena rukyah pulak. Tak faham kenapa nak buaat lagu tu. motif?? Permainan orang ada duit, sikit sikit buat lagu nak tambah populariti. macam-macam kan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.