Popcorn Nise Kerek

Selasa, November 09, 2021

Assalamualaikum. Kali ini saya nak cerita tentang popcorn nise kerek. Belakangan ini makin berat tulang-temulang nak jenguk blog, tulis entri. Bilalah agaknya angin rajin nak datang. Banyak je perkara yang ingin dikongsi. Tetapi, apabila mula hendak mengarang ayat, terus jadi krik krik! Sudahnya tutup laptop dan beredar pergi buat kerja lain. 😅

Popcorn nise kerek ini projek petang Ahad. Saya tidak ke mana-mana. Setelah brunch dan bermanja-manja dengan Cekebon di rumah Cekengah, terus meluru balik. Tak larat hendak singgah ke mana-mana. Dengan orang ramainya... cuaca panasnya.... lebih baik duduk diam-diam bersantai di rumah.

Tengah menonton rancangan di TV, tiba-tiba teringin hendak makan popcorn karamel. Nak kunyah sesuatu yang manis. Tercetuslah idea untuk buat bertih jagung karamel guna nise kerek. Daripada guna gula putih biasa, lebih baik kita pakai nise kerek. Gula asli semula jadi gitu. Stok nise kerek yang saya beli dulu pun banyak lagi. Setakat guna untuk buat kuih, maniskan kopi dan kek dalam mug... banyak mana sangatlah pakai.


Kurang lebih lima belas minit kemudian.

Bertih jagung nise kerek sedia untuk dinikmati.


Buat satu mangkuk kecil sahaja. Benda manis begini kita cenderung untuk terlajak makan tanpa kita sedar. Jadi, cukuplah untuk saya dan Bott cicip-cicip setengah mangkuk seorang. Itu pun, puas tambah jumlah steps harian kasi bunuh kalori extra yang masuk 😅.


Cara menyediakan popcorn nise kerek.

Mula-mula saya buat popcorn menggunakan air fryer (cara-caranya di sini). Boleh sahaja jika nak pop pop bertih jagung di dalam kuali besar dengan sedikit minyak, marjerin atau mentega. Ikut cara yang kalian sukalah. Setelah popcorn siap, saya ketepikan. Kemudian, saya panaskan sedikit mentega dan parutan nise kerek di dalam kuali. 

*Nise kerek asli yang autentik, sedap, lembut rasanya saya beli di Lazada

Banyak mana nise kerek yang hendak digunakan? Agak-agak sahaja. Tetapi saya tak guna banyak pun. Sekadar cukup untuk dapatkan rasa lembut manis-manis manja nise tu je. Biarkan seketika sehingga nise kerek larut. Jaga api, jangan sampai mentega dan nise hangit pula. 

Apabila sudah sebati, masukkan popcorn. Cepat-cepat gaul biar salutannya sekata. Siap! Dah boleh masuk mulut!   



Pstt! Saya mungkin akan ambil masa untuk ziarah, tinggal komen dan balas komen kalian. Insya-Allah, akan tetap datang berkunjung jalan-jalan. Ada ramai ni yang blog mereka dah lama saya tak kunjungi. Kita jumpa nanti ya!




8 ulasan

  1. datang blog saya nanti bawaklah popcorn jugak. ada cerita travel terbaru. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait, untuk Sal special... akak asingkan popcorn yang tak kena gula sangat. :)

      Padam
  2. dulu rajin wat popcorn, sekarang ni dah jarang dah..kalu terasa nak makan, beli je.

    BalasPadam
  3. popcorn ni nampak senang untuk dibuat. macam best tengok dia meletop2 tapi tak pernah cuba pula..haha

    BalasPadam
  4. Popcorn ni memang ralit je makan.tau2 dh habis

    BalasPadam
  5. anak2 wak suka makan pop corn camni., ;p

    BalasPadam
  6. Macam sedap jugak gunakan nise kerek. Saya ni nak cuba buat pop corn sendiri tak buat buat sampai ke sudah. Agaknya kalau ada stok, cepat sikit buatnya kot. hihi..bila teringin tu auto jadi rajin.

    BalasPadam
  7. Bertih jagung dlm bekas simpanan ammi kalau boleh tu buh pokok dah lama dia tumbuh. Huhu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.