Ini sebenarnya aktiviti malam hujung minggu saya yang lalu. Sambil-sambil tonton drama di Viu, tangan berjalan buat pelekat (sticker) untuk dijadikan hiasan jurnal dan planner. Saya cap imej-imej cantik menggunakan cap getah di atas kertas pelekat. Kemudian, potong satu demi satu.
Saya buat pelekat hiasan bertema vintage, retro ala-ala antik. Bagi saya ini antara tema hiasan yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Sentiasa ada permintaan dan kita sendiri boleh pelbagaikan penggunaannya. Sudah terbayang-bayang dah di kepala untuk guna pelekat-pelekat ini sebagai penyeri lembaran junk journal saya.
Saya hanya menggunakan kertas pelekat, dakwat hitam dan stamps yang dirasakan sesuai dengan tema ala-ala vintage.
Antara cap yang jadi pilihan ialah cap getah bunga dan mesin taip yang saya beli secara preloved di bawah ini.
Selain itu, saya teruja hendak cuba clear stamps yang baru dibeli. Dalam entri terdahulu saya ada cerita yang saya beli banyak set clear stamps dari China. Sebahagiannya sudah sampai lebih awal manakala di bawah ini pula baki set clear stamps yang dinanti-nantikan.
Inilah masanya untuk menguji setiap cap getah tu sama ada kesan cetakan setelah didakwatkan dan dicap jelas imejnya ataupun sekadar indah khabar dari rupa. Kadang-kadang, terkena juga dapat clear stamps yang ada defect. Permukaan getah tidak sekatalah, ukiran pada getah tidak lengkaplah ... sudahnya dapat hasil cetakan yang tidak sempurna.
Saya gunakan cap not muzik dan cap latar tulisan berangkai seolah-olah cetakan resit lama. Alhamdulillah, cantik cetakan cap. Semua perincian nampak jelas dan accurate. Kira berbaloilah beli.
Pelekat-pelekat yang telah siap. Pelekat hiasan untuk scrapbook, jurnal dan planner.
Saya asingkan siap-siap kepada beberapa set. Satu milik saya, selebihnya saya hendak masukkan ke dalam Junk Journal Starter Kit untuk dijual nanti.
Sukanyaa, rasa tenang ja mdmbaca, minat cap dulu panggey cop hehe, suka main stamp pad ni. cantik imej-imejnya. best juga ada jurnal fizikal..
BalasPadamSaya jenis old school, sis. Suka tulis dan belek-belek jurnal fizikal. Kalau guna gajet rasa tak feel hehehe
Padamcantik, kreatif sekali!
BalasPadamThanks, Syaz :)
PadamGeram je tengok. Cumil semuanya.
BalasPadamJom main tampal-tampal, PC :)
Padamya ampun cantiknyaaaaaa sis bg link tau klo da siap..hikhik kita mauuu
BalasPadamOrait, no problem. Nanti insya-Allah akak WhatsApp :)
Padamwhy so creative?
BalasPadamTak kreatif manalah sis... kita main cop cop, lepas tu gunting hihihi
Padamdia guna ink yg sama ke mcm ink yg biasa2 tu?
BalasPadamGuna ink khas tapi boleh je guna ink biasa stamp pad tu :)
PadamCantiknya. Banyak koleksi cap Kak Farrah. Suka tema vintage ni.
BalasPadamTema vintage sesuai sangat dengan latar utk fotografi Fiza kan... :)
PadamBetul kak Farrah, tema vintage ni sentiasa ada permintaan dan evergreen. Semoga bisnes kraf akak maju jaya
BalasPadamAaminn. Terima kasih, Sal. Sal selalu doakan yang baik-baik untuk akak. Semoga doa dan kebaikan itu turut berbalik pada Sal juga :)
PadamBagus juga buat awal-awal.
BalasPadamApabila nak hias spread baru ada feel :)
PadamSalam ziarah.kreatif nya
BalasPadamBiasa-biasa aja, cikgu.
Padamteruja melihat hasilnya kak farrah!
BalasPadam😘😘😘
Padamcantik dan menarik sangat design-design
BalasPadam