Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Jumaat, Oktober 08, 2021

Ini entri selongkar pantri. Biasalah apabila cuaca bertukar-tukar, sekejap panas sekejap sejuk ... yang malar tidak bertukar cuma selera dan hala langkah saya sahaja. Laju menapak pergi dapur selongkar pantri tengok apa yang boleh dimakan atau dibuat kunyah-kunyah.

Penemuan saya untuk kali ini - Sepek Nissin Ramen Tokyo Shoyu. Interesting! Ada yang pernah makan tak?

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Seperti biasa, barang-barang di pantri banyak yang tidak dapat dipastikan datang dari mana. Kalau saya atau Bott tidak beli, maknanya sama ada adik-adik saya yang hantar atau pemberian orang lain. Lazimnya, yang suka cuba macam-macam perasa ramen di pasaran ni Cekengah. Bila tak kena selera, dia kirim dekat kakak Alam Flora dia. Konsepnya, kan along kata tak elok bazir makanan! 😊

Mula-mula saya skeptikal. Shoyu ... perasa kicap Jepun. Saya kurang gemar mi segera perasa ayam. Macam mana kalau Tokyo Shoyu ni lebih kurang begitu je rasanya? Disebabkan tekak memang teringin something soupy and hot, saya buat juga. Tiada apa yang lebih indah daripada menghirup sup panas dari semangkuk mi segera dalam cuaca dingin. Setuju tak?


Sedap! Melebihi jangkaan! Sup sangat menepati selera. Rasa umami dari bonito menjadikan sup lebih kaya berperisa. Siap ada hirisan daun bawang dan narutomaki 🍥 untuk garnishing

Maaf, tiada gambar ramen. Dah habis semangkuk baru teringat hendak ambil gambar. Bayangkan jelah ya. 😊


Beberapa hari kemudian ...

Dah tahu sedap, saya belilah buat stok. Satu bungkus (5 pek) di Lazada sekitar RM12.++ - RM13. ++. Lebih murah jika dibandingkan dengan harga Samyang Cheese dan adik-beradiknya yang pedas-pedas itu. 

Range produk Nissin Ramen ada banyak juga. Selain Tokyo Shoyu, terdapat beberapa perasa lain - Kyushu Black, Hokkaido Miso dan Uma-kara Spicy. 

Ada tak dalam kalangan kalian yang pernah cuba perasa-perasa ni? Nanti bolehlah sarankan pek mana yang sedap pada saya.

Pstt! Makin parah masalah nak tinggal komen dan loading blog ni. Saya datang semula dan tinggal jejak nanti ya. Komen asyik hilang!


19 ulasan

  1. Menarik..pedas rasanya kan..jumpa bahan makanan..selongkar ada rezeki hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, perasa yang ini tidak pedas. Nanti ada rezeki boleh cuba, cikgu.

      Padam
  2. hari tu pernah beli, tp xsmpt mkn sbb dah expired. klau sedap, nk kena beli lg la ni. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena beli dan cuba, mana tahu kena dengan selera :)

      Padam
  3. tak pernah rasa instant noodle gini sbb tak mendapat kelulusan ketua keluarga..kami redha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Kak Ammi. Keputusan ketua keluarga sangat wajar. Benda ni bahaya kalau ada kat rumah. Selagi tak habis, selagi tu tangan ringan nak mencapai :)

      Padam
  4. Range produknya tu rasa tak sabar nak travel hehe, makanan femes tentu sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul hehehe. Tidak silap saya Nissin Ramen ni memang antara pengeluar ramen yang terkenal di Tokyo.

      Padam
  5. Balasan
    1. Tak mengapa... mana tahu selepas ni ada rezeki kita bergosip sambil menikmati semangkuk ramen :)

      Padam
  6. Tak pernah nampak pek ramen ni. Jarang beli ramen instant. Pernah beli ramen miso soup tu tapi tak kena pulak dengan tekak.
    Tak tahu lah apa masalah blogspot ni..isu komen tak reda lagi sekarang isu blog slow pulak. Adeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun jarang beli ramen. Kalau beli sekali-sekala setakat maggi kari atau asam laksa je. Tak berani nak main cuba-cuba beli takut tak kena selera.

      Itulah, Fiza. Macam-macam pula masalah blog belakangan ni kan... untuk akak yang tak tahu apa dan malas godek-godek ni... tunggu jelah.

      Padam
  7. Ramen memang harga agak mahal tapi berbaloi sebab portion besar. Tak pernah try lah kak, rumah saya ni selalu makan ramen pedas tu je. Maybe boleh try sebab megi perasa ayam tu saya suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. I think yang ini Sal boleh consider untuk dicuba. Kira jenis instant noodles soupy yang berbaloilah dari segi rasa dan harga :)

      Padam
  8. Macam pernah nampak di kedai. Haha ingatkan tidak halal. Nanti nampak semula mungkin ada rasa ingin beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini certified halal. Memang kena hati-hati juga, NA. Saya ada jumpa beberapa pek ramen dari sana yang non-halal.

      Padam
  9. komen asyik hilang tu mmg parah dah kak farrah..rehat dlu dua hari..sbb tu saya selang seli komen..baru dpt stabil hahaaa..ramen ni xpernah lg saya cuba..kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey, nanti akak buat camtulah. Thanks so much for the tips, Shida! Mmuuahhh!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.