Nasi Dagang Grannies
Rabu, Disember 18, 2024
Nasi Dagang Grannies | Assalamualaikum. Biasanya, kalau hendak cari nasi dagang yang sedap, yang dapat dinikmati dengan puas hati, Nasi Dagang Grannies antara pilihan yang akan saya pertimbangkan.
Grannies | Nasi Dagang Terengganu Premium |
Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak makan, baru-baru ini ada rezeki bersarapan dengan Nasi Dagang Grannies. Di Grannies ada tiga pilihan lauk untuk nasi dagang - ikan, ayam dan udang.
Saya punya di bawah ini yang biasa sahaja - nasi dan gulai ikan tongkol. Berbanding nasi kerabu (yang saya suka makan tukar-tukar pilihan lauk - ayam bakar, daging bakar, ayam percik, solok lada, telur masin, bawang putih jeruk… semua tulah), saya suka nasi dagang saya berlaukkan gulai atau kari ikan tongkol. Kalau lawan dengan lauk lain, saya rasa tak ngam. 😊
Nasi Dagang Ikan Grannies |
Belian Gerak Hati - Malaya Perfumery
Khamis, November 07, 2024
Malaya Perfume | Waterlily - Minyak wangi Waterlily, Malaya Perfumery ini sebenarnya salah satu daripada impulse purchase saya dan Cekengah sewaktu kami jalan-jalan cuci mata di Publika.
Asalnya, kami berdua memenuhi undangan birthday lunch ibu mertua adik bongsu saya di The Roomah. Selesai makan, perut dah berat! Saya ajak Cekengah jalan-jalan ringankan perut dahulu sebelum balik. Di bahagian bawah tu ada banyak reruai comel. Ada jual minyak wangi, aksesori wanita, coklat, baju, kek batik… macam-macamlah!
Baca juga: Auura Eau De Parfum
Si Cekengah jalan menonong je. Saya yang banyak sangkut sana-sini. Di hadapan booth Malaya Perfumery, ada seorang adik hulur sample strip pada saya. Dok sibuk mengejar langkah terkedepan Cekengah, saya cepatkan langkah sambil cuba-cuba bau.
Eh, sedaplah! Wanginya! Bau bunga-bungaan yang segar, tidak terlalu menusuk hidung. Terus panggil Cekengah dengan ayat memancing. “Ngah, I think this is your smell!” Haa, gitu! 😆
Kami pun berpatah balik. Banyak juga pilihan minyak wangi Malaya Perfumery ni. Selain minyak wangi untuk wanita, ada juga minyak wangi untuk lelaki.
Menurut adik jurujual tu, minyak wangi bestseller mereka ialah Blooming Tuberose. Bunga Sundal Malam. Tapi, tak kena dengan cita rasa kami.
Being a coffee lover, saya tertarik dengan Caramel Macchiato. Saya cuba bau. Harum. Lembut bau kopinya menyapa deria. Manis-manis karamel. Si Cekengah offer nak belikan untuk saya tetapi… saya nak ke badan bau kopi? 🤣 Hahahah! Memanglah saya hantu kopi, tak perlulah sampai badan pun beraroma kopi.
Tetapi, memang best baunya. Saya simpan strip Caramel Macchiato tu di dalam beg. Setiap kali buka beg, saya senyum lebar sebab wangi. Macam tiba-tiba kena teleport ke coffee shop.
Sudahnya, kami cuma beli satu - Waterlily.
Malaya Perfumery | Waterlily |
Mencuba Flat Croissant
Jumaat, Oktober 25, 2024
Flat Croissant | Masa mula-mula flat croissant tular dan sibuk diperkatakan, saya tidak ambil peduli sangat. It’s just another innovation from the pastry world. Macam bronut, (baca mengenainya di sini) cronut, semua tulah.
Asal usul terciptanya flat croissant ini unik juga. Croissant stale dan tidak terjual dipenyekkan lalu dibakar semula. Jangan salah faham ya, bukan croissant yang expired atau rosak. Croissant yang sudah berhari, yang tidak dikira freshly baked la.
Setelah dipenyekkan, tekstur croissant akan menjadi lebih mampat. Makanya, apabila dibakar, croissant akan jadi garing dan rangup. Itu yang dipanggil flat croissant. Bagi menambah lagi keenakannya, flat croissant akan dicelup ke dalam krim atau coklat.
Minggu lepas, ketika ke Tropicana Gardens Mall sempat singgah Gula Cakery. Ternampaklah pilihan flat croissants yang ada - flat croissant mix fruit, flat croissant pistachio, flat croissant hazelnut chocolate dan flat croissant biscoff.
Sudah alang-alang di depan mata, kenalah cuba rasa, kan? 😆
Saya beli flat croissant pistachio.
Flat Croissant Pistachio |
Pening Main Monopoly Duck
Ahad, Oktober 06, 2024
Monopoly x dUCk | Sewaktu Cekengah datang bawa kotak Monopoly x dUCk di tangan baru-baru ini, saya ketawa gembira + teruja. Rasanya, sudah berpuluh-puluh tahun tidak main board game Monopoly.
Dahulu, masa kecil-kecil, inilah aktiviti kami adik-beradik bersama ibu dan babah di rumah apabila tidak ke mana-mana pada hujung minggu.
Kolaborasi Monopoly dengan dUCk bukanlah kolaborasi baharu. Tidak silap saya kolaborasi tahun 2021. Bayangkanlah, sudah berapa lama Cekengah miliki game ini, baru sekarang hendak buka dan main. Itu pun sebab dia terjumpa kotak Monopoly ni masa kemas barang-barang di rumahnya. Dia tension dengan kerja, datang cari saya ajak main Monopoly. 🤣
Monopoly x Duck |
Merajuk dengan Niimbot
Jumaat, September 27, 2024
Sebelum ini, saya ada pencetak mini (thermal label printer) jenama Niimbot. To be specific, Niimbot B21. Berkenan betul dengan rekaannya.
Selain digunakan untuk buat label, saya turut guna untuk cetak quotes, sticker atau gambar yang akan saya gunakan pada jurnal atau scrapbook. Pencetaknya kecil, mudah dibawa, jenis thermal… tidak perlu pening kepala hendak fikir tentang dakwat printer.
Apabila ada gambar atau benda-benda kecil yang ingin saya cetak dalam versi hitam putih, terus print dari telefon. Mudah sangat!
Niimbot B21 saya |
Kek Coklat Tanpa Tepung | The Bread Bar
Selasa, September 17, 2024
Assalamualaikum.
Selamat Hari Selasa! Selamat memulakan minggu baharu setelah cuti hujung minggu yang panjang. Harap keraian Hari Malaysia dan Maulud Nabi kalian telah dimanfaatkan sebaiknya.
Masih terbawa-bawa mood cuti, hari saya dimulakan dengan makan kek coklat! Layan selera tekak yang tiba-tiba mahukan dessert sebagai sarapan. Lagipun, jika sudah singgah di The Bread Bar, sukar menahan godaan Flourless Chocolate Cake yang memanggil-manggil dari bar roti dan pastri.
Inilah kek coklat tanpa tepung yang saya maksudkan. 😊
Flourless Chocolate Cake |
Selesai makan kek, minum kopi, (kopi saya pagi ini kopi air kelapa - saya pernah tulis entri mengenainya di sini) dan beli roti sourdough untuk stok makan di rumah, barulah boleh mula melunaskan urusan-urusan untuk hari ini.
Okey, jumpa lagi nanti! Semoga hari kalian indah dan menyenangkan.
Tapau Woodfire Smoked Beef Burger
Isnin, September 02, 2024
Woodfire Burger | Pernah makan Woodfire Burger tak? Sejak mula burger ni tular beberapa tahun dahulu, saya memang terliur tengok ‘rupa paras’ burger-burger yang dijual. Nampak tempting sangat! Tetapi, saya bukan jenis yang rajin jalan-jalan merata pergi food hunting cari makanan viral. Kalau jumpa, kira rezeki… tak jumpa… atau andai lokasi tempat tu jauh, kita diam-diam sahaja.
Woodfire Gourmet Burger |
Haruman Segar Via Pinky Scented Diffuser
Khamis, Ogos 29, 2024
Assalamualaikum. Selamat pagi!
Hari ini cerita tentang scented diffuser. Sebenarnya, saya bukan jenis yang suka beli diffuser untuk rumah. Tetapi, baru-baru ini si Cekengah rambang mata beli blind bags. Adik saya ni memang cepat rambang mata. Dia kalau tonton ‘live’ di Shopee atau TikTok, laju je tangan buat purchase.
Saya tak pasti dia beli blind bags di mana tetapi antara item-item yang diperoleh ialah minyak wangi, losen badan, scented hand sanitiser dan Via Pinky Scented Diffuser.
Alhamdulillah, tiga-tiga jadi milik saya.
Via Pinky Scented Diffuser |
Roti Labu Lembut dan Gebu
Jumaat, Julai 12, 2024
Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.
Sudah makan tengah hari ke belum tu? Saya ambil heavy breakfast pagi tadi. Untuk tengah hari, hanya makan sepotong roti labu. Itupun sebab roti gebu ni macam dok ‘memanggil-manggil’ dari atas meja makan.
Pumpkin Loaf Bread History
Roti labu |
Coklat Pistachio Royce
Isnin, Julai 08, 2024
ROYCE Pistache Chocolat | Minggu lepas, tengah bosan di rumah, tiba-tiba mulut terasa sunyi. 🤣 Apa lagi, selongkar pantrilah jawabnya. Tengok apa yang ada, buat teman mulut sunyi. Nampak kotak hijau, terus saya senyum lebar.
Coklat pistachio ROYCE ini coklat bermusim. Tidak silap saya bulan enam sahaja coklat ni buat kemunculan istimewa. Sempena keraian hari bapa. Semasa pertama kali rasa coklat ni tahun lepas, saya terus jatuh cinta.
Saya bukan penggemar tegar pistachio. Senang cakap, pistachio bukan perasa pilihan utama saya kalau beli aiskrim, coklat atau pencuci mulut. Ada, saya makan. Tiada, saya tidak cari.
Tetapi, kalau coklat pistachio ROYCE ni memang saya tidak akan tolak! Suka sangat. Dalam banyak-banyak produk pistachio, inilah yang paling saya suka… yang akan saya grab kalau lalu depan mata.
Beginilah rupa coklatnya. Kecil sahaja. Dalam bentuk bar memanjang. Bahagian luar ialah salutan coklat susu, coklat pistachionya di tengah.
Pistache Chocolat |
Menikmati Braised Lamb Shank di Alwi’s Food
Sabtu, Julai 06, 2024
Braised Lamb Shank di Alwi’s Food | Cerita makan lamb shank sedap ini sudah agak lama. Waktu itu saya teman Cekengah bawa anak kucingnya, Rhea pergi vet di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh. Alang-alang sudah berada di sana, Cekengah ajak makan di Alwi’s Food.
Restoran ini milik Chef Alwi. Pernah jugalah saya tengok Chef Alwi dalam salah satu rancangan di televisyen. Kali ini dapat jumpa chef in person dan nikmati masakannya.
Kami pelanggan pertama untuk pagi itu. Memang sampai ngam-ngam time mereka baru buka kedai. Kami disambut mesra oleh Chef Alwi sendiri dan pekerja-pekerjanya. Cekengah pernah datang makan tengah hari di restoran ini bersama rakan-rakan sejawatnya. Rezeki Cekengah dapat complimentary drink of her own choice. Kira minuman pilihan Cekengah hari itu percumalah. Alhamdulillah.
Tidak silap saya, Cekengah pesan Cream Custard Strawberry Frappe Zass. Ini pula minuman saya, Iced Hazelnut Latte.
My hazelnut latte |
Stainless Steel Litter Box untuk Rhea
Khamis, Jun 06, 2024
Stainless Steel Litter Box | Bekas Keluli Tahan Karat untuk Najis Haiwan Peliharaan | Sepanjang 13 tahun bela Yuri, saya memang tidak pernah ada masalah dalam menguruskan najisnya. Bekas najis Yuri kecil sahaja, tidak makan ruang. Beberapa kali tukar pun, bekasnya bekas plastik biasa. Tidak silap saya, bekas najis sekarang ini, Bott beli di Eco Shop sahaja.
Yuri pula jenis kucing tertib. Tiap kali melepaskan hajat, dia memang akan kambus habis-habisan. Jadi, bau hancing kencing dan bau najis jarang-jarang jadi isu di rumah. Kiranya, setakat untuk Yuri, tidak perlulah saya melabur beli litter box yang mahal-mahal tu.
Rhea 😺 |
Sunshine Hokkaido Milk Bread
Ahad, Jun 02, 2024
Assalamualaikum. Salam santai Ahad!
Hari ini, pagi-pagi lagi saya ke My News mencari roti buku untuk sarapan. Sekarang saya suka makan roti Sunshine Bakeries - Australian Oat Soft Grain Wholemeal. Di tempat saya, roti ini hanya ada dijual di My News.
Sudah jumpa roti yang diinginkan, ternampak pula adik-beradiknya - Hokkaido Milk Bread. Terus senyum sampai telinga! Roti susu! Selalu susah nak jumpa sebab asyik habis. Sewaktu roti buku ini viral suatu ketika dahulu, lagilah payah nak nampak bayangnya. Kali ini ada rezeki untuk bawa balik sebuku.
Sunshine Hokkaido Milk Bread |
Dah pernah rasa roti Hokkaido Milk? Rotinya lembut dan gebu, lemak bersusu. Tidak perlu sapuan jem atau lepa kacang, makan kosong begitu sahaja pun boleh habis sekeping dua.
Kalau ingin lebih sedap, boleh cuba cara saya. Kita buat sandwic keju bakar.
Ambil dua keping roti Hokkaido Milk, sapukan kedua-dua belah sisi roti dengan mentega. Masak kedua-dua sisi di atas kuali leper sehingga roti jadi garing sedikit. Setelah itu, satukan roti, letakkan hirisan keju potong dan taburan daun bawang di antara dua roti tersebut.
Biarkan lagi di atas kuali leper dalam beberapa minit supaya kejunya mencair. Agak-agak keju dah cair dan tekstur roti menjadi garing-garing ikut tahap yang kalian suka, bolehlah diangkat rotinya.
Sedap sangat!
Eh, sibuk cerita tentang Hokkaido Milk Bread, lupa pula tentang roti Australian Oat saya. Ini rotinya. Lupa nak ambil gambar tadi. Import gambar dari Sunshine Bakeries jelah.
Australian Oat Soft Grain |
Spanish Caffe Latte HWC Coffee
Khamis, Mei 16, 2024
Penggemar-penggemar kopi, mari merapat! Ada Spanish Latte ni! Spanish Caffe Latte dari HWC Coffee. Tak mahu kopi beli? Nak bancuh kopi sendiri di rumah? Jangan risau, ada resepi Spanish Latte saya sertakan di hujung entri ini.
Jom cerita tentang kopi HWC Coffee ni dahulu!
Satu botol Spanish Caffe Latte |
Sebenarnya, saya belum pernah pergi ke mana-mana cawangan HWC Coffee. Tetapi, sudah beberapa kali berpeluang merasa kopi kedai ni. Tidak ingat pula kopi apa. Si Cekengah yang rajin tapaukan untuk saya. Dia tahu kakaknya hantu kopi. 🤣
Kali ini dia hantar sebotol terus! Spanish Caffe Latte a.k.a. Spanish Latte. Sedap membelai tunas rasa. Kopinya cukup pekat, manis just nice.
Sesuai untuk penggemar kopi manis. Yang suka kopi pahit seperti saya pun boleh enjoy. Yang tidak biasa minum kopi juga boleh turut sama nikmati kerana kopi ini tidak ‘keras’ sangat. 😊
Tiga elemen dalam Spanish Latte - susu pekat, susu dan espresso. Itu yang kopi ini lebih manis berbanding cappuccino atau caffe latte sebab guna susu pekat sekali.
Spanish Latte HWC Coffee, Zus Coffee dan San Francisco Coffee
Biarpun Spanish Latte jarang menjadi pilihan utama saya ketika membeli kopi di luar, sudah beberapa kali jugalah saya minum sebelum ini.
Saya pernah rasa Spanish Latte Zus Coffee, San Francisco Coffee dan kali ini HWC Coffee. Antara ketiga-ketiganya, saya suka HWC Coffee dan San Francisco Coffee.
Spanish Latte Zus Coffee bukan tak sedap… sedap… tetapi agak terlalu manis buat saya. Mungkin sukatan susu pekat yang digunakan lebih banyak berbanding kopi HWC dan San Francisco.
Resepi Spanish Latte
Ingin buat sendiri Spanish Latte di rumah? Jom! Saya kongsikan 2 versi resepi Spanish Latte di sini. Satu menggunakan espresso shot, buat yang ada mesin kopi/espresso. Satu lagi, guna serbuk kopi segera (instant coffee powder).
Resepi Spanish Latte Menggunakan Espresso
- 4 sudu teh (20ml) susu pekat
- 140ml susu segar/susu krim penuh
- Satu espresso shot
Resepi Spanish Latte Menggunakan Instant Coffee Powder
Hot Spanish Latte
- 1 sudu teh serbuk kopi segera + 2 sudu besar air panas
- 2 sudu teh (10ml) susu pekat
- 90ml susu segar atau susu krim penuh
Iced Spanish Latte
- 120ml susu segar atau susu krim penuh
- 2 sudu besar (30ml) susu pekat
- 2 sudu teh serbuk kopi segera
- 60ml air panas
Tali Raya untuk Si Kapok
Jumaat, Mei 03, 2024
Gitar tua saya, Si Kapok, sudah lama tidak bertukar tali. Sibuk sangat dua tiga bulan ini, saya tangguhkan dahulu pembelian tali gitar. Sekarang dah ada waktu lapang, barulah hal ehwal Si Kapok dibenakan.
Beberapa hari lepas buat pembelian tali gitar akustik di Shopee. Alhamdulillah, sudah selamat sampai semalam.
Ernie Ball Earthwood 80/20 Acoustic Guitar Strings Extra Light
Earthwood Acoustic Guitar Strings 80/20 Bronze Aloy |