Pening Main Monopoly Duck

Ahad, Oktober 06, 2024

Monopoly x dUCk | Sewaktu Cekengah datang bawa kotak Monopoly x dUCk di tangan baru-baru ini, saya ketawa gembira + teruja. Rasanya, sudah berpuluh-puluh tahun tidak main board game Monopoly.

Dahulu, masa kecil-kecil, inilah aktiviti kami adik-beradik bersama ibu dan babah di rumah apabila tidak ke mana-mana pada hujung minggu. 

Kolaborasi Monopoly dengan dUCk bukanlah kolaborasi baharu. Tidak silap saya kolaborasi tahun 2021. Bayangkanlah, sudah berapa lama Cekengah miliki game ini, baru sekarang hendak buka dan main. Itu pun sebab dia terjumpa kotak Monopoly ni masa kemas barang-barang di rumahnya. Dia tension dengan kerja, datang cari saya ajak main Monopoly. 🤣


Monopoly x Duck

Sedia untuk bermain. Comel je token (‘buah’ mainan untuk tanda jejak) yang disediakan - ada kamera, beg tangan, itik, gincu… kiut-miut! Papan permainan tu pun cantik. Ungu… warna rasmi dUCk

Malangnya, keterujaan kami berdua cuma seketika. Baik saya mahupun Cekengah, dua-dua sudah tidak ingat peraturan permainan ini. 

Dah tak ingat tu, kami berdua malas baca manual. Saya kalau tengok apa-apa manual, tulisan kecil, ayat berbaris-baris… auto mata jadi mengantuk. Angah pula, baca dua tiga baris tiba-tiba hilang fokus!

Jenuh nak baca manual dari mula sampai habis, kami main redah. Bila stuck, baru gigih rujuk manual. Keliru, tak jumpa apa yang dicari, siap google rules peraturan Monopoly. Pernah dengar orang pening kepala main Monopoly? Kamilah orang tu! 😂

Apa yang pasti, banyak gelak dekah-dekah je sebab main sangkut-sangkut! Masuk penjara gelak, kena bayar sewa gelak, kena gadai tanah gelak… boleh putus urat ketawa sebab asyik gelak.

Chance | Bab kena bayar ni yang perit 🤣

Jika diikutkan, tiada banyak beza Monopoly x dUCk dengan Monopoly biasa. Peraturan permainan tetap sama cuma papan permainan dan content diolah untuk memasukkan elemen-elemen dUCk. 



Community Chest

Permainan tamat setelah Cekengah angkat bendera putih. Dia dah muflis! Habis duit, tanah semua tergadai. Setiap kali baling dadu, mesti masuk property saya yang sudah dinaik taraf (ada  dUCk Boxes dan dUCk Tower), puas dia kena bayar sewa berlipat ganda.

Dalam pada pening-pening kepala main, undeniably, we had so much fun. Seronok juga main board game ni. Hilanglah tekanan Cekengah. Lepas ni boleh selalu ajak dia untuk game night. Main Monopoly. Mungkin kami boleh explore board game lain juga. Ada seorang teman pernah cadangkan game Unlock! Kita kena selesaikan klu dalam escape rooms. Macam menarik!

Kalian ada saranan board game lain?


Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.