Tambah Stok Roti Sourdough

Isnin, Oktober 07, 2024

Saya memang penggemar roti sourdough (sourdough bread). Saya suka teksturnya yang berongga, kenyal-kenyal dengan rasa yang sedikit masam. 

Sabtu lepas ada rezeki tambah stok roti sourdough untuk rumah. Biasanya beli di kedai roti atau kafe sekitar TTDI. Kali ini, beli dari kedai roti di Damansara Kim pula.

Saya beli dua jenis. Country Sourdough…

Country Sourdough

  … dan Cranberry and Walnut Sourdough.

Cranberry and Walnut Sourdough

Cantik kejadian rotinya. Rongga sekata, tekstur belah dalam roti yang ringan, springy, kulit yang crumbly. Roti ni difermentasi dengan sempurna. Lima bintang!

Dari segi rasa, dua-dua sedap. Country Sourdough yang dibakar sedap dinikmati dengan sapuan mentega atau tuna patē. Kalau makan dengan hummus pun asyik. Selalunya, saya suka buat sandwic kacang kuda atau sandwic cendawan menggunakan kepingan sourdough sebegini.

Cranberry and Walnut Sourdough tu pula, makan begitu sahaja pun dah cukup sedap. Rasa cranberry dan hirisan walnut memang ngam! Nak lagi best, sapu dengan jem yang masam-masam sikit.

Macam saya buat di bawah ni.

Roti sourdough bakar dengan jem strawberi.

Lepas ni boleh beli lagi. Saya happy kalau ada stok roti sourdough banyak-banyak. Simpan dalam peti dingin beku supaya tahan lebih lama. Hendak makan, keluarkan beberapa keping, bakar dalam air fryer atau alat pembakar roti.

1 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.