Cendawan Enoki Goreng Rangup

Isnin, Oktober 07, 2024

Cendawan Enoki Goreng | Tengah duduk-duduk, tiba-tiba rasa teringin pula hendak makan cendawan tiram goreng. Dahulu, saya suka sangat beli cendawan tiram goreng di pasar malam. Setiap kali ke pasar malam, mesti akan beli dua tiga cup. Masa tu cendawan goreng ni kira tengah in. Aishhh… lama benar tak makan!

Intai di dalam peti sejuk, tiada cendawan tiram. Hanya ada cendawan enoki. Bolehlah. Enoki pun sedap juga, kan? Jadi, saya goreng cendawan enoki untuk minum petang.

Sedia untuk digoreng jeluk 😊

Tepung saduran untuk cendawan saya guna Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna  Bon Chef, yang Original. Not bad! Sebelum ini, saya pernah guna yang Hot & Spicy (boleh baca mengenainya di sini). Kira kedua-duanya, baik Original mahupun Hot & Spicy sedap! Rangup hasil gorengan.

Inilah cendawan enoki goreng saya!

Cicah dengan sos B.B.Q.

Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, dapat cendawan enoki goreng senang hati. 😊

5 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.