Bendi Goreng Rangup
Selasa, Januari 07, 2025
Bendi Goreng Rangup | Alkisahnya, semasa saya intai peti sejuk barang basah di 99 Speedmart pada minggu lepas, ternampak beberapa pek bendi. Bendinya gemuk-gemuk. Berkenan betul saya. Jarang jumpa bendi sihat semangat begitu!
Tidak fikir panjang, saya ambil sebungkus. Rasanya ada ambil gambar. Malangnya, ketika menulis entri ini, cari punya cari punya cari, tiada pula gambarnya. Mungkin saya tidak sengaja telah terpadam gambar bendi tu dari galeri foto telefon saya.
Ikut perancangan asal, mahu buat masak asam pedas ringkas. Masalahnya, dari hari ke hari, tak siap-siap masak asamnya. Masak menu lainlah… makan luarlah… Cekengah bawa lauk-pauklah.
Ingin cuba resepi mudah asam pedas cara saya, boleh lihat resepinya di sini.
Hendak celur dan cicah dengan sambal belacan, sampai ke sudah tidak nampak bayang sambal belacannya. Berhari-hari jugalah bendi saya tersadai di dalam peti sejuk.
Akhirnya, saya buat bendi goreng. Tiba-tiba teringat akan satu video masakan yang pernah saya lihat di TikTok. Terus terliur saya dibuatnya. Saya kalau bab menyediakan makanan yang sedap dikunyah-kunyah ini memang cepat sahaja. Stok cemilan sambil menonton atau buat kerja.
Inilah bendi goreng rangup saya.
Bendi goreng rangup |