Warna-warna Pastel yang Menggembirakan

Sabtu, Disember 25, 2021

Assalamualaikum. Apakah aktiviti kalian hari ini? Saya sepanjang hari ini di rumah Cekengah. Luangkan masa dengan Cekebon, tadah mulut rasa hidangan-hidangan yang Cekengah masak dan lepak santai di ruang menonton layan cerita-cerita Krismas dekat Netflix.

Cekebon sengal badan. Urutlah badan dan kaki bonda saya ni biar dia rasa selesa sedikit. Selesai mengurut, dapat ‘upah’ aiskrim kon UniCornetto. 

Cornetto Royale Unicornetto 🦄 

Cantiknya rupa paras aiskrim ni! Rasa pun not bad meskipun  bukan dalam kategori flavour aiskrim kegemaran saya. Suka tengok gabungan warna ungu dan biru pastel yang lembut. Selama ini nampak melalui iklan, tak terlintas pun hendak beli. Alang-alang dah ada di depan mata, saya ambil masa sekejap belek aiskrim sebelum masuk ke mulut. Bukan main fancy lagi aiskrim zaman sekarang!


Hari yang diserikan dengan warna-warna pastel tidak berakhir di situ. Apabila Cekengah hulurkan sebuah kotak sederhana besar, saya senyum sampai ke telinga melihat isi di dalamnya.

Satu set snek Kintry untuk dinikmati, dikunyah-kunyah sambil menonton televisyen.


Teruja saya meneliti setiap bungkusan snek di atas. Cantik-cantik dan menarik! Warna pastel lagi. 😊 Semua ni a feast to the eyes. Makanan cantik tarik perhatian mata dahulu. Dari mata pasti terpancing hati untuk merasa. Sedap ke tidak snek Kintry ni saya kongsi lain kali ya.


Semoga hari kalian baik-baik sahaja. Selamat menyambung rehat hujung minggu!

8 ulasan

  1. Saya pun suka makan aiskrim Unicorn. Since baca ni dah malam, have a great week ahead

    BalasPadam
  2. Warna-warna pastel memang menarik. Auto suka bila tengok tengok warna pastel sampai rambang mata nak pilih mana satu. Aiskrim tu cantik elok tersusun kombinasi warna pastel. Patutlah budak budak suka unicorn, salah satu sebabnya adalah warna warna pastel.

    BalasPadam
  3. Sebelum makan tenung dulu warna warnanya. Indah.

    BalasPadam
  4. sedap....ice cream unicorn tu and .. nice colro packaging kudap2 tu...mesti dap gak tu.

    BalasPadam
  5. Sedap aiskrim ni. Tapi encik suami tak suka.
    Katanya macam makan chewing gum.Ha3 😂.

    BalasPadam
  6. Dulu masa kecik suka beli paddle pop yg rainbow tu.. Lebih kurang gini warnanya cuma bentuk dulu basic popsicle sgt... Takdelah gah cam sekaranf

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.