Amalan Agar Dipermudah Urusan Dunia dan Akhirat

Sabtu, Disember 25, 2021

Assalamualaikum. 

Ayat ke 129, Surah At-Taubah ini seeloknya dibaca pada pada pagi dan petang sebanyak 7 kali semoga beroleh kemudahan dalam menjalani urusan kehidupan dunia dan akhirat.


Terjemahan: 'Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepada-NYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung'.


Dari Abi Darda' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca 'Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim' setiap hari pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah s.w.t. akan menolong kepentingannya sama ada masalah dunia atau akhirat.

(HR Ibn as-Sunni dan Ibn 'Asakir dan Abu Daud)

Marilah sama-sama kita amalkan.


Sekarang ini, sesetengah negeri masih lagi mengalami banjir yang teruk.  Bagi mangsa banjir yang sudah kembali ke rumah masing-masing, selamat mengemas. Moga segala urusan kalian dilapangkan dan dipermudah.

Cuaca masih sukar diramal. Jadi, jaga diri baik-baik dan sentiasalah berjaga-jaga. Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua.




5 ulasan

  1. semoga segala urusan mangsa banjir dipermudahkan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Terima kasih untuk perkongsian ini Kak Farah..

    BalasPadam
  3. Aamiin. Di mana sahaja kita berada semoga setiap urusan Allah permudahkan. Aamiin.

    BalasPadam
  4. Aaaminnn...
    Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka dan berikan kekuatan kepada mereka.
    Terima kasih share.

    BalasPadam
  5. aamiin... semoga dipermudahkan urusan mereka..sedih sgt tgk kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.