Pelekat Cantik dan Murah untuk Hias Planner

Selasa, Disember 28, 2021

Assalamualaikum. 

Semasa jualan 12.12 yang lalu, sempat juga saya cari tawaran-tawaran menarik untuk peralatan kraf, pelekat dan kertas bercorak. Antara pembelian berbaloi saya ialah pelekat-pelekat di bawah.

Pelekat cantik untuk hias planner.

5 kotak mini berisi pelekat yang cantik-cantik. Bersedia untuk memeriahkan planner dan jurnal saya tahun hadapan.  Tidak silap saya, setelah tolak baucar dan guna coins, harga satu kotak jatuh sekitar RM1.20 sahaja. Murah berbaloi-baloi!

Cantik tak? Setiap kotak mengandungi 44 - 46 keping pelekat, dua keping untuk setiap design. Beraneka tema - travel, inspiring quotes, rama-rama … yang paling saya suka tentulah kopi!

Planner 2022 saya ditaja oleh Mummy Ayu. Baca lebih lanjut di sini. Sudah sedia cantik. Tidak perlu hias sangat. Jadi, pelekat-pelekat di atas lebih kepada untuk hias junk journal, art journal dan commonplace book saya.



Nanti, ada pelekat lagi!

Love and random quotes stickers


Dua set pelekat di atas, beli di kedai lain. Saiznya lebih besar berbanding pelekat-pelekat di dalam kotak tu. Satu tema love manakala satu lagi random quotes. Setiap pek ada 50 keping pelekat, cuma berharga RM2.50. Murah! 😊


Kesemua pelekat ini saya beli di Lazada. Jika di Lazada, saya tiada kedai khusus. Main cari ikut mana cantik dan murah sahaja. Kebanyakannya beli terus dari China. 

Dah lama juga saya tidak memborong barang dan peralatan kraf di Shopee sebenarnya sebab sibuk hendak habiskan baucar Lazada. Jika di Shopee, saya suka PeppermintZakka. Kedai tempatan, banyak pilihan, servis tip top dan barang memang cepat sampai. Saya selalu sarankan kawan-kawan yang berminat untuk dapatkan aksesori jurnal juga alat tulis cantik di kedai ini.

Kalian pula bagaimana? Sudah miliki jurnal atau planner 2022? Sudah ada idea untuk hias dengan konsep apa? 

7 ulasan

  1. Meriahlah nanti planner/jurnal Farrah ye :)
    Akk dapat calendar kuda 2022 satu, cukuplah haha...

    BalasPadam
  2. wah..semua comel2..nak try jengah jugak la...mesti lagi meriah planner tu nanti...

    BalasPadam
  3. suka tengok sni... macam-macam aksesori dia beli...
    pastu kreatif plak menghias tu :D

    BalasPadam
  4. Ammi tak pernah pandai pakai sticker 2 gini

    BalasPadam
  5. Comel comel stickernya. kadang sayang nak guna kak Farrah. Dok simpan je. hehe..planner 2022 ready dah. Dapat free sticker jugak. Belum ada masa nak ambil gambar dan update lagi.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.