Senyum Lebar Terima Hadiah Mummy Ayu’s Birthday Giveaway

Jumaat, November 26, 2021

Assalamualaikum. Makin hari makin tenggelam timbul saya di blog ini. Ada ni haaa… baru hendak panas enjin balik. 

Okey, jom buka cerita best! Sebelum basi, baiklah tulis dan simpan memori di sini. Petang Jumaat lepas sebelum saya bertolak balik kampung, ada adik Ninja datang hantar barang. Tertanya-tanya juga sebab saya tidak beli apa-apa sepanjang minggu dan tidak jangka untuk terima sebarang bungkusan.

Sebaik sahaja tengok butiran bungkusan dari mana, sel-sel otak terus berhubung dan buat saya senyum lebar. Yeayyy! Hadiah giveaway daripada Mummy Ayu! Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Mummy Ayu’s Birthday Giveaway yang diadakan sekitar awal bulan dahulu. 

Ini memang sesuatu yang saya tunggu-tunggu. Sebab apa? Hadiahnya benda yang saya suka - Planner! Tahu sahajalah, saya kalau bab-bab planner, jurnal, buku catatan, buku nota ni memang tidak akan pernah cukup. 

🥰

Sudah terbayang-bayang planner cantik yang saya menangi berada di dalam bungkusan. Tetapi, disebabkan saya sudah hendak bertolak ketika itu, saya tinggalkan di rumah dahulu. 

Semalam baru berkesempatan duduk santai, buka bungkusan dan belek-belek hadiah yang telah saya terima. Tadaaa!

Planner Ana 2022 - Modesty

Sempat lompat bintang beberapa kali. Cantik kan hadiah saya?

Sebuah Planner 2022 keluaran Planner Ana. Sewaktu hantar butiran untuk tujuan pengeposan, Mummy Ayu beri gambar untuk pilih planner mana yang saya mahu. Entah mengapa, memang berkenan dengan yang merah jambu ini (Modesty) sejak awal. Yang Mummy Ayu gunakan untuk banner GA tu. 

Planner 2022 tersebut lengkap dengan buku catatan khas untuk Ramadan, sekeping planner spread 2022, penanda buku dan pelekat kecil untuk hias planner. Paling seronok,  selain dapat planner, saya juga terima sebuah cenderahati berkait yang sangat cantik! Ini istimewa tau sebab ibu Mummy Ayu sendiri yang kait. Saya suka benda-benda comel begini untuk gantung pada beg.

Terima kasih banyak-banyak, Mummy Ayu! Saya suka dan hargai setiap satu. Hari ini sengih lebar sebab untuk 2022, planner saya dah ready!

Saya doakan Ayu sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan dipermudah segala urusan dunia akhirat. Ada rezeki, insya-Allah nanti saya belanja kopi secawan ya. 

Bagi yang belum mengenali Mummy Ayu, jemputlah terjah blog Mummy Ayu - Life is Beautiful sekarang. Jangan lupa follow sekali tau.

20 ulasan

  1. Cantiknya planner tu datang bersama geng comel comel sekali tu.
    Alhamdulillah...happy dapat hadiah. Tahniah Kak Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang happy bebenor, Fiza. Nampak planner pink ni teringat Fiza sekali :)

      Padam
    2. auwww..sweetnya kak. Terima kasih ingatkan saya :)

      Padam
  2. bestnya dapat hadiah planner. tahniah :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, sampai dah & glad u love it!!!

    BalasPadam
  4. Cantik hadiahnya. Kalau Kak Amie dapat hadiah pun memang happy sangat. Rasa nak terbang ke langit melepasi bintang. Tahniah Farrah. Moga persahabatan maya terus berkekalan.

    BalasPadam
  5. Tahniah! Moga murah rezeki Mummy Ayu selalu, untuk Farah juga!

    BalasPadam
  6. Tahniah kak Farrah. Dah dekat nak masuk 2022, saya takde planner lagi. Bolehlah survey Planner Ana ni di Shopee

    BalasPadam
  7. alhamdulillah.. rezeki kakfarah..
    bestnya dpt planner cantik.. =)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...aaaminnnn untuk doanya

    BalasPadam
  9. Sesuai hadiah ini dengan Puan Farrah.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah rezeki, sweet hadiahnya, suka gambar depan tu. Tahniah Farrah.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Tahniah kak Farah.. Cantik plannernya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.