Pagi Rabu untuk Ain

Rabu, November 24, 2021

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Dua tiga menjak ni tower saya sunyi sepi sebab saya balik kampung. Lama dah tidak pulang ke kampung arwah Babah. Setelah tu sambung cuti-cuti. 

Habis cuti, sambung pula dengan temujanji pemeriksaan kesihatan. Umur dah banyak, kenalah sedar diri. Minggu ini penuh dengan ujian ini ujian itu. Periksalah apa yang boleh diperiksa. 😊 


Pagi Rabu di klinik oftalmologi. Luangkan masa untuk periksa mata. Lambat sedikit temujanji saya kali ini. Pesakit pun boleh tahan ramai.

Menaip dengan keadaan tergesa-gesa ni sebab kedua-dua belah mata baru sahaja dititis dengan ubat titis untuk dilate urat mata sebelum doktor ‘teropong’. Kejap lagi urat mata dah kembang terus kabur tak nampak. 

Okey, jumpa nanti. Selamat menikmati pertengahan minggu!


7 ulasan

  1. moga semua result yg baik2 saja..aamiin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Setakat ini semua okey. Thanks, Mummy Ayu! :)

      Padam
  2. Semoga ain Kak Farrah tiada apa yang serius.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya, Fiza. Alhamdulillah, semua okey. Cuma setahun sekali kena periksa sebab dulu pernah kemalangan kecil. Bimbang ada kesan jangka panjang.

      Padam
  3. Sesekali mata dimanja-manja dibelai-belai apa salahnya ye

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.