Beli Udon dapat Pan Mee

Selasa, November 30, 2021

Jualan 11.11 yang lalu saya banyak beli barang dapur dan keperluan rumah untuk stok. Memang kebanyakan barang sudah masuk shopping cart siap-siap. Apabila ada flash sale, potongan harga atau tawaran yang berbaloi, barulah selesaikan pembelian, manfaatkan mana-mana baucar-baucar yang ada.

Dua pek Vit’s Japanese Udon Noodles ini saya beli bersama beberapa produk Vit’s yang lain - Vit’s Air Dried Broad Noodles, Japanese Ramen Noodles dan Italian Mi Goreng Bolognese Pack. Tidak silap saya semua pek ini ada diskaun semasa jualan sebelas sebelas. Mi udon tu sepek RM4.33. Biasanya RM4.90 dan kalau di pasar raya boleh cecah sehingga RM5.++. Itu sebab saya lebih suka beli secara dalam talian di kedai rasmi VitsNoodles di Lazada. Lagipun, pembungkusan barang mereka tiptop. Kalau beli mi kering tu, alhamdulillah setakat ini sampai dalam keadaan sempurna. Tidaklah bersepai-sepai.

Apa yang lebih best, kali ni beli mi udon, dapat pan mee sekali. Di dalam setiap bungkus mi udon, ada satu pek pan mee 150g percuma. Punyalah happy! 😁

Produk mi udon dan ramen keluaran Vit’s memang biasa jadi pilihan saya sebab rendah kalori. Tambahan pula, mi dipek secara pembungkusan vakum. Tahan lama dan boleh disimpan di suhu bilik. Satu  bungkus mi udon ada 3 pek. Mudahlah apabila hendak masak, ambil sahaja ikut berapa pek yang diperlukan. 

Sebelum ini saya tak pernah tergerak hati untuk beli pan mee. Dapat pek percuma, bolehlah cuba masak pan mee pula. Apabila dipandang secara kasar, macam tiada beza sangat antara kedua-duanya. Pan mee lebih lebar, udon lebih tebal.

Sebelah kiri pan mee, kanan mi udon.

Siapa-siapa yang biasa masak pan mee, ada cadangan tak hendak sediakan hidangan apa yang sedap dengan mi ini?

Jumpa lagi nanti. Insya-Allah, perlahan-lahan saya datang ziarah dan balas kunjungan kalian ya.

9 ulasan

  1. pan mee ni mcm masak sup2 kan haha...
    jarang cuba makan...

    BalasPadam
  2. Pan Mee tak pernah masak sendiri..makan kalau kat foodcourt je.
    Udon ammi suka fry with black pepper

    BalasPadam
  3. Betul tidak nampak beza.
    Aduh tiada cadangan sebab tidak pernah makan pula. Hehe.

    BalasPadam
  4. Untung tu dapat pan mee percuma, bole cuba masak sup-sup atau char kuew teow, .. Bagus barang sampai elok tak bersepai-sepai hehe..

    BalasPadam
  5. Tak pernah beli lagi dua benda ni. Selalu beli megi je.

    BalasPadam
  6. masak tak pernah, tapi pernah makan pan mee dekat ah cheng laksa. Tu sedap

    BalasPadam
  7. Ala.. Sha tak pernah masak pan mee.. menariklah bentuk mee dia..

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi beli dan cuba udon instant ni atau jenama vit's. Tak tahu nak cadangkan apa kak farrah. Saya pun rajin add to cart dulu. Sampai masa ada sale ke potongan harga baru membeli :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.