31 Hari Tanpa Hari Buruk

Rabu, Disember 01, 2021

Assalamualaikum. Salam 1 Disember! 2021 cuma berbaki 31 hari sahaja lagi. Teruja tak? Saya lebih kepada berbaur, bercampur aduk. Tidak tahu hendak jangkakan apa. Dengan perkembangan terkini Covid-19 yang 'diancam' kehadiran Omicron, dengan harga barang-barang naik ... kita tunggu dan lihat dengan sabar jelah ya. Apa yang penting, kita jangan alpa. Terus bersikap positif, terus jaga diri, terus patuh SOP.

Selamat menempuh bab akhir untuk ceritera 2021 kita. Semoga 31 hari yang bakal kita lalui baik-baik belaka. 31 hari tanpa hari buruk! Aamiinn.



Azam 2021 kalian bagaimana? Berjaya capai apa yang diingini? Atau ada yang kena bawa ke tahun hadapan? Mungkin ada satu dua yang masih sempat lagi dicapai. Mari kita sama-sama usahakan. 


9 ulasan

  1. kan..kejab je dah hujung tahun..aamiin, moga yg baik2 saja hendaknya..in sya Allah

    BalasPadam
  2. Kejap je dah sampai Disember..
    Sejak pandemik rasa macam masa sangat cepat berlalu :(
    Mudah-mudahan yang baik2 saja utk kita semua.

    BalasPadam
  3. semoga hari yang berlalu ini ada hikmah nya.

    btw, jemputlah join giveaway kita.

    BalasPadam
  4. saya still berusaha nak menghadam tahun 2020. know know je dah 2022. Adeh

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Dah masuk disember..
    Sha lebih risaukan persekolahan anak-anak ini.. Harapnya tahun depan lebih baik..

    BalasPadam
  6. Aaminnnn..
    Azam 2021 mcm xde je yg spesifik. Semua jenis azam adhoc.. Azam minggu ni minggu depan buat.

    BalasPadam
  7. Berdebar debar jugak dengar berita baru ni nak menempuh bulan disember. Semua harga barang naik dengan omicron lagi. Adeh, terus pening dibuatnya.

    BalasPadam
  8. Semoga pengakhiran tahun yg baik2 utk kita semua :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.