Petang semalam, sewaktu semak senarai transaksi akaun bank (hujung bulan kenalah kaji mana duit pergi hahaha) baru saya perasan ada satu transaksi yang melibatkan pembayaran Wang Tak Dituntut (WTD). Awal bulan sepuluh yang lalu, saya memang ada buat permohonan tuntutan untuk wang tak dituntut. Sudah masuk rupanya duit tu.
Dahulu, semasa orang kecoh-kecoh pergi Jabatan Akauntan Negara untuk semak andai ada WTD, saya tak ambil peduli. Tak sanggup hendak bersesak-sesak untuk sesuatu yang belum tentu ada.
Baru-baru ini, seorang teman beritahu saya yang tuntutan WTD boleh dibuat sepenuhnya secara atas talian. Saya pun cubalah. Tak sangka, amaun WTD saya turut bertambah dari kali terakhir saya periksa. WTD ni dikemas kini saban tahun, jadi rajin-rajinlah periksa ya. Mungkin dahulu tiada, tahun ini ada. Mungkin dahulu ada sedikit, tahun ini ada tambahan baki duit terselit di mana-mana.
Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)
- Pergi ke Laman Web eGUMIS - Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Klik di sini.
- Daftar sebagai pengguna jika masih belum mempunyai akaun. Jika sudah miliki akaun, log masuk menggunakan kata laluan.
- Setelah berjaya log masuk, tekan pada 'KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT'. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Kita hanya boleh buat sehingga 2 carian sahaja satu hari. Sekiranya ada rekod WTD, skrin seterusnya akan paparkan jumlah wang dan dari mana wang tersebut diperoleh.
- Bil - Bilangan rekod WTD atas nama empunya. Jika ada 1, 1 sahajalah paparan rekodnya. Jika ada lebih, akan disenaraikan satu per satu.
- Nama Empunya
- No. Pengenalan
- Nombor Rujukan
- Jenis WTD (dari mana kita peroleh WTD. Misalnya baki Akaun Simpanan, Dividen dan Pulangan Modal, Legasi dll)
- Tahun Kewangan
- Nama Entiti - Institusi yang berkaitan (Bank/Syarikat)
- Amaun (RM)
Cara Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Dalam Talian
- Dari skrin yang menunjukkan rekod WTD kita tadi, klik pada kotak kecil di tepi senarai WTD yang ingin dituntut dan tekan butang 'Teruskan dengan Permohonan'.
- Kemudian, klik 'Tambah Penerima'. Lengkapkanlah butiran-butiran yang diminta seperti maklumat pemohon dan butiran perbankan. Tekan 'Simpan'.
- Sudah sampai peringkat ini, saya tidak berapa ingat sama ada perlu tandakan kotak pengakuan bersetuju dengan terma dan syarat dahulu ataupun muat naik dokumen dahulu. Jangan bimbang, prosesnya jelas. Ikut sahaja arahan yang tertera. Kita akan perlu muat naik dokumen-dokumen tertentu. Perhatikan betul-betul dokumen apa yang diminta (ditandakan sebagai mandatori). Bagi pemohonan individu, kena sediakan salinan kad pengenalan diri dan salinan penyata akaun bank (untuk dimasukkan duit yang dituntut).
- Lengkapkan permohonan dengan tekan butang 'Hantar' diikuti dengan 'Ya.'
pernah dengar pasal WTD ni dari kawan.tapi tak tahu siapa jer yang boleh mohon WTD ni.
BalasPadamCubalah periksa Syu. Mana tahu ada baki wang dari akaun simpanan dahulu ke...
Padamoh..WTD ni saya dah tuntut tahun lepas. masa tu buka kaunter di menara maybank. demi duit sanggup ye pergi siapkan semua dokumen dan hantar. Alhamdulillah kak Farrah dah dapat duit. saya selamat belanja dah. hehe
BalasPadamHahaha demi duit kena gigih! Alhamdulillah, dapatlah duit buat tambah-tambah belanja.
Padamkan. duit kita tu. rezeki jangan ditolak
PadamWTD ni x tau la ada ke x..macam x ingat..nanti nak check la...
BalasPadamCuba check, kak. Mana tahu ada rezeki :)
PadamMudah bila dah boleh buat tuntutan atas talian ini tapi tu lah untuk orang yang dah meninggal je Sha tak jumpa cara lagi macam mana nak tuntut.. huhuhu..
BalasPadamSebagai waris memang agak complicated sedikit nak memohon, Sha. Banyak dokumen sokongan yang diperlukan selain sijil kematian, surat kuasa/tadbir...
PadamCheck haritu lepas arwah mama meninggal.. Ada less than 20 je dlm tu. Biar jelah dulu kan
BalasPadamBetul. Biar dulu. Mana tahu ada baki wang lain yang dikemas kini tahun akan datang.
Padampernah tuntut jgk.... haha nk check lagi ar kot ada lagi yg tertgl wkakaka
BalasPadamSilakan...check jangan tak check :)
PadamSenang boleh buat online je. Lama tak lama jugaklah 2 minggu tu. Alhamdulillah ada jugak jumlahnya boleh buat tambah tambah duit belanja.
BalasPadamItulah... senang juga apabila semua proses boleh dibuat secara online. Proses menunggu tu pejam matalah kan... janji tak perlu keluar ke sana. Alhamdulillah, adalah sikit RM buat tambah-tambah belanja :)
PadamBoleh check juga ni . Mana tahu ada rezeki terselit
BalasPadamMana tahu kan...
PadamAlhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ni, nak cuba juga, inshaAllah ada rezeki. Moga Farrah dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt. Aameen.
BalasPadamSelamat mencuba, babYpose. Mudah-mudahan ada WTD yang boleh dituntut. Terima kasih atas doanya. Aaamiin. Moga doa yang sama berbalik pada babYpose dan keluarga juga.
Padamboleh try check lepas ni mana tau ada terselit sikit duit belanja..hehe
BalasPadamKan.. kan... ada terselit tu rezeki tu buat tambah-tambah duit belanja :)
PadamDah fully online ye?
BalasPadamBoleh cuba cek lepas ni, manalah tahu ada rezeki kan :)
Dah, Puan Hazel. Bolehlah cuba tengok :)
Padamada jg WTD, bagus, boleh tuntut online..nak try jg..thanks Farrah..
BalasPadamSama-sama, sis nohas. Selamat mencuba :)
Padamalhamdulillah
BalasPadam