Candra Ancala Sujana dalam Satu Nafas

Khamis, Disember 02, 2021

Kord Gitar Hitam Saksi Putih - Haqiem Rusli | Kalau jumpa orang sibuk guna rancak, rancak berdosa ... kalian tahulah dari mana punca pengaruhnya. Sampaikan Viu pun guna tagline ‘Semuanya Rancak’.

Tetapi, kalau tiba-tiba kalian dengar anak remaja terutamanya gadis-gadis sunti guna candra, ancala dan sujana ... dapat agak tak dari mana? Hahaha jangan terkejut. Siapa yang guna istilah-istilah ini dalam masa terdekat, sahih peminat setia Haqiem Rusli (Qiemillio). 😎

Saya singgah ke rumah seorang kenalan baru-baru ini sebab dia buat kenduri tetapi saya tidak dapat hadir. Ditegur oleh anak gadis remajanya, N yang dahulu pernah jadi anak murid kelas tuisyen saya. Bukan main rancak lagi dia berbual, bercerita itu ini. Saya perasan dalam keterujaan N mengkhabarkan perkembangan dirinya kepada saya, dia menggunakan tiga perkataan yang jarang kita dengar - candra, ancala dan sujana. Practically, dia seolah-olah tuturkan tiga perkataan ini dalam satu nafas! 😅

Candra bertemankan anjala 😎 (Photo by Pixabay from Pexels)

Terus spontan saya tanya, "N ni Qiemillio ke?" Tersipu-sipulah N. Belum sempat buka mulut untuk menambah, suara  bebelan emaknya turut jadi latar perbualan kami. Tak larat nak dengar si anak asyik guna sujana tingkahmu... sujana tingkahmu.

Sebenarnya, candra, ancala dan sujana ini merupakan antara perkataan yang terkandung dalam lirik lagu Haqiem Rusli yang terbaharu, Hitam Saksi Putih. Saya pun pelik apabila tiga perkataan ini jadi popular dan kerap meniti di bibir beberapa pelajar saya. Penangan Haqiem Rusli rupa-rupanya.

Saya cuma senyum pandang N. Dia nilah yang dahulu liat hendak guna 'kendatipun' (walaupun) dalam karangan meskipun telah berkali-kali saya sarankan. Alih-alih, apabila sang idola guna perkataan asing dalam lagu, berterabur perkataan tu keluar dari mulut! Tak kena tempat pun dia redah je!


Okey, sekadar buat tambah-tambah ilmu:

  • candra - bulan atau sinar (Sanskrit)
  • ancala - gunung
  • sujana - orang yang baik budi

 

Kord lagu Hitam Saksi Putih ini pula, original chords ambil di Chordify. 


Kord Gitar dan Lirik Lagu Hitam Saksi Putih - Haqiem Rusli

[Intro]

Am D G E


Am     

Candra malam ini

B           

saat dikau memutihkan

Em

kehitaman ini 

E

saksi...


Am

Catitan nurani

B7

akan bersiulan  

Em

di suatu hari nanti

E

saksi... 


Am        

Kau akan tersenyum

  

ku juga begitu. 


[Chorus]

Am             D        B7

Malam malam yang terlihat

E  

saat engkau bersamaku

Am           D       Bm

norma hati yang menyinar 

E

menyuluh halaman kita.


 Am        

Kau akan tersenyum

   

ku juga begitu. 


Am 

Ancala yang dingin

B7

lekas kita pulang

Em

takut nanti merbahaya

E

saksi... 


Am

Titipkan resahmu

B7

ku ada disini akan 

Em

mendengar kisahmu

E

saksi... 


Am           D 

Kau akan tersenyum


[Chorus]

Am             D        B7

Malam malam yang terlihat

E  

saat engkau bersamaku

Am           D       Bm

norma hati yang menyinar 

E

menyuluh halaman kita.



 Am           C 

Kau akan tersenyum


C D B7 Em -D

Hooo ... ohhh ...

C B7 Em D 


Am           D 

Kau akan tersenyum  uh huuu



Bm             E        

Malam malam yang terlihat

C#             F# 

saat engkau bersamaku

Bm           E       

norma hati yang menyinar 

C#m          F#

menyuluh halaman kita


D            E

dihias senyuman

 A

sujana tingkahmu.



13 ulasan

  1. haha macam tu la pengaruh artis, senang je masuk dalam kepala tu. Bagus lah Haqiem Rusli ajar bahasa melayu klasik untuk generasi baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye... memang terus terang hati hahaha. Lepas ni HR boleh jadi cikgu BM :D

      Padam
  2. ok nmpk sgt kita ni dah tua hahaha...
    ini first time dgr perkataan ni...
    so far bdk2 kat rumah blm lagi terguna perkataan2 ni..
    kena tgu abam abin blk, kot la kat sek dia dah viral perkataan ni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang kalau dengar budak-budak ni bercakap kan...kadang-kadang rasa macam dalam planet lain. Don't worry, kak. 3 perkataan tu peminat tegar HR je yang guna :)

      Padam
  3. kak Farrah kira bagus la, bergaul dengan orang-orang muda so update jugak. saya yang di sana rancak, di sana rancak tu pun saya baru tau last week. haha. the downside of tak aktif socmed

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tak ada klu pasal rancak-rancak tu, Sal. Blur gak orang sibuk rancak sana rancak sini. Samalah kita. Akak jenguk socmed sekali sekali je... tapi bila mengajar budak2 ni jadi panas telinga gak dengar benda pelik2. Jenuhlah lepas tu trace balik dari mana benda tu tercetus :D

      Padam
  4. Cekap Farrah, baru juga ternampak perkataan rancak diguna berleluasa hehe, kadang tu berirama, bergema,getar dari penyanyi rap inggeris, vibes,rhythm, lively tu rancak.. Purnama sanskrit? Hehe melarat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berleluasa rancak tu sampai rimas pula saya mendengarnya heheheh

      Padam
  5. baru tau dua perkara yg viral ni...haha..sedap bahasa Sanskrit ni..klasik sungguh..

    BalasPadam
  6. Ccl pun baru tahu maksud disebalik perkataan berikut

    BalasPadam
  7. Patutlah saya tak tahu bukan Qiemillio. Lagu tu pernah dengar sekali dua. Jadi tak familiar dengan lirik lagu tu.
    Menarik juga perkataan asing ni. Boleh gunapakai.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.