Ahad, November 15, 2020

Resepi Asam Pedas Mudah

Bayangkan, semasa perut tengah lapar kita disajikan dengan hidangan asam pedas berkuah pekat dengan nasi panas. Fuhhh, terliur tak? Tidak kiralah protein apa yang digunakan, daging, ikan atau ayam, janji ada bendi dan daun kesum secukupnya!


Sayalah orangnya yang suka masakan asam pedas, yang akan enjoy banjirkan nasi dengan kuah, ratah potongan bendi puas-puas. In fact, di rumah ini, jika buat lauk asam pedas, tidak perlu letak protein banyak pun. Yang penting kuah kena banyak, bendi dan daun kesum kena extra! Apabila bendi empuk tu dikunyah, kuah asam yang meresap dalam bendi meletus di mulut, nikmatnya!


Di bawah ini ialah panduan resepi asam pedas paling senang yang biasa digunakan di rumah. Walaupun saya ini asal dari Melaka, bab asam pedas saya pilih versi termudah. Ini kira resepi asas ya. Jangan pula dibandingkan dengan resepi asam pedas autentik dari Johor atau Melaka. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tidak pakai rempah tambahan lain seperti halba semua tu.



Hidangan asam pedas kegemaran. Tak perlu lauk lain dah! Hadap yang ini sahaja 😊



Rupa paras dalam periuk. Bendi dan daun kesum semewahnya. OK, jom tengok resepi!


Resepi Asam Pedas Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 20 batang cili kering 
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • belacan lebih kurang sebesar ibu jari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 500g ikan atau ayam
  • 10 - 15 batang bendi
  • 2 biji tomato di belah empat
  • 5 tangkai daun kesum
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak masak untuk menumis
  • air secukupnya untuk kuah
  • garam secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, belacan dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan air dan air asam jawa. Banyak mana asam jawa, bergantung kepada kalian, nak tahap masam yang bagaimana. Biasanya, Bott kalau buat dia akan agak-agak dulu, then jika perlu akan ditambah lagi sehingga capai kemasaman menepati selera. Biar seketika sehingga kuah mendidih.
  4. Seterusnya, masukkan bendi, daun kesum, ayam atau ikan. Perasakan dengan garam. Bagi yang suka guna serbuk perasa, letaklah serbu perasa.  Agak-agak ikan atau ayam sudah hendak masak, masukkan pula belahan tomato.
  5. Sedia untuk dinikmati. 

Mudah sahaja, bukan? Selamat mencuba!

13 ulasan:

  1. Oh ada guna belacan. Kitorang tidak guna.
    Memang suka ada bendi daripada terung dalam asam pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama. Kurang guna terung utk asam pedas :)

      Padam
  2. Menu wajib setiap minggu. Hehe. Kuah tu kalau xhabis esok pagi buat sarapan cecah roti telur. Sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh, memang nikmat cecah kuah asam dengan roti dan lempeng!

      Padam
  3. sy mmg suka asam pedas banjir... nak pula ikan pari perghhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom dating mkn asam pedas ikan pari cicah judu ngan roti canai woooooooooooooooooo

      Padam
  4. Saya suka asam pedas ikan kembung. Extra bendi sebab suka ratah bendi. Kalau ikan pari tak makan. huhu
    Tapi tak pandai masak asam pedas. failed. Rasa tak sama seperti yang diinginkan. huhu..kot lah cuba resipi kak farrah ni menjadi pulak kan.

    BalasPadam
  5. berhantu menu ni dan ramai yang suka. cuma saya bukan antara yang gemar asam pedas. i dont know how to enjoy asam pedas macam orang lain.. kawan ada kata macam kimchi jigae tapi tahlaa kenot go. cuma kalo itu hidangan yang ada saya makan ja.. hehe..

    BalasPadam
  6. Saya suka bubuh halba. Tapi belacan no no sebab hidung tak tahan. Bab bendi tu wajib. #TeamBendi

    BalasPadam
  7. Ahh terliurnya tengok :) Lama tak makan asam pedas. Kalau dkt rumah ni lebih suka makan pedas pedas mcm sambal. Huu.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.