Taucu Ikan Bilis Kulit Tembikai
Selasa, Mei 14, 2024
Assalamualaaikum.
Sekarang ini, kami di rumah kerap beli buah tembikai. Maklum sahajalah, musim cuaca panas membahang, memang ideal sangat kalau potongan buah tembikai dingin masuk ke tekak. Menyegarkan!
Sudah ada tembikai tu, mestilah ada kulitnya, kan? Alang-alang, saya simpan sedikit untuk dibuat lauk. Jika sebelum ini saya pernah kongsi resepi Kerabu Kulit Tembikai dan Gulai Lemak Tempe Kulit Tembikai, hari ini saya kongsikan pula resepi masakan taucu ikan bilis dengan kulit tembikai.
Inilah lauk taucu ikan bilis saya.
| Taucu Ikan Bilis dengan Kulit Tembikai |
Ikan Pekasam Kicap untuk Mulut Payau
Khamis, November 03, 2022
Resepi Bubur Ayam ala McD di sini.
| Ikan pekasam kicap asam limau |
Sambal Sardin | Sardin Gulung
Sabtu, September 11, 2021
Baru-baru ini, seorang kenalan saya telah bermurah hati hantar sebekas penuh ikan sardin berkuah tomato yang dia buat sendiri menggunakan pressure cooker. Punyalah saya dan Bott gembira. Kami berdua ni pantang jumpa sardin. Tetapi, tak adalah diikutkan sangat rasa suka tu. Makanan dalam tin, kan ... jarang masuk menu. Sekali-sekala, apabila teringin baru beli barang setin dua.
Dah dapat versi homemade, mulalah laju fikir hendak masak apa. Pilihan pertama, tentunya sambal sardin dan kentang.
| Sambal Sardin dan Kentang |
Ikan Pekasam Hulu Perak Sedap dan Berbaloi
Ahad, Julai 18, 2021
Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.
Hari ini saya mulakan hari dengan senyum lebar sedikit. Dah digugurkan dari PKPD di Selangor. Jadi, sekarang balik semula ke fasa PKP. Syukur. Mudah-mudahan keadaan bertambah baik. Apa yang penting, kita tetap kena terus jaga diri baik-baik. Lagi-lagi adanya varian Delta yang kian mengganas dengan kadar jangkitan lebih tinggi. Jangan keluar rumah jalan-jalan sana sini melainkan jika ada urusan penting.
Sepanjang tempoh PKPD baru-baru ini, Bott yang akan keluar beli barang-barang keperluan dapur di kedai runcit berdekatan. Saya in charge beli barang online. Kelmarin, balik dari beli barang runcit, Bott hulurkan satu bungkusan kepada saya. Satu pek ikan pekasam.
Resepi Acar Buah Ikan Masin
Jumaat, Mei 07, 2021
Resepi Asam Pedas Mudah
Ahad, November 15, 2020
Bayangkan, semasa perut tengah lapar kita disajikan dengan hidangan asam pedas berkuah pekat dengan nasi panas. Fuhhh, terliur tak? Tidak kiralah protein apa yang digunakan, daging, ikan atau ayam, janji ada bendi dan daun kesum secukupnya!
Sayalah orangnya yang suka masakan asam pedas, yang akan enjoy banjirkan nasi dengan kuah, ratah potongan bendi puas-puas. In fact, di rumah ini, jika buat lauk asam pedas, tidak perlu letak protein banyak pun. Yang penting kuah kena banyak, bendi dan daun kesum kena extra! Apabila bendi empuk tu dikunyah, kuah asam yang meresap dalam bendi meletus di mulut, nikmatnya!
Di bawah ini ialah panduan resepi asam pedas paling senang yang biasa digunakan di rumah. Walaupun saya ini asal dari Melaka, bab asam pedas saya pilih versi termudah. Ini kira resepi asas ya. Jangan pula dibandingkan dengan resepi asam pedas autentik dari Johor atau Melaka. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tidak pakai rempah tambahan lain seperti halba semua tu.
Hidangan asam pedas kegemaran. Tak perlu lauk lain dah! Hadap yang ini sahaja 😊
Ikan Pekasam Jentik Rasa
Khamis, Oktober 10, 2019
Resepi Ikan Masak Taucu
Isnin, Jun 05, 2017
Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Petai
Rabu, April 27, 2016
Resepi Ikan Pekasam Tumis Kicap
Isnin, Mac 28, 2016
Resepi Sambal Mangga dan Ikan
Isnin, Mac 14, 2016
![]() |
| Sambal Mangga dan Ikan |
Ikan Percik Bott
Jumaat, Disember 25, 2015
Resepi Mudah - Ikan Bilis Air Asam
Khamis, Oktober 16, 2014
![]() |
| Ikan Bilis Air Asam |
Resepi Ikan Bilis Air Asam
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 3 batang cili hijau (hiris serong)
- 7 batang cili api (hiris serong) *Kalau tak makan pedas, jangan letak.
- 1 cawan air asam jawa
- garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
Langkah-langkah:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
- Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, cili hijau dan cili api.
- Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Perasakan dengan garam. Biarkan hingga mendidih. Siap dah!
- Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan ikan bilis ke dalam kuah asam hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.
Resepi Mudah - Ikan Goreng Sambal Taucu
Rabu, Julai 16, 2014
![]() |
| Ikan Goreng Sambal Taucu |
- 6 - 8 ekor ikan selar kecil (garam & kunyitkan, goreng sehingga garing)
- 8 biji cili merah (buang bijinya)
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu besar taucu (tanpa airnya)
- sedikit jus limau kasturi
- minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara:
- Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
- Kisar cili merah dan bawang putih dengan sedikit air. Tidak perlu terlalu hancur.
- Panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak masak. Tumis cili yang dikisar tadi. Masukkan taucu. Biarkan seketika.
- Perasakan dengan jus limau mengikut citarasa. Simbahkan kuah sambal taucu ke atas ikan.
Sedap tau! Terangkattt!
Resepi Ringkas - Ikan Tamban Goreng dengan Cili Potong
Selasa, Jun 17, 2014
Bahan-bahan:
- 2-3 genggam ikan tamban
- 2 labu bawang besar
- 10 - 15 cili api
- minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ikan tamban. Kemudian, goreng sehingga garing.
- Potong bulat-bulat bawang besar dan hiris serong cili api.
- Goreng bawang dan cili api dengan dua sudu besar minyak masak. Gaulkan dengan ikan tamban yang telah digoreng tadi.
Ikan Tiga Rasa Brahim's
Isnin, Jun 02, 2014
Verdict: GOOD! Brahim's Kuah Tiga Rasa berbaloi untuk dibeli ;)
Resepi Mudah Ikan Terubuk Masin
Jumaat, Mac 28, 2014
- Buang sisik ikan dan bersihkan.
- Potong ikan kepada beberapa bahagian.
- Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
- Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
- Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
- Seterusnya, basuh beberapa tangkai cili kering. Potong kepada dua atau tiga bahagian dan tumis sekali bersama hirisan bawang tadi buat seketika.
- Setelah masak, angkat tumisan bawang dan cili kering. Letakkan di atas ikan terubuk masin yang telah digoreng. Siap untuk dihidangkan!
Cara-cara penyediaan:
- Buang sisik ikan dan bersihkan.
- Potong ikan kepada beberapa bahagian.
- Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
- Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
- Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
- Seterusnya, masukkan hirisan beberapa tangkai cili api. Tuang tumisan ke atas ikan terubuk masin tadi.
- Perahkan dengan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.
Gulai Lemak Cili Api Ikan Sardin
Khamis, Mac 13, 2014
Ikan Tenggiri Masak Taucu dengan Asam Belimbing
Rabu, Mac 05, 2014
Lihat juga entri ini: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh a.k.a Sambal Hitam












