Ikan Pekasam Kicap untuk Mulut Payau

Khamis, November 03, 2022

Dua tiga hari ini memang tidak lalu makan. Dahsyat juga penangan viral fever ni. Biasanya saya sihat ke sakit ke, makan tetap ON. Kali ini tak berselera. Mulut tu payau sepanjang masa.

Cakap dekat Bott, kita makan bubur ya sementara nak sihat. Buat satu periuk, tak tak selera pun kita telan je. 😂 Malam tadi sebelum tidur, saya masak bubur dalam slow cooker siap-siap. Bangun pagi nanti sarapan sudah sedia.

Resepi Bubur Ayam ala McD di sini.


Masalahnya, tekak hanya mampu telan sesudu dua sahaja. Saya pandang Bott, Bott pandang saya. Masing-masing buat muka terkulat-kulat.

Makanya …

Ikan pekasam kicap asam limau

Saya goreng ikan pekasam buat pembangkit selera. Mujur ada stok ikan pekasam di dalam peti sejuk.

Ikan pekasam kicap asam limau. Rupa tak semenggah namun rasa mengancam habis! Baru laju sedikit kami makan. Ada masam, manis, masin dan pedas … cukuplah untuk kejutkan tunas rasa yang tengah demam. 😊 Lagi-lagi apabila dalam suapan tu ada beras pekasam. Sedapnya….

Resepi Ikan Pekasam Kicap Asam Limau

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • 1 ekor ikan pekasam 
  • 1 labu bawang besar
  • Beberapa ulas bawang putih. Saya suka tumbuk kasar sahaja setiap ulas bawang putih tersebut. Saya suka ratah bawang putih tu.
  • Beberapa tangkai cili api. Pada mulanya saya ingat tidak mahu letak kerana Bott tengah pantang makan pedas. Last minute, saya masukkan juga potongan kasar cili api untuk saya 😁
  • Kicap manis sesuai selera
  • Perahan jus limau kasturi secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng ikan pekasam dan menumis

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Goreng ikan pekasam bersama berasnya sehingga garing. Angkat, tus minyak dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak gorengan pekasam tadi, tumis  hirisan bawang besar, bawang putih dan cili api.
  3. Masukkan kicap manis diikuti dengan perahan air limau. Kacau sekata kemudian tutup api.
  4. Tuangkan kuah kicap ke atas ikan pekasam goreng. Sedia untuk dinikmati.

Alhamdulillah. Apa yang penting, perut dah terisi. 😊

10 ulasan

  1. Yang penting rasanya tu Kak Farrah. Baru berselera makan. Ada pedas masin masam gitu. Semoga cepat baik kak Farrah. Aamiin..

    BalasPadam
  2. wah..dap tu. kena plak ngan nasi panas2 kan..alhamdulillah. moga cepat sembuh key!!!

    BalasPadam
  3. knape yuri x tlg masak kan? cehhh tahu tidooo je dia😂

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... ada juga menu yang dapat memenuhi selera.

    BalasPadam
  5. Sedapnya ikan pekasam dengan nasi panas. Memang boleh membangkitkan selera orang sakit

    BalasPadam
  6. bila x sihat, gitu la farrah.
    nak kena cari makan yg bebetul bangkitkan selera, kan.
    ikan pekasam ni pun memang ada stok kat aida.
    adik ipar yg buat. fresh homemade, farrah.
    makan dgn nasi panas & sambal belacan. cukup berselera.

    BalasPadam
  7. Kalau x sihat mmg selalu carik yg masam² je kan... yg manis mmg x dpt masuk

    BalasPadam
  8. fuhhhhhhh mmg menu bahaya ni. bukan kata utk mulut payau je. mulut sihat pun boleh pergi 2-3 pinggan hehehe

    BalasPadam
  9. Ikan pekasam memang mampu buka selera.. Tapi Sha tak pernah buat macam nie.. menarik betul..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.