Assalamualaikum. Salam 3 November! Nampaknya, kita ada kurang dua bulan sahaja sebelum bertukar tahun ke 2023. Masa memang betul-betul pantas berlalu, kan?
November akan jadi bulan yang sibuk buat saya. Sibuk dengan kerja pada masa yang sama sibuk kemas barang untuk berpindah. Jika sebelum ini kotak-kotak untuk isi barang saya pandang dan jeling sebelah mata sahaja, bulan sebelas ini saya sudah kena berpijak pada realiti. Mahu tidak mahu, terpaksa kerah kudrat untuk berkemas. Aduhai, malasnya!
Happy November! |
Saya doakan November kalian baik-baik sahaja ya. Mudah-mudahan setiap hari bakal dilalui dengan penuh warna, indah dan ceria.
Covid-19 dan Viral Fever
Permulaan November saya tidak selancar mana. Kelmarin sewaktu bangun pagi, tiba-tiba sahaja rasa tidak sedap badan. Periksa suhu, agak tinggi daripada biasa. Keluar bilik jumpa Bott, Bott turut alami keadaan yang sama.
Kami terus capai pek RTK seorang satu. Beberapa hari sebelum itu, saya dan Bott terdedah dengan pesakit Covid. Khuatir pula andai terjangkit.
Dah banyak kali buat pun, debar tunggu tiga puluh minit tu … huhuhu
Negatif 😮💨 |
Alhamdulillah, negatif. Selepas bersarapan, masing-masing telan dua biji ubat demam dan terus berehat. Menjelang tengah hari, keadaan tidak berkurang, malah makin teruk. Saya mula cirit-birit, pegal satu badan. Bott pula muntah-muntah, suhu badan naik mencanak. Malam itu menjadi malam yang panjang buat kami berdua. Demam masih tak kebah. Terpaksa bertuam.
Semalam, seawal pagi gagahkan diri pergi klinik. Takut makin melarat. Mana tahu denggi ke apa ….
Setelah diperiksa, kami disahkan alami viral fever. Kenalah bertahan beberapa hari sehingga fasa demam ini berlalu untuk bina antibodi dalam badan. Doktor beri sampai Jumaat, andai demam masih on and off kena ke klinik semula.
Jadi, sekarang berehat sahajalah di rumah. Buat apa pun tak larat. Habis hampir semua simptom saya tapau! Paling teruk sakit badan dan sendi. Nak dukung si Yuri pun tak larat. 😥
Yura, tukang teman. |
Semoga cepat sembuh.
BalasPadamMemang tidak dapat elak penyakit datang.
get well soon key!!! have a good rest...
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak Farrah.Pastu boleh kemas barang slow slow. Awal bulan November pun ada berita yang tak baik, virus baru datang. Alhamdulillah..syukur negative. Take care Kak Farrah. Comel si penemannya.
BalasPadammoga akak sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik.. baru2 ni dgr dah muncul virus baru pula huhu
BalasPadamAda Yuri. Ada Yura. Moga mereka berdua sentiasa menghiburkan.
BalasPadamTake care ye Farrah. Sekarang ni macam-macam penyakit pelik yang muncul.
Susah tu kalau dua-dua sekali demam. Kena jaga diri sendiri. Saya pun batuk-batuk gatal ni. Adeh
BalasPadamamboi.
BalasPadamjelingan Yura tu, sungguh tajam!
syafakillah farrah... kena banyak berehat tu... jgn fikir byk sgt...
BalasPadamSemoga Kak Farah dan Bott dah kembali sihat.. Aamiin..
BalasPadam