Saya cukup geram setiap kali melihat pokok belimbing buluh yang lebat berbuah. Dahulu di belakang rumah arwah nenek ada sepohon. Memang penuhlah bakul setiap kali 'menuai' belimbing.
Belimbing buluh |
Ada belimbing buluh tetapi tidak tahu hendak buat apa? Selain dimasukkan ke dalam juadah gulai atau lauk asam, belimbing ini sangat sedap dibuat sambal. Ada banyak versi sambal menggunakan belimbing buluh. Salah satu daripadanya sambal hitam, sebuah resepi tradisi dari negeri Pahang.
Jika ikut resepi sambal hitam yang betul-betul autentik, belimbing buluh ini direbus di dalam tin biskut sehingga airnya kering dan buah belimbing bertukar kehitaman. Air belimbing buluh ni tajam, jadi tidak sesuai guna kuali atau periuk kerana akan nanti akan bocor dan berlubang. Setelah itu, belimbing ini boleh disimpan atau dibuat sambal hitam.
Cara Mudah Membuat Sambal Hitam
Di bawah ini dikongsikan cara mudah yang lebih ringkas untuk membuat sambal belimbing buluh.
Bahan-bahannya:
- 100 g ikan bilis
- 10 - 20 cili padi (lebihkan atau kurangkan ikut cita rasa)
- 10 - 15 biji belimbing buluh
- 1 labu bawang besar - potong dadu/hiris nipis
- garam
- minyak secukupnya untuk menumis
*Ada juga resepi yang letak sedikit kicap pada sambal ni, tetapi biasanya saya tidak letak.
Langkah-langkah penyediaan:
- Rebus belimbing yang telah dibersihkan hingga empuk dan bertukar warna. Angkat, tuskan dan kemudian tekan atau lenyek belimbing sehingga hancur.
- Seterusnya, tumbuk cili padi sehingga lumat. Kemudian, tumbuk ikan bilis hingga pecah-pecah. Tidak perlu terlalu hancur. Tekstur ikan bilis yang kasar-kasar lebih baik.
- Panaskan minyak. Tumis bawang dan masukkan cili padi, ikan bilis dan belimbing.
- Goreng atas api perlahan hingga sambal mengering, bertukar warna gelap. Masukkan kicap atau serbuk perasa jika mahu.
- Perasakan dengan garam.
Senang, bukan? Sambal hitam ini boleh dijadikan pembangkit selera. Bolehlah buat banyak-banyak sekali gus. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Selain makan dengan nasi panas, makan dengan bubur pun sedap tau.
Mana gambar sambal nih? Buat untuk aku semangkuk dua....
BalasPadamSambal dah habis masuk perut sebelum sempat capture gambar....hehehehe
BalasPadamsis JM suka sgt belimbing buluh ni..masak lemak cili padi letak belimbing buluh ni nyum..nyum..nyumm
BalasPadamEkin buat kerabu akak belimbing buluh aritu... nak share resepi xsempat sokmo
BalasPadam