Memaparkan catatan dengan label Aneka Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneka Sambal. Papar semua catatan

Menu Hari Ini - Sambal Udang | Kari Terung Kacang Kuda

Sabtu, Jun 01, 2024

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu. 

Selamat bercuti panjang. Jalan-jalan ke mana hari ini?

Hari ini, saya sekadar berehat di rumah. Semalam dan Khamis, dua hari di Menara KWSP, sertai pop-up booths di sana. Duduk lepak jaga booth je (dan jalan-jalan shopping dekat booth orang lain 😂), tetapi penat saya mengalahkan buruh yang kerja buat rumah! Puas kena gelak dengan Bott dan Cekengah. 

Dari pagi terlepek je tak buat apa-apa. Perut dah mula berdengung baru bangun masak. Hari ini saya masak sambal. Ada satu bekas udang di dalam peti dingin beku. Saya sambalkan. Lagipun, sudah lama benar tak makan sambal udang.


Sambal tengah posing dalam kuali.


Dah siap!

Sambal udang saya, sedia untuk dinikmati.

Kari Terung Kacang Kuda

Lauk kedua saya, kari terung bulat dengan kacang kuda. Asalnya, terung bulat tu saya hendak buat piza terung. Tetapi, dari hari ke hari tangguh, dah nak kecut dah terungnya. Sebelum busuk, baiklah dimasak segera. 

Kari Terung Bulat dengan Kacang Kuda

Kari terung kacang kuda saya ini tidak guna santan. Sengaja buat banyak sedikit. Boleh simpan kuahnya untuk makan dengan roti canai atau roti puri. 

Kalian makan apa tengah hari tadi? 

Ada siapa-siapa yang pergi konsert Melly Goeslow malam nanti? Kalau jumpa minah pakai jubah Slytherin, feeling2 student sekolah magis Harry Potter, cubalah tegur. Mana tahu kalian duduk dekat-dekat dengan Cekengah dan teman-temannya. Cakap Along kirim salam eh. 😂

Enjoy your long weekend!

Buat Chilli Oil Garing dan Beraroma

Khamis, November 10, 2022

Baru-baru ini saya buat chilli oil. Bukan jenis curah minyak panas seperti yang lalu-lalang di TikTok tu. Saya buat versi yang kena masak. Kita goreng cincangan bawang putih di dalam minyak bersama beberapa rempah sehingga warnanya bertukar perang keemasan, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Andai kalian suka nikmati chilli oil yang ada cincangan bawang putih garing ... yang wangi beraroma ... boleh cuba resepi ini.

Resepi Chilli Oil

Minyak cili siap!

Sambal Hitam Tokey yang Dap Dap Dap

Jumaat, Julai 08, 2022

Assalamualaikum.

Ada tak penggemar sambal hitam di sini? Angkat tangan sikit! Yeayyy, kita geng! Saya memang suka sangat makan sambal hitam. Kalau ada rezeki dapat buah belimbing buluh memang akan usahakan buat sambal hitam. Lagi pedas lagi bagus. Lagi masam lagi suka!

Sekarang senang ... kalau teringin, banyak je produk sambal hitam yang boleh kita beli di pasaran. Tetapi, setakat ini nasib saya kurang baik. Tak jumpa sambal hitam yang betul-betul kena dengan selera saya (tak kena selera pun tetap habis juga 😁). Maksud saya, bukanlah sambal yang dibeli tu tak sedap. Cuma macam saya cakap tadilah, saya suka yang pedas dengan rasa masam belimbing agak ketara. 

Baru-baru ini Cekengah beri saya dua paket sambal hitam. Sambal Hitam Tokey. Kecil je saiz hidangan untuk satu pek. 50g. Sesuai untuk bawa travel, buat kongsi-kongsi rezeki dengan jiran tetangga atau bekal untuk anak-anak balik asrama.

Sambal Hitam Tokey

Teringin Sambal Berlada Kentang

Ahad, Julai 11, 2021

Beberapa hari yang lepas, saya masak lauk sambal berlada kentang untuk makan tengah hari. Rasa teringin sangat hendak makan juadah Minang yang satu ini. Apabila difikir-fikir, memang sudah lama saya tidak masak hidangan sambal berlada. Saya dan Bott asyik suka makan lauk berasaskan kicap je. Entah kenapa entah, kami jadi hantu kicap tiba-tiba. 😂

Kentang  ada ...  cili merah ada ... ikan bilis ada (ikan bilis dekat tapi jauh saya tu 😆), marilah buat lauk legend ini!

Sambal Uleg Finna

Ahad, April 25, 2021

Assalamualaikum. Hari ini saya hendak bercerita tentang sambal uleg. Cerita kira-kira pertengahan Mac, tetapi baru nak tulis entri. 😅 Seorang teman lama menghubungi saya. Macam-macamlah yang kami bualkan memandangkan hampir dua tahun tidak bertukar cerita. Dalam pada sembang itu sembang ini, tertimbullah cerita saya dengan Sambal Uleg Finna saya. Suatu masa dahulu, saya memang tidak berenggang dengan sambal ini.

Dah berborak tentang Sambal Uleg Finna, terus kecur air liur dibuatnya. Lama dah saya tidak makan sambal uleg. 

Beberapa hari kemudian, saya dapat kiriman tidak dijangka yang berisi berpaket-paket Sambal Uleg Finna dengan ucapan berbaur usikan - ‘Sekarang semua bisa beli online!’

Alhamdulillah, rezeki! Gembira betul saya dibuatnya. Yalah, dalam pada rindu nak makan Sambal Uleg Finna, saya tak terfikir langsung untuk cari sambal Indonesia ni kat sini.

Okey, jom tengok dulu sambal uleg saya. Uleg atau ulek ni sebenarnya sejenis alat di Indonesia macam alu dan lesung batu kitalah cuma permukaannya lebih lebar. Pernah nampak, kan? Selalu kalau nak buat sambal, memang syok kalau cili dan ramuan lain dilumatkan guna ulekan.

Sambal Uleg Finna
Dari kiri: Sambal Terasi, Sambal Bawang, Sambal Ijo dan Sambal Pedas.

5 Hidangan Lazat Indonesia untuk Dicuba

Rabu, April 21, 2021

Assalamualaikum. Buntu memikirkan hendak masak apa hari ini? Apa kata kalian cuba hidangan dari seberang? Hari ini saya ingin kongsi lima lauk-pauk Indonesia yang enak untuk dijadikan juadah santapan seisi keluarga. Selamat mencuba!


Semur Ayam

Semur Ayam

Resepi Sambal Matah Bali

Selasa, November 10, 2020

Assalamualaikum. 

Pernah dengar tentang sambal matah? Ini salah satu daripada variasi hidangan sambal yang terdapat di Bali. Sambal ini sangat mudah disediakan kerana pada dasarnya kita hanya perlu hiris bahan-bahan yang diperlukan sebelum dicurahkan dengan minyak kelapa. 

Lebih kurang beginilah rupanya. Tolong abaikan hirisan saya yang kasar-kasar boleh buat tampal seluar koyak tu heheheh. Waktu saya buat sambal ni, tengah nak kejar masa. Kebetulan, orang yang rajin hiris halus-halus dan cantik berseni (Bott) tiada. Tangkap muat sahajalah jawabnya asal sambal siap.


Resepi Terung Sambal Hijau

Sabtu, November 11, 2017

Assalamu'alaikum,
Hujung minggu ini nak kongsi resepi mudah menggunakan terung - Terung Sambal Hijau. Senang sangat cara membuatnya. Sambal terung ni enak dinikmati dengan nasi panas-panas, lawan dengan kicap sedikit. Terangkatttt! Terung, terpulanglah mahu guna terung biasa atau terung bulat. Nak sediakan terung pun boleh pilih sama ada nak guna airfryer (lebih sihat sebab kurang minyak), goreng seperti biasa atau digril. Saya jelaskan satu-satu di bawah ye 😃


Resepi Terung Sambal Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa biji terung. Saya gunakan terung bulat.
  • 7 - 10 tangkai cili hijau (bergantung hendak sambalnya banyak atau tidak). Jika ingin rasa yang lebih pedas, masukkan juga beberapa tangkai cili api mengikut selera.
  • 2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa.


Langkah-langkah penyediaan:
  • Terung

Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Khamis, Jun 01, 2017

Salah satu hidangan iftar di rumah baru-baru ini. Ayam berlada serai dan halia. Ayam goreng serai yang crispy di luar, tender di dalam disalut dengan sambal berlada yang wangi. Rasa serai dan halia yang ketara. Jom tengok resepinya.


Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk ayam:
  • + 500 - 600g ayam (dipotong dan dibersihkan) 
  • 1 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 - 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai  (dikisar)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • tepung jagung secukupnya untuk salut ayam
  • minyak masak untuk menggoreng

Sambal Ikan Bilis Asam Belimbing

Selasa, Julai 19, 2016

Sambal ni buat dah lama sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu. Kebetulan, pokok belimbing buluh kat belakang rumah berbuah. Lebat juga. Stok ikan bilis pun banyak, jadi buatlah sambal ikan bilis asam belimbing. Sambal ini lebih kurang seperti sambal hitam tradisi negeri Pahang cuma saya lebihkan penggunaan belimbing dan cili apinya. Lebih masam, lebih pedas.

Kalau ikut resepi sambal hitam, ikan bilisnya ditumbuk kasar. Saya nak buat banyak sambal ni. Memang awal-awal tahu diri tidak akan segigih mana nak tumbuk ikan bilis. Makanya, kita guna blender kering. Selepas ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditus, blender sekali dengan cili api. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.

Ikan bilis dan cili padi yang telah dikisar.

Sambal Berlada Terung Bakar

Ahad, Jun 26, 2016

Hidangan terung sememangnya menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga saya. Tak kisahlah masak macam mana. Buat sambal ke, buat kari, rebus begitu sahaja dan cicah dengan budu atau sambal belacan and even buat sandwich terung

Hari ini satu lagi resepi berasaskan terung, Sambal Berlada Terung Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Sambal Berlada Terung Bakar:

  • 3 biji terung bulat (Nak guna terung biasa pun tak mengapa)
  • 10 - 12 tangkai cili merah (Buang biji dan ditumbuk kasar. Jika malas nak tumbuk, kisar dengan blender je. Air jangan banyak sangat.)
  • 1 - 2 labu bawang besar (Dihiris bulat-bulat)
  • 2 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam mengikut citarasa

Resepi Sambal Mangga dan Ikan

Isnin, Mac 14, 2016

Sambal mangga dan ikan ini resepi Bott. Selalu kalau jumpa mangga muda, memang akan minta Bott buatkan. Sedappp! Pedas pedas masam masam,...makan nasi sepinggan tak cukup! Tetapi, nak buat sambal ikan dan mangga ni tak ada sukatan yang khusus untuk resepinya. Agak-agak sahaja untuk imbangkan rasa.

Sambal Mangga dan Ikan

Resepi Telur Goreng Berlada

Rabu, Oktober 07, 2015

Hidangan telur goreng berlada yang menjadi kegemaran keluarga saya. Mudah dan cepat disediakan. Rasa-rasa dah bosan makan daging atau ayam, kita beralih ke hidangan telur pula :)

Telur Goreng Berlada

Resepi Mudah Terung Bulat Cili Api

Khamis, Julai 09, 2015

Siapa yang suka makan pedas dan suka terung, boleh cuba hidangan eggplant ni. Ni terung bulat ye. Yang comel-comel tu.

Terung Bulat Cili Api


Tempe Masak Sambal Kicap Mudah

Khamis, Mei 21, 2015

Tempe memang kegemaran saya. Hari ni nak kongsi satu resepi hidangan tempe mudah. Sedap makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja. Tetapi, yang ini resepi campak-campak dan agak-agak tau! Tiada sukatan khusus. Ikut apa ada. Ikut citarasa kita.

Tempe Masak Sambal Kicap
Cara-cara Penyediaan:
  1. Tempe dihiris nipis. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili hijau dan sedikit cili padi (jika mahu pedas).
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar buat seketika hingga sambalnya masak. 
  4. Masukkan beberapa sudu kicap. Bukan kicap pekat tau. Saya guna kicap lemak. Perasakan dengan garam. Bila rasa sambal dah OK dan kena dengan citarasa, masukkan tempe goreng. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dihidang!
 

Sambal Jentik Lidah

Sabtu, April 11, 2015

Siapa suka makan pedas? Haaa, entri throwback minggu ni kita nak intai resepi-resepi sambal mudah yang boleh dijadikan penambah selera makan. Macam-macam ada...sambal lonte, sambal Bali, sambal taucu.... Apa yang bestnya, proses  menyediakan sambal-sambal ni sangat mudah. Tak perlu pening kepala nak bersilat di dapur. Saya memang jenis yang kena ada sambal baru seronok dan berselera makan. Ada rasa pedas-pedas ni, baru syiokkkkk! Tak perlu banyak pun, cuit-cuit je sekadar untuk bangkitkan selera.


Mungkin kalian boleh cuba resepi-resepi mudah di bawah. Klik pada gambar/pautan ye untuk ke entri resepi yang berkaitan :)


Sambal Lonte
Saya paling suka sambal lonte ini. Biasanya saya guna cili padi hijau. Tetapi, jika dapat cili padi merah tu lagilah berdesup pedasnya. Makan memang tak pandang kiri kanan dah.


Sambal Minyak Bali

Resepi Mudah - Ayam Sambal Cili Api

Jumaat, Januari 02, 2015

Siapa yang suka makan pedas? Ini resepi untuk anda. Ayam Sambal Cili Api. Berdesupppppp rasanya ;)

Ayam Sambal Cili Api

Resepi Ayam Sambal Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350g ayam (atau lebih mengikut keperluan hidangan) - lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Segenggam cili api (kisar)
  • 5 batang cili hijau (kisar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar cuka
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan cuka. Rasa kemasamannya. Jika perlu, tambah lagi sedikit cuka.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Gaulkan dengan ayam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan.

Saya gunakan cili hijau untuk dapatkan elemen rasa sambal hijau dalam hidangan ini. Jika anda tidak mahu sambal yang pedas, boleh tukarkan penggunaan cili api kepada cili hijau sepenuhnya.


Resepi Mudah - Sambal Hijau

Isnin, November 10, 2014

Sambal Hijau Mudah

Saya memang penggemar sambal. Bertambah selera apabila makan ada sambal sebagai lauk. Sambal hijau di atas mudah sahaja nak buat. Saya kisar cili hijau dan cili api (Airnya jangan terlalu banyak!). Tumis bawang besar yang dipotong dadu dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan cili dan tumis hingga masak. Tuangkan beberapa sudu cuka (agak-agak), perasakan dengan sedikit garam. Biar seketika hingga sambal betul-betul masak. Dah boleh dihidangkan :)


Sambal hijau ni sesuai dimakan dengan ayam bakar, ayam goreng, tauhu dan tempe goreng. Oh, kalau tak mahu pedas sangat, kurangkan penggunaan cili api ye.


Resepi Mudah - Sambal Hijau Tempe dan Tauhu

Sabtu, Julai 19, 2014


Sambal tempe dan tauhu ni mudah je nak disediakan. Selalunya saya buat guna cili merah atau cili kering. Kali ni tukar selera, kita guna cili hijau pula. Goreng tauhu dan tempe yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Tumbuk kasar cili hijau (lebih kurang 10 biji) dan tumis bersama sebiji bawang besar (didadu) sehingga cili masak. Masukkan dua sudu besar cuka putih dan sedikit garam. Biarkan seketika. Kemudian, gaulkan dengan tempe dan tauhu. Sedia untuk dihidang :)


Eh, kejap! Biar saya tepek resepi sambal hijau di bawah ini:


Resepi Sambal Hijau Mudah

Bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 4 - 5 ulas bawang putih (mayang)
  • 6 batang cili hijau dan 5 batang cili api (cili ni ikut citarasa masing-masing - boleh tumbuk/blend saja)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan 2 ke 3 sudu minyak. Tumis bawang merah, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili hijau dan cili api. Tumis hingga garing. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam. Hasilnya sepatutnya jadi macam sambal berlada hijau. 


Resepi Mudah - Ikan Goreng Sambal Taucu

Rabu, Julai 16, 2014

Jom cuba resepi ni. Senang sangat! Ikan digoreng hingga garing kemudian kita lawankan dengan sambal taucu yang pedas-pedas masin.

Ikan Goreng Sambal Taucu


Resepi Ikan Goreng Sambal Taucu

  • 6 - 8 ekor ikan selar kecil (garam & kunyitkan, goreng sehingga garing)
  • 8 biji cili merah (buang bijinya)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar taucu (tanpa airnya)
  • sedikit jus limau kasturi
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara:
  1. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
  2. Kisar cili merah dan bawang putih dengan sedikit air. Tidak perlu terlalu hancur.
  3. Panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak masak. Tumis cili yang dikisar tadi. Masukkan taucu. Biarkan seketika.
  4. Perasakan dengan jus limau mengikut citarasa. Simbahkan kuah sambal taucu ke atas ikan.

Sedap tau! Terangkattt!