NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Ahad, 23 Februari 2014

Resepi Mudah Sambal Minyak Bali

Sambal ni mudah sangat! Bagi yang suka makan pedas-pedas, pasti akan kena dengan selera kalian. Senang sangat nak disediakan sebab kita hanya perlu gaul rata semua bahan.



Resepi Sambal Minyak Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 15 - 20 tangkai cili padi (potong halus)
  • 1 labu bawang merah (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak (seeloknya guna Minyak Canola atau Minyak Bunga Matahari,.. untuk pilihan lebih sihat)
  • secubit garam

Cara penyediaan:
Gaul rata semua bahan di atas dan perasakan dengan garam. Boleh makan dengan nasi panas bersama lauk-pauk lain atau hidangkan bersama nasi goreng :)

Selamat Mencuba!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...