Sebenarnya, ini kali pertama saya beli ikan bilis secara atas talian. Saya teringin hendak masak sambal kering ikan bilis buat makan dengan roti atau bubur. Semasa pergi beli barang dapur, tak ada pula ikan bilis yang cantik.
Jadi, saya pun survey di Lazada. Jumpa satu kedai ni - HPI Consultants Sdn. Bhd. Harga, ikan bilisnya cantik, ada beberapa pilihan dan ulasan-ulasan yang diberi oleh pembeli majoritinya okey.
Saya beli Ikan Bilis Kopek Gred A Tawau sebanyak 500g. Sejujurnya, saya tidak pandai menilai betul ke ikan bilis tu dari Tawau ke dari Langkawi atau dari mana-manalah. Tidak langsung pandai bezakan. Bagi saya asalkan ikannya cantik, segar, tidak tengik dan hancur, sudah cukup baik bagi saya.
Harga untuk 500g ikan bilis ini ketika itu RM16.50. Saya ada baucar diskaun RM5, penghantaran percuma kemudian buat pembayaran menggunakan Lazada Wallet dapat instant discount RM0.50. Jadi, jumlah yang perlu di bayar cuma RM11.
Berbaloi-baloi! 😊
Cantik ikan bilisnya. Pembungkusan kemas, siap letak food desiccant sekali. Untuk harga RM11, saya amat berpuas hati. Nanti boleh beli lagi dengan penjual ini.
Dekat tapi jauh.
Kenapa saya kata ikan bilis ini dekat tapi jauh? Sewaktu membuat pembelian saya tidak perasan langsung yang lokasi kedai ini berhampiran dengan rumah saya. Tambahan pula, saya tidak biasa pergi ke kawasan tersebut.
Setelah terima bungkusan barulah terpandang alamat penjual. Lokasinya di kampung sebelah, kurang 8 kilometer jaraknya dengan rumah saya. Kalau diikutkan, boleh je keluar pergi beli terus daripada penjual. Lebih dekat dan cepat.
Sebaliknya, ikan bilis tu bergerak dari lokasi penjual, lintas depan rumah saya untuk ke Sungai Buloh, dihantar ke pejabat pos Kota Damansara, diproses di sana dan lalu route yang sama barulah sampai kepada saya. Hahaha jauh perjalanan dia! 😂
Pagi tu dapat ikan bilis, sebelah malamnya terus rasmikan buat nasi goreng.
Ini pula, spageti ikan bilis. Makan malam kami beberapa hari lepas. Resepinya di sini.
Jika berminat, carilah HPI Consultants Sdn. Bhd di Lazada. Jika di Shopee, saya tak pasti ada ke tidak.
Sy pun teringin nak buat sambal.. Susah nak cri ikan bilis time2 pkp.. Pasar apun awal tutup huhu
BalasPadamItulah... mujur boleh cari online. Kalau tak susah nak menyambal :)
Padammesti ikan bilis tu ckp 'mcm dah lalu je jalan ni'..hihi..
BalasPadamikan bilis..perencah yg paling mudah..
Hahaha familiar je jalannya kan...
PadamBetul, kak. Ada ikan bilis senang nak buat rencah masak.
Hahah jauh ye ikan bilis tu bergerak.. Pasni bole la ctc aje kedai tersebut kan.. Mana tau diorg ada servis delivery jgk, lagi senang kan ��
BalasPadamBetullah, kak. Brilliant saranan akak tu. Kalau mereka ada delivery, bagus juga. Tak adalah jauh sangat ikan bilis kena travel 😄
PadamHaha macam lawak sahaja tempat penghantar dekat. Rasanya baik pergi beli terus kan? Saya sebenarnya lagi suka begitu. Kalau pos ini saya memang gemuruh fikir bukan-bukan waktu menunggu. Kalau beli terus tiada prasangka buruk. Ini bagi saya.
BalasPadamApapun alhamdulillah barang sampai dengan selamat dan mengikut apa dikehendaki.
Itulah, memang dekat je sebenarnya.😂 Saya rasa saya pun macam NA. Lebih puas hati bila beli terus. Kita dapat tengok, pegang dan nilai sendiri barang tu depan mata.Kalau pos jenuh nak menunggu. Belum campur sesat pergi rumah jiran lagi.
PadamTetapi tulah kan...situasi sekarang tak mengizinkan sangat.
Lepas ni boleh terus beli di kedainya Farrah :)
BalasPadamBagi akk, murah harganya tu utk 500g. Alhamdulillah dapat puka ikan bilis yg elok.
Saya pun rasa murah. Itulah, lepas ni memang boleh cari kedai tu dan beli terus.
PadamCantik tu. Sedap ni goreng makan dengan nasi, kicap dan telur mata.
BalasPadamUishhh... baca komen PC terus terliur.
PadamProduk d' SAMBAL licious saya pun guna ikan bilis yang agak baik, juga dibeli secara dalam talian.
BalasPadamTerbaiklah, Tuan Fairus!
PadamHahahaha sekali sekala ikan bilis travel kak farrah :D
BalasPadamKasi dia jalan jauh sikit hahahah
PadamHubby akan beli ikan bilis mata biru tak silap memang sedap dan best. Pandai pilih mudah nk membeli
BalasPadamMenarik tu. Nanti boleh cuba. Hari tu masa browse ada nampak tapi tak beli. Cuba yang ini dahulu.
PadamWalaupun PKP, ada juga barang keperluan dapur yang boleh dibeli secara online. Saya pun order belacan secara online.
BalasPadamMemang yang mana boleh beli online kita beli online kan, kak. Jadi, tidaklah lama sangat kita di luar membeli barang dapur nanti
PadamSaya pun tak reti bezakan ikan bilis. Janji tak bau tengik, saya makan je
BalasPadamKan... akak pelik bila baca ada review yang cakap 'ni bukan ikan bilis tawau, saya selalu beli ikan bilis sabah lain.' Akak keliru sendiri, macam mana dia tahu dan boleh bezakan? Memang ada feature yang boleh bezakan ke? 😁
Padamkikiki.. lalu lalang dia depan rumah akak baru sampai ke tangan akak ye.. jauh perjalanan dia.. hehehe
BalasPadamHahahah rupanya dekat jaaa. Naseb harga dia berbaloi baloi kan kak 😁
BalasPadamkalaulah bungkusan tu boleh beri salam ms lalu dpn rumah😆
BalasPadamp/s smbg BW😁😆